Isteri usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, mengakui pernah tertekan ekoran perangai pelik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra yang mengalami masalah disleksia.
Shahida berkata, perangai anaknya itu benar-benar menguji kesabarannya, lebih-lebih lagi apabila anaknya itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan biarpun dimarahi.
“Dulu saya stres dengan Qadejah sebab perangai dia berbeza dengan Ammar. Perangainya pelik-pelik. Ada sahaja benda dia buat hari-hari dari kecil.
Ads
“Dia ambil susu dalam peti ais dan dia campurkan dengan losen badan dan dia masukkan balik dalam kotak susu tu, nasib yang minum tu tak mati.
“Umur tiga tahun dia kunci pintu bilik dari dalam dan ambik gunting dan digunting rambutnya sendiri sampai pendek sebab nampak Baem potong rambut,” kongsi Shahida menerusi satu entri di Instagram miliknya.
Shahida berkongsi hal tersebut sebagai mengimbau kenangan pengalamannya membesarkan anak istimewa itu yang mengalami masalah disleksia.
Ads
Biarpun perlu berdepan dengan perangai aneh Qadejah, kata Shahida, dia menyifatkan anaknya itu seorang yang cukup rajin jika disuruh melakukan sesuatu kerja.
“Budak ini tak ada perasaan kena marah, kena cubit ke, dia tak nangis pun, muka dia selamba sahaja! Tapi bab rajin nombor satu, tak ada orang boleh lawan dia! Paling baik layan orang, ramah dan disenangi,” katanya.
Ads
Sebelum ini Shahida pernah memaklumkan bahawa anak keduanya itu disahkan mengalami disleksia ketika usianya enam tahun.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiya.
Sumber: Gempak & ig Datin Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah kanak-kanak suka bermain. Semasa bermain mereka akan meneroka dan belajar banyak perkara terutama dari segi bahasa dan deria rasa. Mereka memerlukan rangsangan untuk bercakap dan mengenal sesuatu benda dan melalui permainan mereka akan dapat belajar secara baik.
Memang penat melihat rumah bersepah, tapi anda boleh ajar mereka untuk sama-sama kemas mainan seawal 2 tahun. Lakukan aktiviti bersama anak-anak dengan kerap dan elakkan pemberian gajet tanpa kawalan yang boleh menyebabkan masalah perkembangan.
Terlalu menyekat aktiviti anak-anak akan menyebabkan masalah perkembangan pada mereka sama seperti kisah ibu ini.
Sepah dan kami okay.
Sekarang kalau rumah bersepah camni kami suami isteri pejam mata je. Malam sebelum tidur baru kemas. Ada cerita di sebaliknya. Waktu checkup 1y 6m, doc cakap anak saya dikira speech delay sebab no first words (tiada perkataan bermakna). Dia duk jargon @ membebel/bercakap bahasa dia je. Kami ingat tu okay, anak kami akan pandai bercakap seiring dengan usianya.
Rupanya kami salah! Kanak-kanak perlukan ransangan,komunikasi daripada orang lain untuk bantu dia bertutur! Sungguh kami tak tahu 🙁 tambahan sejak bayi lagi dia didedahkan dengan gajet (TV). Siap download cerita Upin Ipin, Omar Hana dalam pendrive. Sehari selepas checkup saya terus ke Mr Diy belikan mainan banyak2 untuk dia dan cuba masuk ke dunia dia,pretend play dengan dia,bercakap dengan dia walau nampak dia macam tak faham pun. Dan juga beberapa effort lain.
Alhamdulillah hari ini dengan usia 2y 7d banyak dah perkataan bermakna dia. Arahan pun dia banyak faham. Sekarang selalu set dalam minda, sepah tandanya anak aktif,anak bijak,anak sihat! Syukurr Alhamdulillah 💕
Edited: kenapa tajuknya Sepah Dan Kami Okay? hehe sebab dulu kami tak nampak peranan mainan dan taknak rumah bersepah. Lepas checkup baru tau perlunya mainan masak-masak, lego or blocks (untuk skill pretend play M chart). Sekarang anak saya boleh buat bunyi shhh shhh sambil acah-acah goreng2 makanan dalam pan mainan,boleh cakap Haiii kat patung rabbit yang saya beli.
Waktu checkup tu M Chart dia boleh cakap gagal sebab beberapa aspek tak lepas. Sambil main, sambil saya bercakap dengan nada suara level dia. Saya tak pelatkan words sebab pelatkan words memang tak elok.
Effort lain ialah secara drastik saya tukarkan dia ke taska ala playschool. Sukanya hati bila teacher dia bagitau anak saya dah nak join aktiviti, tak main sorang-sorang dan faham arahan. Overall saya bersyukur makin banyak perkembangan dia meski tak selaju rakan sebaya ☺
Kredit : Lylia Rashid
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermain perkara yang sangat penting dalam kehidupan bayi dan kanak-kanak. Mereka perlu bermain dan meneroka untuk memastikan development mereka seiring mengikut usia.
Tapi kenapa pentingnya penglibatan ibu bapa ketika anak bermain? ikuti perkongsian ini.
KENAPA IBUBAPA PERLU BERMAIN DENGAN ANAK?
Saya selalu berkongsi tentang bagaimana ‘connection’ boleh terbentuk di antara ibubapa dan anak kecil apabila ibubapa bermain dengan anak. Kita juga sering disarankan agar bermain dengan anak ketika peringkat usia anak 0-7 tahun.
Tahukah anda kajian* yang dijalankan di Princeton Baby Lab baru-baru ini mendapati bahawa apabila orang dewasa bermain dengan kanak-kanak, otak kedua-duanya mempamerkan banyak aktiviti neural yang sama.
Ini bermakna aktiviti otak orang dewasa dan kanak-kanak naik dan turun dengan pola yang sama apabila bermain. Kedua-duanya mempunyai ‘the same wavelength.’
‘Bermain’ dalam kajian ini melibatkan bermain dengan alat mainan, menyanyi nursery rhymes dan membaca buku bersama-sama.
BAHAGIAN OTAK kanak-kanak yang aktif ketika bermain dengan orang dewasa adalah:
1) Bahagian otak yang membantu pemahaman yang tinggi tentang perspektif dan dunia sekeliling.
2) Bahagian otak yang terlibat dengan pembelajaran, perancangan dan membuat keputusan.
Inilah bahagian otak yang menjadikan anak seorang individu yang ‘bijak’ dan berfikir.
Selain dari itu, apabila orang dewasa bermain dengan kanak-kanak, otak masing-masing akan mempengaruhi antara satu sama lain. Otak orang dewasa akan meramalkan apakah tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh kanak-kanak manakala otak kanak-kanak pula akan meramalkan apakah yang akan dilakukan oleh orang dewasa.
Ini bermakna apabila kita banyak bermain dengan anak kecil kita, kita akan lebih mudah memahami keperluan dan tindakan mereka. Anak juga akan lebih memahami keperluan kita sebagai ibubapa kerana bukan sahaja wujud ‘connection’ secara fizikal dan emosi ketika bermain bersama, malah wujud juga ‘connection ‘pemikiran’ atau neural coupling.
Oleh itu jika anda ingin membentuk anak yang bijak, yang berfikir, yang lebih memahami persekitarannya dan memahami keperluan kita sebagai ayah ibunya, maka LUANGKANLAH MASA UNTUK BERMAIN DENGAN ANAK KECIL ANDA.
Masa yang kita luangkan bermain dengan anak lebih bermanfaat dari material atau gajet yang kita sogokkan.
*Sumber jurnal:
Elise A. Piazza, Liat Hasenfratz, Uri Hasson, Casey Lew-Williams. Infant and Adult Brains Are Coupled to the Dynamics of Natural Communication. Psychological Science, 2019; 095679761987869
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada 3 waktu yang sangat berkesan untuk kita sentuh hati anak-anak dengan nasihat sebagaimana diajar oleh Baginda SAW.
Tugas mendidik dan menegur anak bukan kerja yang mudah, silap tegur anak jadi lagi melawan dan memberontak pulak.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Siti Aminah Sulaiman, dia sendiri sudah mencuba kaedah nasihati anak dalam 3 keadaan waktu ini dan terbukti BERKESAN!
Sungguh benarlah Rasullulah SAW dihantar sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Inilah 3 waktu yang TERBAIK untuk kita nasihati anak:
1) DALAM PERJALANAN /TRAVELLING / BERMUSAFIR
Gunakanlah detik yang berharga ini. Kenapa sesuai untuk nasihati anak ketika dalam perjalanan?
Kerana hati anak sedang GEMBIRA dan TERBUKA untuk terima nasihat.
Pengalaman saya yang terbaru ini ketika kami travel ke Ipoh, saya memang sudah rancang dari awal untuk tegur cara solat anak saya.
Saya berniat nak tegur cara dia bersolat, kerana dia selalu solat dengan laju.
Cara saya ialah mulakan dengan PUJIAN:
” Terima kasih tadi Muiz sebab tolong mak kutip mainan atas lantai..(sambil urut2 belakang anak)
Allah sayang anak yang rajin tolong mak” Tengok muka anak dan mula senyum lebar kena puji, saya sambung dengan teguran:
” Muiz, nanti bila solat, baca Fatihah perlahan-lahan tau..Jangan laju sangat, kita nak Allah dengar apa yang kita baca masa solat..”
Saya lihat muka anak jernih sekali dan dia mengangguk faham Kemudian saya sambung dengan cadangan untuk tambah baik solat anak:
“Oh..Mak ada idea. Jom kita tengok video Tafseer Surah Al Fatihah nak?”
Lalu sepanjang perjalanan ke Ipoh kami tonton bersama video Tafseer Ustaz Nouman Ali Khan.
MasyaAllah, saya nampak perubahan dalam solat anak saya sejak dari travelling yang lepas.
2) WAKTU MAKAN
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar bin Abi Salamah r.a yang bermaksud:
“Aku masih kecil ketika berada dalam pengawasan Rasulullah SAW. Tanganku bergerak ke sana ke mari di hadapan makanan.
Lalu sabda Baginda SAW: Hai anak kecil, ucapkanlah basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada dihadapanmu.. Sejak itu, begitulah caraku makan.
Dalam buku Prophetic Parenting tulisan Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, untuk mengenal peribadi asli anak, lihatlah dia waktu makan dan minum.
Anak akan tonjolkan sifat aslinya. Kadang anak lapar hingga tak dapat kawal diri, hingga makan guna tangan kiri, tak kunyah dengan betul atau berebut dengan adik beradik lain.
Disinilah pentingnya kita sebagai ibu bapa untuk duduk makan bersama. Ajarkan anak tertib makan.
Alhamdulillah, anak saya Muiz seorang Left Handed (kidal),pada awalnya sukar untuk makan guna tangan kanan.
Berkat sabar dan nasihat berulang kali , dia boleh makan dengan tangan kanan. Biarlah perlu ingatkan anak berulang kali pun, jangan pernah jemu.
Ingatkan anak untuk baca Bismillah sebelum jamah makanan, duduk bila minum air dan sunnah lain.
Paling penting kita sediri perlu tunjuk adab makan yang betul, baru mudah anak nak ikut.
3) KETIKA ANAK SAKIT
Hadis riwayat Bukhari dari Anas r.a yang bermaksud:
“Seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi SAW sakit. Baginda SAW datang menjenguknya.
Baginda duduk di dekat kepalanya dan bersabda kepadanya, ‘Masuk Islamlah engkau’. Dia melihat ke arah bapanya yang saat itu berada di sana. Si bapa berkata, ‘Turutilah Abu Qasim’.
Maka, dia pun masuk Islam. Nabi SAW pergi sambil berdoa, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka”.
Sebak hati saya bila baca hadith ni, halus sungguh peribadi Nabi Muhammad SAW
Dakwah pada anak kecil dengan begitu lemah lembut sekali. Sakit yang dialami anak menjadikan hatinya lembut dan lunak.
Masih saya teringat nasihat saya pada anak kedua ketika dia demam batuk baru-baru ni.
” Nanti adik jangan makan lagi aiskrim warna warni tu. Mak dah cakap ‘colouring’ tak bagus untuk badan. Dia jadikan badan kita lemah, antibodi jadi tak kuat..”
Penangan nasihat masa sakit ni, sampai sekarang anak tak berani lagi cuba makan ais krim. Itulah kali pertama dan terakhir dia mencuba.
Sama juga dengan anakanda Muiz, ketika sakit dia selalu bertanya kenapa dia sakit?
Jawab saya: ” Syukur Allah beri kita rasa sakit, kita sedar kita manusia. Firaun tak pernah sakit, dia jadi sombong dan mengaku dia Tuhan..”
Banyak lagi nasihat yang boleh kita selitkan bila anak sakit, dengan Izin Allah mereka akan dengar. Fuhh..Bukan mudah nak didik anak-anak ni.
Kerana itu penting kita rebut 3 waktu yang AFDAL supaya nasihat lebih meninggalkan kesan dalam hati anak-anak.
Saya doakan setiap ibu ayah yang membaca post ini diberikan kesabaran dan hikmah dalam menasihati anak-anak.