Melahirkan anak kelima awal beberapa hari sebelum jangkaan yang sepatutnya hari Ahad, Datin Seri Shahida selamat melahirkan bayi perempuannya petang semalam (19 Disember).
Menerusi perkongsian di instagram Datuk Seri Aliff Syukri, hampir lapan jam menanti dan memantau perkembangan si isteri dan bayi yang bakal lahir, penyanyi dan usahawan ini menjelaskan, dia berjanji untuk menjadi suami yang lebih baik.
“Beranak sebelum waktunya. Sebenarnya isteri saya dijangka bersalin pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doktor cakap kena beranak hari ni..Jadi semua benda cancel demi menemani isteri melahirkan bayi.
“Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam labour room ni.
“Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang semua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak menang,” tulisnya.
Malah jelasnya, orang luar sentiasa melihat mereka pasangan bahagia, namun dugaan berumahtangga hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
“Sebab tu hari ini saya nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, syg sy @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak. Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Pelbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. tapi saya yakin yang terbaik untuk awak dan awak terbaik untuk saya sampai mati sayang.
“Kalau tengok dugaan wanita yang ingin melahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee semua cakap isteri.. sebab tu abang tak malu nak minta maaf,” katanya.
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini serta seorang anak angkat.
DS Shahida Selamat Lahirkan Anak Perempuan
Menjengah Instagram Bonda Rozita, Bonda ada memuat naik gambar bayi pasangan ini dengan mengucapkan syukur kerana selamat melahirkan anak perempuan pada jam 5.30 petang.
Foto : IG Aliff Syukri | Bonda Rozita