Kehamilan

“Awal Saya Muntah, Kini Suami Mengidam.” Kandungan Uyaina Trimester Ke-2

Share

Setelah ramai berteka-teki sebelum ini, pasangan selebriti Uyaina Arshad, 29, dan Raja Syahiran, 28, berkongsi pada semua yang mereka bakal bergelar ibu dan bapa tak lama lagi.

Menerusi perkongsian di XTRA, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, kandungannya sudah memasuki trimester kedua.

“Alhamdulillah, kandungan sudah memasuki trimester kedua. Semuanya dipermudahkan. Saya mengalami alahan seperti muntah-muntah pada trimester pertama dan syukur, saya sudah tidak mengalaminya sekarang.

“Kami sendiri tak sangka yang tak lama lagi kami bakal bergelar ibu dan bapa. Kami memohon doa orang ramai agar urusan kehamilan dan bersalin nanti dipermudahkan, insya-Allah,” katanya.

Suami yang mengidam

Dalam pada itu, Uyaina turut memberitahu suaminya ‘mengidam’ beberapa jenis makanan.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya dipermudahkan. Saya juga tak ada rasa mengidam untuk menjamah mana-mana makanan.

“Tapi, Syahiran pula yang mengidam beberapa jenis menu. Dia teringin nak makan nasi kandar dan air ‘coconut shake’. Dia juga teringin nak makan roti canai Pak Ajis di Kedah,” katanya.

Tambah Uyaina lagi, dia dan suami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan dan keselamatan Uyaina serta bayi sepanjang tempoh mengandung hingga melahirkan nanti. Semoga segala urusan dipermudahkan. Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.

“Jujurnya, kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. Tak sabar untuk jumpa our Little One.

“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat kami. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa,” ujarnya lagi.

Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Syahiran atau nama sebenarnya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, pada 21 Disember tahun lalu.

Kredit: IG Uyaina Arshad & XTRA

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy