Walaupun dijangka akan bersalin pada 9 Oktober, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Binti Mohd Sabri dikatakan telah mengalami kontraksi sejak tengah malam Isnin, dan digegaskan ke hospital untuk pengawasan.
Ads
Pada jam 5.40 petang, Elfira telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.68 kg secara normal.
Jawab teka-teki baby boy
Sementara itu, adik kepada Elfira iaitu Nurul Ezlisa Loy memuat naik paparan skrin membuat panggilan video bersama anak buahnya di insta storynya.
Ads
Ezlisa yang menulis kapsyen he is cute sekaligus menjawab teka-teki mengenai jantina bayi Elfira.
Sebelum ini Elfira dan suaminya Khairol Faris Anuar mengambil keputusan untuk merahsiakan jantina bayi dalam kandungannya kerana ingin memberi kejutan kepada keluarga kedua-dua belah pihak.
Ads
Pengumuman jantina bayi hanya akan dibuat kepada keluarga dan peminat apabila dia sudah selamat bersalin kelak.
Sepanjang mengandung pun Elfira juga bersyukur tiada alahan bukan-bukan dan boleh dikatakan proses kehamilan anak pertamanya ini dipermudahkan. Bab makanan pun tiada mengidam yang pelik-pelik dan hingga hari nak bersalin masih lagi aktif bekerja dan menghadiri beberapa majlis.
Sumber: Hot FM & Mstar Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan anak itu sendiri. Ia adalah asas kepada kesihatan mulut dan gigi kekal sebaik kanak-kanak menginjak ke usia remaja dan memasuki alam dewasa.
Sekiranya tabiat penjagaan gigi yang baik tidak dipupuk sejak anak kecil iaitu ketika hanya memiliki beberapa gigi susu, ia akan memberi impak besar terhadap pembentukan gigi kekal yang sihat dan bebas sebarang masalah.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Iqbal Rosali, dalam memastikan perkara itu dapat dipraktikkan, ibu bapa individu paling rapat yang perlu mendidik gaya hidup sihat untuk anak mereka.
STIGMA GIGI SUSU YANG PERLU DIBETULKAN
❎ Gigi susu tak penting
Gigi susu penting sama seperti gigi kekal. Paling penting adalah untuk anak mengunyah makanan dan bercakap dan menyebut dengan betul.
❎ Biar gigi susu rosak sebab ada ganti
Gigi susu memang akan diganti dengan gigi kekal. Tetapi janganlah dibiarkan rosak kerana bila gigi rosak boleh berlaku jangkitan kuman dan menyebabkan gusi atau muka bengkak. Anak-anak juga mengadu sakit, demam dan susah mahu makan.
❎ Gigi susu jarang, gigi kekal akan jarang juga
Penyataan yang tidak tepat. Gigi susu jarang kerana saiz gigi yang kecil dan rahang anak-anak kita pula sedang membesar. Tulang rahang mulut yang membesar menyediakan ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh.
❎ Gigi susu cantik gigi kekal susah tumbuh
Tidak ada kena-mengena. Gigi susu yang sihat dan cantik adalah sangat dipuji. Gigi kekal tumbuh mengikut jadual dan akan menghakis akar susu menyebabkannya longgar.
❎ Gigi susu rosak tidak apa
Janganlah begitu. Gigi susu yang rosak boleh memudaratkan kesihatan dan tumbesaran anak-anak.
❎ Gigi susu rosak, lebih baik cabut
Kalaulah semudah yang disebut. Budak-budak kecil tidak patut ditakutkan dengan doktor gigi dengan menunjukkan gigi rosak dan dicabut. Gigi susu yang rosak masih lagi boleh ditampal kalau lubang tidak terlalu besar atau dalam. Gigi susu juga menjadi panduan kepada gigi kekal untuk tumbuh. Kalau gigi susu dicabut awal, itu antara punca susunan gigi kekal menjadi tidak elok.
❎ Gigi susu susah nak dibersihkan
Susah dibersihkan kerana anak-anak kita tidak mahu gosok gigi. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bantu gosokkan gigi mereka sekurang-kurangnya sehingga mereka berumur 6 tahun. Aktiviti gosok gigi perlu dibiasakan sejak dari kecil lagi dan ibu bapalah seharusnya menjadi contoh.
❎ Gigi susu sahaja, tak perlu diperiksa di klinik gigi
Inilah kesilapan dan stigma negatif paling besar sekali. Ramai ibu bapa tidak membawa anak-anak ke klinik gigi seawal yang mungkin. Hanya apabila sakit baru bawa. Kanak-kanak hendaklah dibiasakan dengan persekitaran klinik gigi supaya mereka tidak takut bila besar kelak. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi walaupun tidak sakit seawal gigi pertama tumbuh.
Bila anak-anak tak dapat tidur yang mencukupi, tahu tak mak ayah anak-anak sebenarnya tak dapat tenaga yang cukup untuk kekal fokus ketika berada di dalam kelas.
Menurut perkongsian Dr Harith Ahmad, waktu tidur anak memainkan peranan besar untuk mengembalikan tenaga mereka di waktu siang.
Berikut merupakan waktu tidur yang disarankan serta tip untuk ahli keluarga bagi memastikan waktu tidur anak lebih berkualiti.
“Hari ini saya nak ceritakan mengenai anak-anak kita yang berada di pra sekolah yang mana seolah-olah tidak cukup tidur dan keletihan ketika bangun pagi.
Berapa jumlah waktu tidur yang sebenarnya diperlukan anak kita?
Selalunya kanak-kanak yang berada di pra sekolah, mereka sangat penat. Tidur yang diperlukan pula sekurang-kurangnya lapan jam.
Kalau anak-anak tidur pukul 12 malam macam mana nak cukupkan lapan jam? Waktu tidur yang disyorkan untuk anak adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Waktu ini adalah amat baik untuk mereka dan anak sudah pun mendapat lapan jam yang berkualiti.
Tapi bila anak tidur kita selalu rasa cukupkah anak tidur? Berkualiti kah waktu tidur anak kita? Sebenarnya tidak!
Mana tidaknya, ada orang yang mengganggu, ada ayah yang masih lagi menonton televisyen dan masih ada lagi ahli keluarga yang belum tidur.
Kalau boleh semua ahli keluarga tidur pada pukul 10 malam ini, barulah anak-anak dapat menikmati persekitaran tidur yang baik dan dapat tidur dengan nyenyak dan berkualiti.
Simptom perut berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku. Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan. Walaupun ia dianggap sebagai satu simptom biasa, namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak tidur.
Jadi apa yang menyebabkan perut berangin semasa hamil?
Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.
Kenapa ibu hamil mudah mendapat simptom perut berangin?
Kehamilan merupakan satu proses fisiologi yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tubuh ibu supaya ideal untuk tumbesaran janin. Perkara ini berlaku secara berperingkat dan dalam perubahan tersebut, terselit kesan sampingan yang boleh membuatkan ibu hamil tidak selesa; angin.
Perut masuk angin semasa mengandung bukanlah satu perubahan fisiologi kehamilan. Ia merupakan kesan sampingan berpunca daripada peningkatan hormon progesteron.
Hormon tersebut bukan sahaja menyebabkan otot badan menjadi regang, malah mengakibatkan proses pencernaan badan menjadi perlahan. Akibatnya, angin berkumpul dan dimanifestasikan sebagai perut masuk angin, mudah sendawa dan terkentut.
Semakin lanjut usia kandungan ibu, semakin banyak angin yang berkumpul akibat daripada peningkatan saiz rahim yang memberikan tekanan kepada organ sistem penghadaman.
Apa yang lebih teruk lagi, ada juga makanan yang boleh menyebabkan perut berangin. Pengambilan ubat suplemen, terutamanya yang mengandungi zat besi, boleh menyebabkan masalah sembelit.
Perkara ini sekali gus membuatkan masalah angin pada perut anda menjadi bertambah teruk.
Tip legakan perut berangin semasa mengandung
#1 Minum air secukupnya
Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau jus. Walaupun jus bagus untuk kesihatan, jika anda mempunyai penyakit radang usus (IBD), ia boleh menyebabkan simptom perut berangin menjadi bertambah teruk.
Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin (FODMAP) yang rendah. Minuman terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan adalah air kosong.
Pastikan anda minum mengikut saranan pakar.
#2 Eksperimen dengan tabiat pemakanan anda untuk kesan punca perut berangin perut berangin
Oleh sebab terdapat banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan berlakunya perut berangin, anda boleh melakukan ‘eksperimen’ bagi mengesan punca tersebut. Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang anda biasa makan dan lihat jika simptom perut berangin menjadi bertambah baik. Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan pada simptom tersebut dan mereka berjaya mengesan makanan apa yang menjadi punca.
Antara makanan yang sering dikaitkan dengan angin pada perut adalah:
Jika anda ingin membuat perubahan pada diet anda, rujuk kepada pakar pemakanan atau doktor terlebih dahulu. Takut nanti anak yang sedang membesar itu tidak mendapat nutrisi yang cukup pula.
#3 Ambil makanan berserat secukupnya
Walaupun terdapat banyak sayur yang boleh menyebabkan perut anda berangin, tapi ia juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Apabila anda mengambil makanan berserat yang cukup, ia akan menarik air ke dalam usus, melembutkan tinja dan membuatkan proses defekasi berlaku dengan mudah.
Oleh sebab sembelit boleh menyebabkan masalah ini menjadi bertambah teruk, anda boleh cuba ambil makanan berserat terlebih dahulu. ‘Eksperimen’ dengan makanan dan kenal pasti punca anda alami perut berangin.
#4 Gunakan suplemen serat untuk atasi masalah perut masuk angin
Bagi golongan ini, anda dinasihatkan untuk mengambil suplemen yang mengandungi serat bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit. Cuba tanya doktor anda jika ada ubat yang boleh dibeli di farmasi berdekatan atau minta preskripsi daripada mereka.
#5 Pastikan anda aktif bergerak walaupun sarat mengandung
Anda tidak perlu ke gim pun jika hendak atasi masalah perut berangin.Apa yang anda perlu buat adalah berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda secara umum, malah ia juga boleh membantu mengelakkan berlakunya sembelit.
Proses penghadaman juga boleh dipercepatkan dengan hanya menurut saranan pakar untuk bersenam. Jika anda ingin melakukan sebarang rejim senaman (ringkas atau kompleks), rujuk doktor anda terlebih dahulu.
Mereka akan membuat pemeriksaan dan menentukan sama ada anda boleh melakukan aktiviti senaman berat.Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.
Konklusi
Simptom perut berangin lazim berlaku dalam kalangan ibu hamil.Jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh memberikan ketidakselesaan kepada ibu terutamanya bagi mereka yang sudah dalam trimester ke-3.Ikut tip yang diberikan di atas dan jika ragu, tanya kepada doktor anda untuk khidmat nasihat kesihatan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!