Awal Seminggu Lahir Dengan Berat 3.68kg, Baby Boy Pelengkap Hidup Elfira

Share

Tahniah buat pelakon Elfira Loy yang telah selamat melahirkan anak sulungnya semalam (Selasa) di sebuah hospital di ibu negara.

Berita gembira itu turut dikongsi Elfira menerusi laman Instagram miliknya beberapa jam selepas kelahiran bayinya.

“Syukur Alhamdulillah | 1.10.19.” tulisnya ringkas

Walaupun dijangka akan bersalin pada 9 Oktober, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Binti Mohd Sabri dikatakan telah mengalami kontraksi sejak tengah malam Isnin, dan digegaskan ke hospital untuk pengawasan.

Pada jam 5.40 petang, Elfira telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.68 kg secara normal.

Jawab teka-teki baby boy

Sementara itu, adik kepada Elfira iaitu Nurul Ezlisa Loy memuat naik paparan skrin membuat panggilan video bersama anak buahnya di insta storynya.

Ezlisa yang menulis kapsyen he is cute sekaligus menjawab teka-teki mengenai jantina bayi Elfira.

Sebelum ini Elfira dan suaminya Khairol Faris Anuar mengambil keputusan untuk  merahsiakan jantina bayi dalam kandungannya kerana ingin memberi kejutan kepada keluarga kedua-dua belah pihak.

Pengumuman jantina bayi hanya akan dibuat kepada keluarga dan peminat apabila dia sudah selamat bersalin kelak.

Sepanjang mengandung pun Elfira juga bersyukur tiada alahan bukan-bukan dan boleh dikatakan proses kehamilan anak pertamanya ini dipermudahkan. Bab makanan pun tiada mengidam yang pelik-pelik dan hingga hari nak bersalin masih lagi aktif bekerja dan menghadiri beberapa majlis.

Sumber: Hot FM & Mstar Online

Published by
Wan Amy