Bakat Tidak Lahir Sendiri, Ia Disemai Dengan Sokongan
Setiap anak datang ke dunia dengan potensi yang luar biasa — ada yang bijak dalam akademik, ada pula yang menyerlah dalam bidang sukan atau seni. Namun potensi ini ibarat benih, dan hanya akan tumbuh menjadi pohon yang subur jika disiram dengan kasih sayang, kepercayaan, dan sokongan. Kisah adik Aneesa, pemain boling muda dari Akademi Syaidatul Afifah, membuktikan bahawa minat seorang anak, jika disokong oleh ibu bapa, mampu menjadi laluan kejayaan yang sebenar. Bukan kerana dia dilahirkan hebat, tetapi kerana dia diberi peluang untuk menjadi hebat.
Asal Mula: Bila Minat Bermula Dari Rumah
Aneesa tidak terus menyertai sukan boling sebagai satu impian — ia bermula secara sederhana, seperti yang dikongsikannya:
“Awalnya dari ibu saya, di mana saya hanya bermain saja-saja. Selepas itu akademi saya mencari pemain baharu, jadi saya minta ibu saya UNTUK TURUT SERTA, dan akhirnya saya diterima untuk menjadi salah seorang pemain boling di akademi tersebut.”
Minat yang kecil itu mula tumbuh apabila ibunya, Puan Rafidah, menyedari sesuatu yang lebih mendalam pada diri anaknya:
“Awalnya saya mula hantar Aneesa bila saya nampak minat dia yang lebih mendalam dalam sukan boling ini. Bukan dari itu sahaja, Aneesa juga mula pupuk perasaan minat selepas menonton video-video coachnya iaitu Syaidatul Afifah. Dari situlah saya memupuk perasaan yakin untuk beri sepenuh sokongan kepada Aneesa.”
Komitmen & Disiplin: Bila Anak Bersedia, Ibu Bapa Menyokong
Setiap kejayaan kecil Aneesa bukan dicapai dengan mudah. Ia dibina atas latihan yang berterusan dan kesungguhan yang luar biasa. Bila ditanya tentang latihan harian:
Ads
“Saya ambil masa 2 jam setiap kali latihan.”
Di sinilah keajaiban terjadi — apabila ibu bapa tidak hanya melihat latihan sebagai aktiviti sampingan, tetapi sebagai satu jalan untuk membina jati diri, disiplin dan daya tahan. Dan Aneesa membuktikan, dengan sokongan, anak-anak mampu mengurus masa, semangat, dan cabaran dengan cara yang luar biasa.
Perspektif Jurulatih: Bila Guru Percaya, Anak Makin Bersinar
Sebagai bekas pemain boling negara dan kini jurulatih kepada Aneesa, Coach Syaidatul Afifah melihat potensi luar biasa dalam diri anak muda ini:
Ads
“Aneesa ni seorang pemain yang berbakat, cepat belajar dan sangat konsisten dengan permainan dia sekarang.”
“Untuk umur Aneesa ni, progress dia sangat pantas dan membanggakan, tapi masih ada banyak lagi ilmu dan teknik yang boleh kita tingkatkan.”
Apa yang menjadikan Aneesa istimewa bukan sekadar bakat, tetapi sikap dan semangat yang ada dalam dirinya:
“Dia ada ‘fighting spirit’ yang tinggi dan sentiasa cuba perbaiki diri. Sifat ini patut ada kepada semua orang sebab inilah attitude yang kita inginkan dalam diri seorang atlet.”
Dari Gelanggang Latihan ke Pentas SUKMA
Kisah Aneesa kini bukan lagi sekadar tentang anak kecil yang minat bermain boling — ia sudah berubah menjadi sebuah perjalanan besar. Hasil daripada minat yang disemai, disiplin yang dibina, dan sokongan tanpa syarat daripada ibu bapanya, Aneesa kini telah berjaya mencatat sejarah peribadi apabila secara rasmi terpilih sebagai atlet untuk SUKMA 2026.
Ads
Akademi Syaidatul Afifah sendiri menyatakan dalam satu ucapan rasmi:
“Tahniah setulus hati kepada pelajar kami di Akademi Syaidatul Afifah (ASA), Aneesa Sofea kerana telah terpilih dalam senarai panjang untuk SUKMA 2026! Dedikasi anda benar-benar membuahkan hasil, dan kami sangat bangga dengan anda. Ketika anda meneruskan latihan bersama pasukan KL Wipers, ingatlah bahawa ini hanyalah permulaan perjalanan anda. Teruskan percaya pada diri sendiri dan jangan berhenti berusaha — tiada had kepada apa yang anda boleh capai.”
Kejayaan ini bukan semata-mata pencapaian peribadi Aneesa — ia adalah simbol kekuatan hubungan antara anak dan ibu bapa, dan bukti bahawa apabila keluarga hadir sebagai penyokong utama, langit bukan lagi hadnya.
Mungkin anda tidak tahu ke mana minat anak akan membawa mereka. Tapi cukup dengan satu kepercayaan, satu dorongan, dan satu ruang untuk mencuba — mereka mungkin akan berdiri di pentas seperti Aneesa hari ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak sebenarnya cara ibu bapa boleh buat untuk anak lebih patuh dan rapat. Bukan dengan niat yang baik-baik sahaja semasa memasak atau menidurkan anak tapi ketika menyikat rambut pun tetap boleh dilakukan.
Tertarik dengan perkongsian dari Puan Nadia Bakar, admin nak kongsikan bagaimana dia menggunakan cara untuk melembutkan hati anaknya. Sangat mudah diamalkan.
Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ni.
Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?
Kisah ni dah lama nak cerita, tapi asyik lupa. Maafkanlah mak yang sibuk ini. Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.
Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita. Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.
Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.
“Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin”
Anak-anak pun aminkan.Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.
Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.
“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.”
Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.
“Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”
Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak. Nampaklah kesannya. Anak pun lebih attach dengan kita.
Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.
Anak ‘mabuk’ bila naik kenderaan, boleh cuba petua ini, guna bahan dapur saja. Ada anak yang jenis ‘mabuk’ bila naik kenderaan. Entah macam mana boleh ada simptom tersebut. Asal naik kereta atau kenderaan lain, si kecil akan pening kepala dan muntah-muntah.
Bayangkan kalau yang terpaksa melalui perjalanan jauh balik ke kampung. Sudah tentu ia boleh mengganggu ‘mood’ nak berjalan dan lebih kasihan pada si kecil yang menanggung ketidakselesaan tersebut.
Anak ‘Mabuk’ Bila Naik Kenderaan
Mabuk perjalanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi sama ada melalui perjalanan dalam kenderaan di darat atau laut mahupun udara.
Antara tanda-tanda anak anda jenis ‘mabuk’ kenderaan adalah kerap meragam, gelisah, mengadu kepala pening, berpeluh walaupun suhu sejuk, berasa loya dan akhirnya muntah hingga boleh mengalami dehidrasi jika terlalu banyak mengeluarkan cairan.
Bagaimanapun ibu ayah jangan risau kerana simptom mabuk kenderaan bukanlah sesuatu yang serius kerana kebiasaannya ia boleh hilang dengan sendirinya.
Tetapi sebagai ibu ayah sudah tentu kita kena sentiasa mengambil tahu dan bersedia membuat persiapan jika anak mempunyai masalah mabuk kenderaan.
Namun adalah wajib untuk kita sebagai ibu bapa mengambil tahu tanda mabuk supaya lebih bersedia, sekali gus tidak menjadikan perjalanan yang dirancang bertukar kepada perkara lain.
Pengalaman anak mabuk kenderaan turut dilalui oleh seorang ayah, Pengiran M. Nizam Rahman yang berkongsi petua tradisional bagaimana mengatasi masalah mabuk kenderaan yang dialami oleh anak kecilnya.
Perjalanan dari Kuching ke Mukah kali ini betul-betul mencabar.
Gerak dari Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi. Sampai di Mukah jam 7.00 malam. Penat memandu.
Mungkin anda pernah mengalami situasi bila berjalan jauh, anak-anak mabuk kenderaan. Boleh cuba cara ini. Ambil beberapa biji lada hitam. Lekatkan pada pita pelekat dan tampal pada pusat anak.
Boleh Cuba Petua Ini, Guna Bahan Dapur Saja
Petua guna lada hitam atasi mabuk kenderaan
Bahan-bahan:
Beberapa biji lada hitam
Pita pelekat
Caranya:
Lekatkan lada hitam pada selotep, kemudian tampal pada pusat anak. Pastikan lada hitam berada pada tepat lubang pusat anak. Selamat mencuba!
Rabun pada kanak-kanak bukan sekadar “tak nampak papan hitam” semasa sekolah. Ia melibatkan gangguan pembentukan penglihatan ketika mata masih berkembang, dan jika tidak dikesan awal, boleh menjejaskan pembelajaran, perkembangan koordinasi, dan kualiti hidup.
Beberapa jenis utama masalah penglihatan pada kanak-kanak termasuk miopia (rabun jauh), hiperopia (rabun dekat), astigmatisme, amblyopia (mata malas), strabismus (silang/melihat tidak selari), serta masalah kongenital seperti katarak kongenital.
Masalah penglihatan, terutama rabun jauh (myopia), kini semakin kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ia sering tidak disedari kerana anak kecil belum tahu cara meluahkan atau menyedari bahawa penglihatan mereka tidak normal.
Tanda-Tanda Awal Masalah Penglihatan pada Kanak-Kanak:
Selalu mengecilkan mata ketika melihat sesuatu dari jauh
Kerap menggosok mata walaupun tidak mengantuk
Menonton TV atau menggunakan tablet pada jarak yang sangat dekat
Mengadu sakit kepala atau mata penat
Sukar memberi tumpuan ketika membaca atau belajar
Kemerosotan prestasi di sekolah tanpa sebab jelas
Mengelak aktiviti seperti membaca atau menulis
Adakah Skrin Menjadi Punca?
Dalam era digital ini, kanak-kanak semakin terdedah kepada skrin seawal usia 2 tahun. Penggunaan berlebihan tanpa rehat boleh menyebabkan:
Ketegangan mata (eye strain)
Rabun jauh yang semakin teruk
Gangguan tidur akibat cahaya biru
Apa Yang Berlaku Jika Tidak Dirawat?
Jika masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak tidak dikesan atau dirawat lebih awal, ia boleh membawa kepada beberapa kesan jangka panjang yang membimbangkan. Rabun yang ringan boleh menjadi semakin teruk dari tahun ke tahun, terutamanya jika tiada pemantauan atau penggunaan cermin mata yang sesuai.
Dalam suasana pembelajaran pula, kanak-kanak yang sukar melihat papan putih atau bahan bacaan akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian di dalam kelas, yang akhirnya boleh memberi kesan kepada prestasi akademik mereka.
Tindakan Bijak Ibu Bapa Untuk Lindungi Penglihatan Anak
Lakukan Pemeriksaan Mata Secara Berkala Walaupun anak tidak menunjukkan sebarang gejala, pemeriksaan mata tahunan sangat penting untuk mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal — sebelum ia menjejaskan pembelajaran dan perkembangan anak.
Kawal Waktu Penggunaan Skrin Hadkan masa anak menghadap skrin dan amalkan kaedah 20-20-20: setiap 20 minit menggunakan skrin, rehatkan mata selama 20 saat dengan melihat objek sejauh 20 kaki. Ini dapat mengurangkan ketegangan mata dan memperlahankan perkembangan rabun.
Galakkan Aktiviti Luar Rumah Pendedahan kepada cahaya semula jadi ketika bermain di luar rumah membantu mengurangkan risiko rabun jauh. Kajian juga menunjukkan bahawa aktiviti luar sekurang-kurangnya 90 minit sehari memberi manfaat kepada kesihatan mata kanak-kanak.
Pastikan Pencahayaan yang Baik Semasa Anak Belajar Cahaya yang mencukupi dan tidak terlalu silau semasa membaca atau menulis membantu mengurangkan beban pada mata. Elakkan anak belajar dalam pencahayaan yang malap atau terus dari skrin tanpa rehat.
Perhatikan Perubahan Tingkah Laku Anak Jika anak mula menunjukkan tanda seperti duduk terlalu dekat dengan TV, selalu mengadu sakit kepala, atau hilang minat dalam aktiviti yang memerlukan fokus visual — ia mungkin petunjuk awal masalah penglihatan. Tindakan awal boleh mencegah masalah menjadi lebih serius.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.