Bawang memang terkenal sebagai bahan masakan yang memberi rasa sedap pada makanan. Tapi, tahukah anda bahawa bawang juga mengandungi Fructooligosaccharides (FOS), sejenis prebiotik yang baik untuk usus?
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad FOS membantu menyuburkan bakteria baik dalam usus, meningkatkan sistem imun, dan menyokong kesihatan pencernaan.
Namun, tak semua orang sesuai makan bawang! Bagi mereka yang ada masalah usus seperti IBS, IBD, atau SIBO, bawang boleh menyebabkan perut kembung, cirit-birit, dan ketidakselesaan.
Jadi, adakah bawang baik atau berbahaya untuk anda? Jom fahami lebih lanjut!
BAHAYAKAH MAKAN BAWANG?
Fructooligosaccharides (FOS) tergolong dalam kumpulan prebiotik.
Ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus manusia.
Bagi orang yang sihat, FOS boleh memberi manfaat sebagai prebiotik.
1.Menyuburkan bakteria baik dalam usus, terutama Bifidobacteria dan Lactobacilli.
2 Meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium dan magnesium.
3 Meningkatkan kesihatan usus dengan menghasilkan asid lemak rantaian pendek (SCFA), yang baik untuk sel-sel usus.
4Meningkatkan sistem imun dengan menguatkan lapisan mukosa usus.
Ads
Antara sumber semulajadi FOS adalah:
1 Bawang merah & putih
2 Bawang prei (leek)
3Bawang spring
4 Asparagus
5 Pisang (terutama yang belum terlalu masak)
6 Bawang putih
7 Chicory root
8 Artichoke
Namun, bagi individu yang mempunyai masalah usus tertentu, seperti Sindrom Usus Rengsa (IBS), Penyakit Radang Usus (IBD), atau SIBO (Small Intestinal Bacterial Overgrowth), FOS boleh menyebabkan simptom yang lebih teruk.
FOS adalah karbohidrat rantai pendek yang difermentasi secara berlebihan oleh bakteria usus, menghasilkan gas seperti hidrogen dan metana.
Ads
Ini boleh menyebabkan perut kembung, cirit-birit, sakit perut, dan ketidakselesaan. Dalam masalah Small Intestinal Bacterial Overgrowth (SIBO), bakteria berlebihan dalam usus kecil boleh memakan FOS dan menghasilkan lebih banyak gas dan toksin, menyebabkan radang dan gangguan penghadaman.
Contoh, bawang adalah sayuran yang tinggi dalam FODMAPs (Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides, and Polyols), yang boleh menyebabkan cirit-birit atau sembelit dalam IBS.
Sesetengah pesakit IBD sensitif kepada serat larut seperti FOS, yang boleh merangsang radang usus dan memburukkan simptom.
Ads
Walaupun FOS bermanfaat sebagai prebiotik untuk orang yang sihat, mereka yang mempunyai masalah usus tertentu sebaiknya mengelakkan bawang dan makanan tinggi FOS untuk mengurangkan risiko keradangan dan simptom usus.
Cara mengambil FOS secara sihat adalah :
1. Mulakan dengan jumlah kecil – Jika tidak biasa, ambil sedikit dahulu untuk mengelakkan kembung atau ketidakselesaan.
2. Gabungkan dengan probiotik – Prebiotik seperti FOS akan membantu bakteria baik (probiotik) berkembang dengan lebih baik.
3. Pastikan cukup serat lain – Jangan hanya bergantung pada FOS, seimbangkan dengan serat larut dan tidak larut.
4. Hindari jika ada simptom negatif – Jika perut kembung atau cirit-birit berlaku, kurangkan atau elakkan sementara.
Kesimpulannya, orang yang sihat boleh mengambil FOS dari sumber semula jadi untuk menyokong kesihatan usus, tetapi dalam jumlah sederhana dan disesuaikan dengan toleransi badan masing-masing
Jika nak badan sihat, kita mestilah amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat selain dari rajin mengambil suplemen makanan sunnah. Ia bagus untuk menguatkan imun badan anak daripada mudah dijangkiti penyakit.
Memang di pasaran ada bermacam suplemen makanan sunnah boleh dibeli tapi kadangkala dengan harga yang agak mahal kita pun berkira nak beli.
Apa kata buat sendiri suplemen untuk kegunaan seisi keluarga. InsyaAllah badan sihat dan bertenaga. Pahala pun dapat sebab amalkan makanan sunnah!
Resipi buat sendiri suplemen daripada facebook Puan Siti Hanisah Azhari yang juga seorang ibu yang sedang hamil sangat bermanfaat untuk semua.
Mak buyong nak share resepi supplement makanan sunnah yang mak buyong rajin buat untuk anak-anak dan keluarga mak buyong.
Nak beli mahal sangat, so kita buat sendiri sambil kita baca surah2 dan ayat penerang hati.
1kg madu,
Sebotol pati kurma,
Sebotol pati delima,
Sebotol kecik minyak zaitun,
Suku botol kecik minyak habatul sauda,
Campurkan dalam bekas plastik, kacau sampai sebati menggunakan senduk kayu atau plastik.
Dah betul-betul sebati, masukkan dalam botol kaca atau plastik.
Minum sesudu setiap pagi dan malam,
Amat bagus untuk perkembangan dan antibodi anak-anak dan kita.
Ejas rasa ikut selera kita, kalau boleh jangan lebihkan minyak habatul sauda, kerana ia bersifat panas, dan anak-anak yang tak biasa agak kurang mengemari.
Tak yah dah nak beli kat luar, kita sebutkan la nama anak-anak kita seorang demi seorang berserta doa kita untuk zahir dan jiwa mereka.
Inilah rupanya apabila telah siap dibuat.
Jadi selepas ini boleh buat sendiri supplemen ini di rumah. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan paling penting 100 peratus halal. Selain boleh disimpan untuk stok, boleh juga dikongsi bersama anak-anak buah yang datangke rumah.
Sumber: Facebook Siti Hanisah Azhari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika nak dibandingkan zaman kita dulu dengan zaman anak-anak sekarang, jauh sangat berbeza. Dulu keluar main pagi, balik petang pun, ibu ayah tak risau. Namun sekarang, anak bermain depan rumah tanpa pengawasan pun, ibu bapa dah bimbang apatah lagi nak bagi kebebasan keluar dengan kawan.
Jika nak keluar bermain mesti ada ibu bapa. Oleh yang demikian, kebanyakan anak sekarang lebih pandai bab gajet kerana masa banyak dihabiskan dalam rumah.
Disebabkan itu, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa dua orang cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa pergi ke Taman KLCC sebagai usaha untuk menghargai alam.
Menurutnya, dia mahukan anak-anaknya lasak sepertinya yang berjiwa anak kampung.
“Saya anak kampung yang biasa bergelumang dengan alam. Mandi sungai, panjat pokok, kutip siput sedut di sungai, masuk hutan, bermain di padang rumput, teman datuk menoreh getah, bercucuk tanam, masuk lumpur, masuk longkan tangkap berudu dan lain-lain.
“Katalah apa aktiviti anak kampung (selain bersawah), semua saya lakukan. Sebab tu saya sangat hargai alam.
“Saya juga ingin anak saya lasak seperti saya. Hari ni saya mengajak Afwa dan Aafiyah bergambar di Taman KLCC. Nak mereka rasa nikmat dan indahnya menghargai alam.
“Marilah kita sama-sama hargai bumi, tempat tinggal kita. Jagalah bumi kita yang satu ni, cuma satu. Ciptaan Allah yang maha besar. Alhamdulillah,” tulisnya di dalam satu hantaran Instagram bersempena Hari Alam Sekitar sedua.
Dalam hantaran terbabit, Siti berkongsi beberapa keping foto berbaring bersama anak-anaknya di atas rumput taman sambil bergembira. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menumpukan perhatian pada kecomelan wajah Afwa yang menangis ketika fotonya diambil.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 54,000 tanda suka daripada pengikutnya.
“Hahahah Afwa dah tahap pasrah dah..”
“Afwa kena buli, so cute! ❤️😂..”
“Hahaha sian Afwa kena paksa cium dengan kakak dan ibu..”
“Penyek pipi Afwa..”
Kredit: IG ctdk; Gempak
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Sebuah kenyataan media telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menyeru agar rakyat Malaysia beragama Islam untuk mendirikan solat hajat khusus untuk menolak wabak COVID-19 yang sedang menular hari ini.
Kenyataanini yang telah dikeluarkan pada tarikh 24 Mac 2020 dengan meminta umat Islam melaksanakannya di rumah atau tempat masing-masing dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Menurut kenyataan ini lagi, solat hajat tersebut boleh didirikan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu yang diharamkan iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari (kecuali untuk mereka yang berada di Tanah Haram).
Selain itu, waktu lain yang diharamkan untuk menjalankan solat hajat selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata, kira-kira 3 darjah atau ketika matahari tegak atas kepala kecuali pada hari Jumaat.
Solat hajat juga diharamkan selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram) atau ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya (kecuali di Tanah Haram).
YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga menyeru agar umat Islam untuk memperbanyakkan beristigfar, bertaubat, mengamalkan zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tidak putus-putus kepada-Nya.
Melalui Wikipedia, dinyatakan cara solat hajat yang paling ringkas:
Niat Solat Hajat
“Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Cara Melakukan Solat Hajat
1. Mulakan dengan niat solat hajat.
2. Rakaat pertama – Surah Al-Fatihah dan diikuti surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
3. Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan diikuti surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
4. Selepas memberi salam pada tahiyat akhir, terus sujud dan bacalah tasbih “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN” sebanyak 41x. Selepas membaca tasbih tersebut bolehlah berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang diinginkan (masih dalam keadaan sujud).
5. Selesai doa (dalam sujud tadi), maka bangun kembali dalam tahiyat akhir dan memberi salam.
6. Berzikir dan sambung berdoa yang dihajati tadi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.