Awas, Bayi Yang Kerap Terdedah Pada Asap Rokok Lebih Mudah Dapat Masalah Jangkitan Telinga!

Share

Perhatian untuk para ayah yang menghisap rokok! Bayi yang kerap terdedah pada asap rokok lebih mudah mendapat masalah jangkitan telinga ya.

“Mia ni asyik merengek je lepas tu gosok-gosok telinga dia. Mata dah nampak merah. Tak boleh jadi ni. Kena bawak jumpa doktor,” ujar Mira yang risau melihat keadaan bayinya yang baru berusia lima bulan kerap menggaru telinga.

Jangkitan telinga adalah salah satu penyakit yang biasa dialami bayi berusia antara empat hingga enam bulan.

Jangkitan ini menyerang bahagian telinga tengah (sekitar gegendang telinga) Gangguan pada telinga boleh mengganggu pendengaran anak. Kenal pasti apa tanda bayi anda mengalami jangkitan telinga

•    Lendir pekat dari hidung

•    Demam tinggi

•    Keluar kotoran kekuningan di sudut mata

•    Rongga telinga nampak bengkak dan merah

•    Anak mudah mengamuk dan resah

•    Kerap menarik-narik atau mengorek telinga

•    Keluar cairan kekuningan atau putih dari telinga

Apakah punca anak mengalami jangkitan telinga?

1.    Anak biasa minum susu dari botol dengan kedudukan berbaring atau hingga tertidur. Posisi ini membuatkan susu boleh mengalir hingga Eustachian tube dan bahagian tengah telinga. Gangguan pada telinga boleh mengganggu pendengaran anak.

2.    Menghisap puting kosong terutama pada waktu siang. Menurut beberapa pakar, gerakan menghisap yang berterusan akan menarik cecair dari hidung dan kerongkong ke bahagian tengah telinga. Puting juga berisiko membawa bakteria. Jadi, sebaiknya hentikan anak dari menghisap puting.

3.    Kajian menunjukkan anak yang kerap terdedah pada asap rokok lebih mudah mengalami jangkitan telinga. Ini kerana asap rokok mengganggu Eustachian tube dan melemahkan serabut yang dipanggil cilia yang berfungsi mengeluarkan bakteria semasa proses bernafas. Bila cilia tidak bekerja dengan sempurna, bakteria dan kuman tersangkut dalam saluran pernafasan.

4.    Alergen di udara, salah satunya adalah dari haiwan peliharaan yang biasa membawa kotoran seperti kulit kering yang menggelupas dari badan atau bulunya yang merupakan allergen. Jadi, jangan biarkan haiwan peliharaan masuk ke bilik tidur anak atau membiarkan anak memeluk atau mencium haiwan peliharaan tersebut.

Jangkitan telinga boleh mengganggu keselesaan bayi yang akan kerap merengak, meragam dan enggan bersosial. Seterusnya ia boleh menyebabkan perkembangan mereka terganggu. Kesan sebarang petanda dan rawat segera masalah jangkitan yang dihadapi oleh si manja.

 

 

 

 

 

 

Published by
Hasnita Sawal