Kesihatan

Awas Bila Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi, Boleh Kena Demam Sawan! Ini Tanda & Gejala Doktor Kongsikan!

Share

Bila anak-anak demam ibu ayah memang akan risau. Tambah pula bila suhu badan anak terlalu tinggi yang mana keadaan ini juga boleh menyebabkan demam sawan.

Biasanya demam sawan boleh berlaku dikalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun. Semoga Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai tanda-tanda dan gejala serta risiko demam sebegini berulang kepada si kecil mama dapat dijadikan panduan.

SAWAN DEMAM

Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi di kalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.

Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).

TANDA & GEJALA

  1. Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindak balas bila dipanggil.
  2. Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak.
  3. Mata mungkin terbeliak ke atas.
  4. Kadang-kala kekejangan atau sentakan hanya berlaku pada sebahagian anggota badan sahaja, seperti satu tangan atau satu kaki.
  5. Sawan biasanya berhenti dengan sendiri selepas 2-3 minit atau kurang, dan jarang melebihi 10 minit. Bagaimanapun dalam kes di mana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan secepat mungkin.
  6. Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
  7. Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5oC.
  8. Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau “sawan babi” adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
  9. Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam.

Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan. Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak. Kajian perubatan mendapati kanak-kanak yang sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan mempunyai tahap kecerdasan yang sama seperti adik-beradik lain yang tidak mengalami masalah sawan demam. Malah dalam kes-kes yang jarang berlaku di mana sawan berlarutan sangat lama melebihi satu jam, didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO UNTUK SAWAN DEMAM BERULANG

1. Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.

  1. Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
  2. Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik).
  3. Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANAK MENGALAMI SAWAN?

1. Baringkan anak anda secara mengiring sebelah kiri atau kanan.

  1. Jauhkan anak anda dari sebarang benda yang berbahaya atau tajam.
  2. Jangan sekali-kali memasukkan sesuatu ke dalam mulut anak anda semasa berlakunya sawan.
  3. Jangan menampar, menggoncang atau mengurut badan anak anda untuk menyedarkan dirinya semasa sawan.
  4. Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
  5. Bawa anak anda ke hospital dengan segera, jika sawan berlaku.
  6. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor selepas berlakunya sawan untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang jangkitan kuman pada otak.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/ 

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SAHR