Selusuh menggunakan herba & tumbuh-tumbuhan tidak disyorkan kepada ibu yang hendak bersalin. Doktor ini terangkan 2 sebabnya. Tapi air selusuh bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.
Selusuh menjadi salah satu persediaan bersalin bagi ibu-ibu, Tetapi, tahukah anda yang ada selusuh yang tidak digalakkan untuk diambil kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah dan kesakitan ekstra kepada ibu? Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan mengulas lanjut mengenai selusuh.
SELUSUH MEMUDAHKAN BERSALIN – YES OR NO ?
Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim.
Air selusuh ni dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dahulukala lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu.
Jika hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. Mungkin ada banyak lagi selusuh yang tidak saya ketahui.
MUNGKIN MENGANDUNGI BAHAN AKTIF
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal.
Ads
Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit.
TIDAK GALAKKAN PENGGUNAAN AIR SELUSUH
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini, yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
Pertama :Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka
Kedua :Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena.
Ads
LEBIH BAIK YANG DIBUAT SENDIRI
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut.
Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita.
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
Ads
AMALKAN DOA NABI YUNUS
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.
Kita selalu mendengar istilah tumpah darah selepas bersalin tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku. Masalah tumpah darah sebenarnya satu dari penyebab utama kematian ibu di Malaysia dan juga di negara yang sedang membangun.
Jadi jangan pandang ringan masalah ini. Menurut Dr Sharifah Halimah Jaafar, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Hospital Pakar Regency, Johor Bharu, masalah tumpah darah terbahagi kepada dua jenis klafikasi yang perlu ibu hamil tahu.
Jadi tambahkan ilmu sebelum anda menghadapi saat melahirkan anak. Ini semua sebagai persediaan diri untuk anda berhadapan dengan pelbagai masalah ketika melahirkan anak. Sekurang-kurangnya jika anda berhadapan dengan situasi sebegini, ada sudah pun tahu sesuatu kes terbabit.
Terdapat dua jenis tumpah darah selepas bersalin:
Tumpah darah sebaik sahaja selepas bersalin sebelum 24 jam – tumpah darah lepas bersalin primer @ primary postpartum haemorrhage.
Tumpah darah selepas 24 jam bersalin – tumpah darah lepas bersalin sekunder @ secondary postpartum haemorrhage.
Penyebab Tumpah Darah Selepas Bersalin Primer
Rahim tidak mengecut: rahim menjadi malas dan tidak bertidakbalas (atony uterus)
Luka dan koyak perineum, vagina atau serviks akibat bersalin.
Lekatan Uri yang luar biasa e.g: Uri susah tanggal (retained placenta), Uri dibawah (placenta previa) placenta.
Uri terlepas dari lekatan rahim (Placenta abruption).
Masalah sistem pembekuan darah.
Rawatan Terbaik Merawat Tumpah Darah Selepas Bersalin
Biasanya ibu akan mengalami tumpah darah lebih kurang 200 – 500 ml selepas bersalin. Jika ibu tumpah darah lebih dari 500 ml selepas bersalin, doktor akan mengklasifikasikannya sebagai tumpah darah luar biasa.
Ia adalah satu kecemasan dan tidak boleh di pandang ringan kerana ibu boleh ‘collapse’ dalam sekelip mata di sebabkan kederasan darah yang turun. Berikut adalah langkah langkah atau pelan tindakan atau rawatan yang akan di ambil oleh doktor bergantung kepada jenis kes:
Mengurut rahim secara berterusan supaya bertindak balas untuk mengecut.
Memberi ubat ubatan ‘uterotonics’ yang boleh membantu dan menggalakkan pengecutan rahim dan salur darah seperti syntometrine, oxytocin, prostaglandin, misoprostol, cytotec, methergin dan sebagainya.
Menyumbat permukaan rahim dan salur darah (tamponade) menggunakan alatan tertentu seperti belon kateter, gauze packing dan sebagainya.
Pembedahan terpaksa dijalankan jika kesemua kaedah telah gagal. Jika dibedah ada kemungkinan rahim ibu akan dibuang terus jika perdarahan tidak dapat dihentikan.
Ada juga kaedah kaedah lain semasa pembedahan seperti pengikatan salur darah ‘internal iliac’ ataupun teknik B-Linch Bracing boleh di buat untuk memberhentikan darah tanpa perlu membuang rahim. Pun begitu ia bergantung kepada jenis kes dan tahap serius yang dihidapi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Nynaa Harizal selamat melahirkan bayi perempuan pada 29 Januari lalu, di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Bersalin awal dari jangkaan
Nynaa atau nama sebenar Nurul Hanynaa Harizal, 27, berkata, dia terpaksa melahirkan anak lebih awal daripada jangkaan 2 Februari kerana telah mengalami tanda-tanda sakit bersalin ketika pemeriksaan.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya berjalan dengan lancar. Saya rasa lega sangat apabila sudah selamat melahirkan bayi kami. Pada mulanya saya rasa sangat gementar.
“Saya memang memilih untuk melahirkan secara pembedahan kerana kami boleh merancang tarikhnya. Namun apabila buat pemeriksaan kesihatan, doktor beritahu saya sudah mengalami kontraksi dan dinasihatkan untuk terus melahirkan anak,” katanya.
Berkongsi pengalaman melahirkan secara pembedahan, Nynaa meluahkan rasa syukur kerana dia tidak mengalami kesakitan yang luar biasa.
Kata Nynaa, sakit yang dirasainya tidaklah seperti yang diperkatakan orang ramai.
“Proses pembedahan berlangsung dengan begitu pantas hanya lebih kurang 20 minit. Saya pun tak sangka tengok-tengok baby dah keluar.
“Saya sebenarnya takut juga nak ceaser tetapi alhamdulillah bersalin secara pembedahan tidaklah seperti yang orang takut-takutkan tu,” ujarnya.
Nama bayi belum muktamad
Dalam pada itu, Nynaa berkata dia dan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 31, masih belum membuat keputusan tentang nama yang bakal diberikan kepada anak sulung mereka itu.
“Nama tengah fikir lagi. Belum confirm! Tak apa nanti saya beritahu. Nama tu dah ada beberapa pilihan.
“Nama yang dipilih pun lebih kurang sama, cuma susunan nak nama macam mana tu kami belum buat keputusan lagi,” katanya.
Nynaa dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021.
Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang terjadi ke atas seorang kanak-kanak selepas diselamatkan dengan mengeluarkan lapan jarum suntikan yang ditelannya.
Memetik berita lanjut yang dikongsikan ig Buletintv3, kejadian tersebut berlaku di timur laut Peru di mana seorang budak berusia dua tahun tertelan lapan jarum suntikan ketika bermain, lapor media tempatan.
Jarum itu digunakan untuk suntikan vaksin bagi haiwan ternakan di ladang, tempat ibu mangsa bekerja.
“Di dalam bilik bedah, kami membuka perutnya dan menjumpai batang logam itu sebelum menyedari ia adalah jarum,” kata Dr Efrain Salazar.
Budak yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan tinggal di kawasan pertanian Taratopo, kira-kira 622 kilometer dari ibu kota Lima.
Menurut ibu mangsa, kemungkinan anaknya menelan jarum berkenaan ketika dia bermain di ladang berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut berasa bimbang jika kejadian tersebut berlaku pada anak mereka. Ini memandangkan kebiasaannya kanak-kanak memang suka mengutip apa sahaja yang mereka nampak dan memasukkan ke dalam mulut tanpa mengetahui bahaya perbuatan tersebut.
“Macam mana boleh detect ye anak makan? Risau la sbb anak sye suka mengutip 😭”, luah seorang ibu di media sosial.
“Benda org paling takut kene kat anak,” komen yang lain pula.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...