Jangan main-main dengan tekanan darah tinggi, rupanya ia boleh meningkatkan risiko anak yang dikandung menjadi obes apabila membesar!

Penemuan kajian ini mengejutkan di mana  mengekalkan tekanan darah normal terutamanya semasa trimester kedua adalah sangat penting untuk memastikan anak tidak mengalami masalah berat badan.

KENAPA MENGAWAL TEKANAN DARAH SEMASA HAMIL AMAT MUSTAHAK?

Tekanan darah tinggi semasa hamil mendatangkan pelbagai risiko kesihatan kepada ibu dan bayi. Di samping kesan buruk yang diketahui umum, kajian juga mendapati ia boleh meningkatkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Obesiti dalam kalangan kanak-kanak telah menjadi krisis kesihatan global, dengan berjuta-juta kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dikelaskan sebagai terlebih berat badan atau obes. Banyak faktor boleh meningkatkan risiko kanak-kanak menjadi terlebih berat badan, termasuklah faktor sewaktu dalam kandungan dan gaya hidup.

IKLAN

Awas Ibu Darah Tinggi Masa Hamil Boleh Buat Anak Berisiko Tinggi Untuk Obes Bila Besar!

TEKANAN DARAH IBU MASA TRIMESTER KEDUA & KETIGA

Penemuan daripada kajian yang diterbitkan oleh Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism menunjukkan bahawa para ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko anak mereka mengalami obesiti.

IKLAN

Pengkaji menganalisis tahap tekanan darah dan berat 88,406 ibu dan anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam kajian. Tekanan darah para ibu diperiksa selama 3 trimester dan anak mereka ditimbang antara umur 4 dan 7 tahun.

Pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi pada trimester kedua mempunyai risiko 49% lebih tinggi dalam mengalami masalah terlebih berat badan atau obes berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami tekanan darah rendah, menurut kajian tersebut.

Awas Ibu Darah Tinggi Masa Hamil Boleh Buat Anak Berisiko Tinggi Untuk Obes Bila Besar!

IKLAN

SAIZ BADAN IBU TIDAK MENJADI FAKTOR KEPADA OBESITI ANAK

Selain itu, kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa trimester ketiga mempunyai risiko 14% lebih tinggi dalam mengalami masalah terlebih berat badan atau obes. Bahkan risiko masih wujud bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh para ibu yang tidak mempunyai tekanan darah tinggi, tetapi tekanan darahnya semasa kehamilan berada pada tahap tinggi (namun masih normal) daripada kebiasaan. Pengkaji juga mendapati bahawa saiz badan ibu bukanlah faktor penentu sama ada anak mereka mengalami obesiti atau tidak.

Penemuan ini menunjukkan bahawa mengekalkan tekanan darah normal terutamanya semasa trimester kedua adalah sangat penting untuk memastikan anak tidak mengalami masalah berat badan.

Kesemua wanita hamil harus dipantau dan mengelakkan sebarang peningkatan tekanan darah sewaktu pertengahan kehamilan hingga ke akhir. Ini boleh membantu mengurangkan kemungkinan anak-anak mereka terjejas dengan obesiti.

Sumber: Hello Doctor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI