Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).
Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.
Peningkatan suhu badan anak-anak boleh menyebabkan ibu bapa berasa gusar.
Situasi tersebut sering dikaitkan dengan gejala demam panas apabila peningkatan suhu boleh berlaku secara tiba-tiba disebabkan strok haba.
Ads
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/mother-checking-body-temprature-thremoeter_1009038.htm#query=anak%20demam&position=24&from_view=search&track=ais
Jangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.
Menurut Mary Eve Clinic, setakat mingu ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merekodkan sebanyak 14 kes strok haba akibat peningkatan suhu kepada 35-37°C terutamanya di kawasan utara semenanjung.
Ads
Tambahnya, kebanyakkan kes melibatkan kanak-kanak, jadi sebagai ibu bapa, kita harus bersedia dengan sebarang kemungkinan supaya anak dan ahli keluarga kita kekal hidrat.
Mary Eve Clinic juga berkongsi beberapa tip yang boleh dilakukan sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghadapi strok haba, antaranya:
Ads
1. Pastikan bilik atau rumah dalam keadaan nyaman/ tak panas/ pengaliran udara baik. 2. Mandi dengan air sejuk. 3. Tuam badan dengan letakkan pek ais di leher, di bawah lengan, dan di kawasan pangkal paha, di mana saluran darah besar terletak berhampiran dengan permukaan kulit. Ini akan membantu untuk menyejukkan mangsa strok haba dengan lebih cepat.
“Standby Pek Ais di rumah tau! Selain berguna sewaktu musim panas, pek ais juga sangat berguna untuk mengurangkan bengkak, radang, gatal-gatal atau kesakitan.” Kata Mary Eve Clinic melalui perkongsian di Facebooknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses menyusukan anak sememangnya tidak mudah. Tanpa pengalaman dan ilmu, pengalaman pertama kali menyusukan anak menjadi terlalu sukar dan memenatkan.
Apa lagi kalau membandingkan susu kita dengan orang lain. Boleh rasa ‘down’ dan akhirnya kita mula berputus asa untuk terus menyusukan anak. Jangan patah semangat. Adalah menjadi satu kerugian jika ibu berputus asa. Cuba dulu dan tambahkan ilmu dengan tip yang dikongsikan kaunselor laktasi, Dr Nurhaya Lactation Centre untuk semua. Barulah nampak hasilnya.
Sama ada ibu sedang mempersiapkan diri untuk menyusu selama 6 bulan atau selama 2 tahun, kedua-dua keputusan perlu di pandang serius. Persediaan dan sokongan yang baik perlu di lakukan. Kami di Dr Nurhaya Lactation Centre sentiasa menyokong mommy semua.
Di sini saya kongsikan 10 tips untuk ibu yang bakal menyusui bayinya:
1. Keperluan air untuk setiap manusia adalah berbeza. Namun sekiranya ibu menyusu, adalah sebaiknya mengekalkan kadar mengambilan air 8-12 gelas sehari.
Menyukat kadar pengambilan air adalah sangat tidak digalakkan terutamanya ketika di dalam tempoh 45 hari pertama kelahiran. Ia akan menyebabkan masalah lain seperti dehidrasi dan ibu mudah terkena jangkitan saluran kencing (UTI)
2. Ibu yang menyusu bayi secara ekslusif (6 bulan yang pertama) memerlukan kalori tambahan sebanyak 500 kalori dari keperluan harian.
Sekiranya ibu sedang ke Klinik Kesihatan atau ‘on-the-go’ pastikan ibu menyediakan sedikit makanan ringan di dalam beg agar tidak kelaparan.
3. Bayi menyusu tidak mengikut jadual. Maka sebaiknya ibu mengenali tanda-tanda bayi lapar (feeding cue) untuk memulakan penyusuan sesuai dengan tanda lapar yang diberi.
Penyusuan yang kerap 1-2 jam sekali diperlukan ketika diawal-awal kelahiran membantu mengatasi jaundis bayi. Setelah jaundis selesai, ibu boleh menyusu “on- demand” seperti biasa.
4. Di awal-awal kelahiran, ramai di kalangan perunding laktasi menyarankan posisi “cross craddle” untuk mendapatkan lekapan yang baik.
Namun apa pun posisi itu, 3 perkara perlu ibu capai, iaitu ibu selesa, bayi selesa dan “milk-trasfer” dari payudara ibu ke perut bayi berlaku dengan efektif.
5. Penyusuan di awal-awal kelahiran kadang-kadang boleh bertukar menjadi tekanan yang melampau. Please talk to your support system. Sama ada rakan, peer counselor, atau mereka dari kelompok ibu menyusu yang lain. Pastikan mereka adalah yang positif ok! Bukan yang asyik suruh pam over time sahaja. Itu bikin stress.
6. 3 hari pertama kelahiran, bayi akan turun berat badan. Ini normal. Pastikan tidak melebihi 10% dari berat lahir. Bayi PERLU mendapatkan berat lahirnya kembali pada usia 14 hari. Kalau sebelumnya bayi sudah capai berat lahir dan lebih, itu bagus.
Tapi jangan panik dulu. Tanya dan berbincang dengan pakar kanak-kanak you all. Bukan asal berat turun je susu tak cukup.
Perut bayi yang kecil tidak dapat mengambil susu yang banyak pada satu-satu masa. Maka adalah normal untuk bayi menyusu sekerap 8 -12 kali. Atau lebih. Penyusuan pada awal-awal kelahiran boleh jadi di antara 10-15 minit dan kemudian semakin panjang. Apa-apa pun watch your baby not the clock. Kenali hisapan bayi.
7. Sekiranya lekapan yang baik dapat dilakukan, ibu akan merasa selesa dan sedikit ibu yang merasakan tak selesa di awal-awal penyusuan.
Mendapat perlekapan yang baik adalah satu kemahiran yang di perlukan oleh dua pihak. Iaitu ibu dan anak. Bukan ibu sahaja atau bayi sahaja tetapi effort dari kedua-duanya.
8. Kebanyakkan masalah penyusuan dapat di selesaikan dengan hal-hal asas sahaja. Sekiranya perlekapan sakit, unlatch (leraikan perlekapan), ubah posisi dan cari posisi yang lebih sesuai dan selesa untuk bayi dan ibu, lakukan lekapan kembali, pegang dan posisikan payudara dengan baik.
Sekiranya produksi susu kurang, maka kerapkan penyusuan. Lebih kerap menyusu di payudara lebih banyak susu akan dihasilkan.
9. Walaupun ibu sudah pun mendapat dan melakukan asas penyusuan dengan baik, masih tetap normal sekiranya ibu tetap melalui fasa yang mencabar, seperti bayi yang tumbuh gigi, growth spurt, fussy and cranky serta segala macam cabaran yang boleh buat kita rasa nak give up.
Percayalah, saya yakin semua ibu menyusui merasakannya. Termasuk saya. Hahaha.
10. Jumlah susu yang di pam tidak selalunya memberi refleks kepada berapa banyak susu yang bayi ibu minum di payudara. Ada yang minum lebih sedikit dari apa yang ibu pam.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jumaat nan mulia menjadi hari paling menggembirakan buat pelakon, Elfira Loy yang telah selamat menimang cahaya mata keduanya semalam.
Lebih menggembirakan kata Elfira, puteri kesayangannya yang lahir tepat jam 6.27 petang semalam itu disambut sendiri oleh suaminya, Farish Khairol Anuar.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi cerita dan khabar gembira kelahiran anak keduanya itu.
“Saya ada banyak foto tapi saya suka yang ini.
“Subhanallah, ayah is such a superhero, menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy tengah push you,” katanya berkongsi.
Malah katanya lagi, inilah pengalaman paling berharga buat mereka sekeluarga dan menjadi momen paling indah buatnya.
“Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga,” tulisnya.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut Elfira di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteri yang begitu dinantikan semua.
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun. Kelahiran cahaya mata perempuan tambah melengkapkan lagi bahagia mereka bersama.
Beberapa minggu lalu Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan walaupun belum cukup bulan berikutan beberapa komplikasi yang boleh membahayakan nyawanya dan bayi.
Disebabkan ingin menyelamatkan kedua-duanya bayi itu dilahirkan ketika berusia 24 minggu dan beratnya kurang daripada 600 gram.
Darah tinggi turun naik
Semalam, Abby Abadi telah menulis panjang lebar pengalamannya ketika terpaksa melahirkan juga anak yang dikandung berikutan mengalami tumpah darah semasa di hospital.
Perkongsian tersebut nyata benar-benar meninggalkan rasa sebak kepada netizen kerana ketika itu Abby sedang berdepan dengan pelbagai risiko berkaitan nyawanya serta bayi yang dikandung.
“Baby tepat2 24 minggu. Terpaksa keluarkan sebab pagi Jumaat 27/9 pukul 9am saya tumpah darah.”
Nak buat urine test tapi darah keluar melimpah
Tangan saya masuk hari ke-5 tu pun bengkak2 dah dua-dua sebab tak tahan sakit kena pam (sebab nak dapatkan bacaan BP) Setiap 15minit. lepastu bila ok, setiap 30minit.”
Tiba2 pukul 9am doktor datang untuk cek, nurse minta urine. Saya pergi toilet, nk tadah urine sekali ada darah. Darah melimpah.”
Sempat mesej suami maklumkan tumpah darah
Tengah sibuk2 dorang cek, Sy sempat whatsapp suami beri tahu tumpah darah. Suruh suami @jaiezzany datang sebab tiba2 doktor kata kena terus operate.”
Macam2 ada dalam kepala. Paling worst, saya takut saya padam terus sbb doktor ada beritahu salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sangat adalah kalau baby tak meninggal, maknya yang meninggal.”
Dalam sakit pun masih fikir soal anak2 & suami
Menerusi perkongsian yang dinyatakan oleh Abby itu, jelas sekali kerisauan yang mereka hadapi semasa waktu-waktu genting itu. Risiko yang perlu dihadapi oleh Abby dan bayinya benar-benar menyentuh hati.
Mereka juga memuji Abby kerana masih lagi memikirkan soal anak-anak dan suami andai kata ada perkara tidak baik terjadi kepadanya semasa proses kelahiran tersebut.
Masuk Minggu Ke-2 Danial Makin Kuat
Dalam perkongsian Abby mengenai keadaan baby Danial nampaknya perkembangan positif terus ditunjukkan setiap hari. Walaupun di awalnya banyak risiko menanti kuasa Allah hingga hari ini Danial kuat dan boleh bertahan.
Haritu pernah kritikal 90% bergantung pada machine kan? Lepas tu turun 65%. Hari niii dah turun lagi 50% . Berkat doa semua… Syukur
Terus mendoakan Baby Danial Sy ye. Kami sayang dia sangat! Dan saya tahu ada ramai juga sahabat-sahabat yang sayang pada Baby Danial kan walaupun tak pernah tengok. Tadi jumpa Doc pun, dah lain dah cara Doc bercerita tentang Baby Danial . Kuat anakku sayang!
Sumber: ig abby abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!