Kesihatan

Awas! Jangan Ambil Mudah Peningkatan Suhu Badan Mendadak Anak. Boleh Menyebabkan Anak Terkena Strok Haba.

Share

Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).

Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.

Peningkatan suhu badan anak-anak boleh menyebabkan ibu bapa berasa gusar.
Situasi tersebut sering dikaitkan dengan gejala demam panas apabila peningkatan suhu boleh berlaku secara tiba-tiba disebabkan strok haba.

Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/mother-checking-body-temprature-thremoeter_1009038.htm#query=anak%20demam&position=24&from_view=search&track=ais

Jangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.

Menurut Mary Eve Clinic, setakat mingu ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merekodkan sebanyak 14 kes strok haba akibat peningkatan suhu kepada 35-37°C terutamanya di kawasan utara semenanjung.

Tambahnya, kebanyakkan kes melibatkan kanak-kanak, jadi sebagai ibu bapa, kita harus bersedia dengan sebarang kemungkinan supaya anak dan ahli keluarga kita kekal hidrat.

Mary Eve Clinic juga berkongsi beberapa tip yang boleh dilakukan sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghadapi strok haba, antaranya:

1. Pastikan bilik atau rumah dalam keadaan nyaman/ tak panas/ pengaliran udara baik.
2. Mandi dengan air sejuk.
3. Tuam badan dengan letakkan pek ais di leher, di bawah lengan, dan di kawasan pangkal paha, di mana saluran darah besar terletak berhampiran dengan permukaan kulit. Ini akan membantu untuk menyejukkan mangsa strok haba dengan lebih cepat.

“Standby Pek Ais di rumah tau! Selain berguna sewaktu musim panas, pek ais juga sangat berguna untuk mengurangkan bengkak, radang, gatal-gatal atau kesakitan.” Kata Mary Eve Clinic melalui perkongsian di Facebooknya.

Published by
Zetty Mazlan