Orang dewasa pun rupanya boleh jadi pembawa HMFD galakkan jangkitan. Boleh lakukan apa yang dicadangkan doktor ini elak penularan.

Mungkin ramai yang menyangka penyakit tangan, kaki dan mulut terjadi kepada bayi dan kanak-kanak sahaja. Rupanya penyakit yang disebabkan oleh Virus Enterovirus dan Coxsackie juga boleh menyerang orang dewasa. Ikuti penerangan yang oleh Dr Mohd Syamirulah Rahim, Pegawai Perubatan KPJ Perlis Specialist Hospital ini.

Awas, Orang Dewasa Pun Boleh Jadi Pembawa HMFD! Ikuti Penjelasan Doktor Ini Untuk Elak Penularan   

BOLEHKAH ORANG DEWASA DIJANGKITI HMFD?

Bolehkah anak saya mendapat HFMD dari orang DEWASA?

Jawapannya ialah BOLEH.

Orang dewasa turut boleh menyebarkan penyakit HFMD. Ada dua cara,

Yang pertama, orang dewasa itu sendiri dijangkiti HFMD. Kenapa kita kurang highlight kes HFMD untuk orang dewasa? Kerana, HFMD bagi orang dewasa adalah tidak serius. Orang dewasa yang dijangkiti HFMD turut mengalami simtom seperti demam, ruam dan ulser mulut.

Tapi orang dewasa, pandai makan panadol bila rasa demam. Dan begitu juga, ulser mulut tidak begitu banyak dan pesakit dewasa itu sendiri masih boleh makan dan minum seperti biasa. Habis-habis pun, beli sendiri bonjela di farmasi.

IKLAN

Bahkan, mungkin ada orang dewasa yang dijangkiti HFMD, menyangka mereka cuma mendapat demam biasa atau selesema biasa sahaja.

Awas, Orang Dewasa Pun Boleh Jadi Pembawa HMFD! Ikuti Penjelasan Doktor Ini Untuk Elak Penularan   

#1 TIDAK SEDAR DIJANGKITI HMFD & MENYEBARKANNYA

TETAPI mereka tidak sedar bahawa mereka sedang dijangkiti HFMD dan mereka juga BOLEH menyebarkan HFMD kepada bayi dan kanak-kanak. Bagaimana tu?

  • Peluk bayi
  • Cium pipi bayi
  • Lap hidung/mulut dengan sapu tangan yang kemudiannya digunakan untuk mengesat mulut bayi dan sebagainya.

Ini akan menyebabkan virus yang menyebabkan HFMD berpindah ke bayi atau kanak-kanak tersebut juga.

Awas, Orang Dewasa Pun Boleh Jadi Pembawa HMFD! Ikuti Penjelasan Doktor Ini Untuk Elak Penularan   

IKLAN

#2 ORANG DEWASA SEBAGAI PEMBAWA (CARRIER)

Yang kedua, orang dewasa tersebut sendiri bertindak sebagai CARRIER. Ia terjadi apabila orang dewasa tersebut, mempunyai imuniti kepada virus yang menyebabkan HFMD.

Maksudnya, bila orang dewasa ini mencium bayi yang menghidap HFMD, virus tersebut dipindahkan ke orang dewasa ini. Tetapi, orang dewasa ini tidak dijangkiti dan tidak mendapat simtom apa-apa, sebaliknya membawa virus tersebut ke orang lain pula.

#3 GOLONGAN YANG PALING BERPOTENSI BOLEH SEBAR HMFD

Orang dewasa yang paling berbahaya menyebarkan HFMD adalah orang yang handle RAMAI KANAK-KANAK. Contohnya pekerja taska, pengasuh, cikgu dan sebagainya.

Apabila salah seorang anak asuhan / murid dijangkiti HFMD yang kemudiannya pengasuh/cikgu ini membasuhkan mulutnya selepas makan dan sebagainya, yang kemudiannya dia pula handle anak asuhan kedua. Maka anak asuhan kedua ini BOLEH dijangkiti HFMD.

IKLAN

Awas, Orang Dewasa Pun Boleh Jadi Pembawa HMFD! Ikuti Penjelasan Doktor Ini Untuk Elak Penularan   

#4 JANGAN BENARKAN/ TERIMA ANAK YANG DIJANGKITI KE TASKA

Sebab itulah kita berulangkali pesan, anak-anak yang dijangkiti, TIDAK DIBENARKAN dihantar ke taska atau pusat asuhan. JANGAN. Pengasuh sendiri, JANGAN TERIMA walau merayu macam mana sekalipun. Ini kerana, ia akan meletakkan anak orang lain dalam bahaya!

Awas, Orang Dewasa Pun Boleh Jadi Pembawa HMFD! Ikuti Penjelasan Doktor Ini Untuk Elak Penularan   

#5 1 DALAM 10 HFMD PERLU DIMASUKKAN KE WAD

Ingat, statistik menunjukkan, 1 dalam 10 bayi yang menghidapi HFMD, perlu dimasukkan ke wad. Kalau satu taska tu ada 20 kanak-kanak, tiba-tiba semuanya dijangkiti HFMD, dua kanak-kanak dari taska berkenaan perlu dimasukkan ke wad. Kasihan!

Untuk orang dewasa, kita memainkan peranan penting dan bertanggungjawab menghalang penyakit HFMD ini dari merebak. Banyakkan membasuh tangan, jauhi tempat yang sesak-sesak atau ramai orang, dan patuhi nasihat/arahan dari doktor.

Sumber: Dr. Mohd Syamirulah Rahim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI