Awas, Tersalah Bagi Dos Ubat Punggung Pada Bayi Boleh Ancam Nyawanya!

Share

Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil anda kena lebih alert tentang pemberian ubat untuk mereka. Ini kerana kalau tersalah bagi dos ubat yang sepatutnya pada bayi ia mungkin boleh ancam nyawa mereka!

Tersilap dos ubat boleh memberikan kesan sampingan kepada tubuh badan si penerima. Kesan tersebut bergantung kepada cara ubat bertindak di dalam badan.

Antara kesan sampingan yang biasa adalah loya, muntah, pening dan pedih perut.

Kalau ia terjadi pada bayi, mungkin si kecil akan menangis tanpa henti akibat daripada kesan sampingan tersebut.

Perkongsian dari Dr Aishah Alsagoff mengenai kesilapan seorang ibu yang tersalah bagi dos ubat punggung kepada bayinya yang baru berusia 5 bulan patut dijadikan panduan kepada semua ibu bapa.

Tolong jangan main-main kalau anda tanpa sengaja melakukan kesilapan ini kerana ia boleh mengancam nyawa anak anda!

“Anak saya baru 5 bulan, berat dalam 6.5kg. Suami saya tersalah bagi ubat supp paracetamol ikut buntut tu. Dia bagi yang dose 250mg. Sekarang anak saya asyik menangis, pujuk apa pun tak jalan. Nak buat apa sekarang?”

Panggilan telefon saya terima di klinik jam 6pm tadi. Nasib baik belum tutup klinik.

‘Bawa ke hospital, sekarang!’

Ibu-ibu, ubat buntut paracetamol ada 2 dos. Satu dos 125mg, satu dos 250mg. Perhatikan dalam gambar. Nama ubat dan dos pasti ada tertera di packaging.

Untuk berat 6.5kg, bayi itu hanya perlu 100mg paracetamol sahaja, maximum pun 125mg, iaitu bersamaan 20mg/kg.

Sekarang dia terbagi 250mg, maksudnya bayi itu dah dapat 40mg/kg!

Ini overdos, dan bahaya.

Bawa segera ke hospital, doktor akan cek tahap paracetamol dalam darah, pantau fungsi hati dan side effects yang mungkin boleh terjadi.

Paracetamol adalah ubat yang selamat kalau diberi pada dos yang sesuai dengan berat. Yang bahaya jika overdose sahaja.

Lepas ni hati-hati ya! Biasakan baca nama dan dos pada ubat.

Sumber: Dr Aishah Alsagoff

Published by
Hasnita Sawal