Selepas bayi dilahirkan, satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai tali pusat anak. Sementara tali pusat gugur dengan sendirinya, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Salah satu hal yang seharusnya kita bimbangkan adalah bila mana tali pusat terkena jangkitan. Amat berbahaya jika lambat berjumpa dengan doktor.

Apa yang perlu kita lakukan adalah memantau perkembangan tali pusat anak dan kenal pasti tanda ia dijangkiti. Ada beberapa perkara mak ayah perlu tahu.

Ketika berada di dalam rahim, tali pusat bayi berfungsi untuk memberikan mereka oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk menyokong proses tumbesaran. Tali pusat biasanya akan kekal berada bersama bayi untuk tempoh selama 5 hingga 15 hari. Sepanjang tempoh itu, tunggul tali pusat bayi akan mengering, mengecut dan bertukar menjadi hitam.

Awasi 5 Tanda Tali Pusat Bayi Terkena Jangkitan, Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor!

Kadangkala, terutamanya sehari sebelum ia tertanggal, tali pusat tersebut mungkin akan mengeluarkan sedikit cecair dan meninggal kesan pada pakaian si manja.

Tanda tunggul tali pusat bayi dijangkiti
Ibu jangan terkejut jika lihat ada kudis di hujung tali yang dikepit- ini normal. Bahkan, ia mungkin berdarah sedikit, terutama pada sekitar pangkal tunggul ketika ia sudah hampir tertanggal. Tetapi seharusnya pendarahan ringan yang terjadi dan akan berhenti apabila anda memberikan tekanan yang lembut.

Walaupun pendarahan yang berlaku adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan, namun ada 5 tanda jangkitan perlu diberikan perhatian, termasuklah:

* Kulit sekitar tunggul tali pusat bayi menjadi merah, bengkak, hangat atau lembut.

* Keluar nanah – cecair kuning kehijauan – daripada kulit sekitarnya.

IKLAN

* Wujud bau busuk yang datang daripada tali pusat.

* Bayi mengalami demam.

* Anak menjadi cerewet, berasa tidak selesa atau sangat mengantuk.

Awasi 5 Tanda Tali Pusat Bayi Terkena Jangkitan, Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor!

Jika bayi dilihat mempunyai tanda-tanda sebegini, segera hubungi pakar pediatrik atau doktor sekiranya anda melihat tanda-tanda jangkitan tali pusat di atas. Dianggarkan sehingga 15% kes jangkitan tali pusat membawa maut. Maka dalam aspek penjagaan anak dengan jangkitan tali pusat, ia boleh dianggap sebagai kecemasan perubatan.

IKLAN

Bayi pramatang berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk daripada jenis jangkitan ini kerana mereka sudah mempunyai sistem imun yang lemah.

Setelah penyebab gejala dikenal pasti, rawatan akan bergantung pada tahap jangkitan. Untuk jangkitan ringan, doktor biasanya akan mengesyorkan anda untuk menggunakan salap antibiotik beberapa kali sehari pada kulit di sekitar tunggul tali pusat bayi.

Contoh jangkitan ringan adalah jika terdapat pengeluaran nanah dalam jumlah yang kecil, namun keadaan anak anda kelihatan baik dan masih aktif seperti biasa.

Pun begitu, kes jangkitan ringan boleh menjadi lebih serius apabila tidak dirawat, jadi penting untuk berjumpa doktor jika mengesyaki berlaku jangkitan tali pusat. Untuk jangkitan yang lebih serius, bayi anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital dan diberi antibiotik intravena untuk melawan jangkitan. Antibiotik intravena dihantar melalui jarum yang dimasukkan ke dalam vena – saluran darah.

Awasi 5 Tanda Tali Pusat Bayi Terkena Jangkitan, Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor!

IKLAN

* Tip Penjagaan
Seperti yang dinyatakan di atas, tempoh jangkaan untuk tali pusat akan mengering dan tertanggal adalah antara 1 hingga 3 minggu selepas kelahiran. Namun, sementara menunggu berakhirnya jangka masa itu, terdapat 3 cara penjagaan bayi yang perlu dilakukan seperti:

*Pastikan tunggul tali pusat sentiasa kering
Anda boleh membiarkan tunggul tersebut mengering dengan membiarkannya terdedah kepada udara.

* Pastikan bahagian depan lampin tidak menutupi tunggul tali pusat bayi anda.

* Menggunakan span ketika mandi
Semasa memandikan si manja, anda digalakkan untuk menggunakan span sahaja dan elakkan merendamkan bayi ke dalam tab atau besen yang mengandungi air. Tujuannya adalah untuk memastikan tunggul tali pusat sentiasa berada dalam keadaan kering.

* Menarik atau mencabut
Ada masanya, anda seakan tergoda untuk menarik atau mencabut tunggul tali pusat itu, kan? Apatah lagi apabila melihat ia seakan-akan mudah ditarik. Namun, perbuatan tersebut hanya akan mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Jadi dalam aspek penjagaan anak ini, anda harus biarkan ia jatuh dengan sendiri, okay?

Sumber: hellodoktor.com

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Menarik: Roti Bakar 3 Bahan Ala-Ala Old Town Coffee, Makan Panas-Panas, Terangkat!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI