Anak sulung cinta pertama ibu ayah. Daripadanya kita belajar menjadi ibu bapa. Dia juga yang paling kita harapkan dapat membantu jaga adik-adik.
Namun dalam tak sedar, ibu bapa juga ada melakukan kesilapan sehingga abang atau kakak sulung terasa hati. Kadang bila ada adik, kita dah abaikan emosi anak sulung yang banyak mengalah walaupun hakikatnya dia tak rela.
Dalam satu perkongsian video di Tik Tok baru-baru ini, menunjukkan momen yang cukup memberi kesan dalam hati apabila seorang anak perempuan menangis setelah belonnya diambil dan diberikan pada adik. Walaupun ini hanyalah situasi biasa tapi cukup buat hati rasa tersentuh.
@faiz.hayaza #repost #childmentalhealth #siblingrivalry #hargaianak #siblinggoals #psychology #childhoodmemories #childhood #childpsychology ♬ Tertawan Hati – Awdella
Kisahnya berkenaan seorang ayah yang dikatakan mengambil belon yang dipegang oleh si kakak dan diberikan pada adik. Jelas pemilik video tersebut, bila belonnya diambil untuk diberikan kepada adiknya, si kakak terus menangis kerana tidak rela berbuat demikian.
Sedih melihat situasi itu, pemilik video yang juga pakar psikologi kanak-kanak mengambil keputusan untuk membeli belon lain dan diberikan kepada kakak yang menangis.
@faiz.hayaza #stitch with @AYA🙋🏻♀️ #psikologanak #innerchild ♬ Tertawan Hati – Awdella
Susulan tularnya video itu, netizen memberi pelbagai reaksi dan Dr Faiz Hayaza menerangkan kembali mengapa dia sanggup membelikan belon untuk anak orang lain.
Menurutnya dia berbuat sedemikian bagi mengubati kesedihan anak tersebut.
“Di sini saya ingin menjelaskan alasan saya melakukan hal tersebut. Kerana saya melihat seorang anak yang belonnya tiba-tiba diambil ayahnya, dan belon itu diberikan kepada adiknya dan si kakak menangis.
“Sering kali kita orang tua gagal mempertahankan hal-hal kecil yang dialami anak, padahal pengaruh masa kecil boleh terbawa sampai dewasa. Saya berharap belon yang saya berikan hari ini boleh mengubati luka hati seorang anak,” jelasnya.
Video itu mendapat reaksi daripada orang ramai dan masing-masing merasai perasaan anak itu.
“Terus keluar air mata tengok video ni, hanya anak sulung saja yang faham perasan ni.”
“Saya anak pertama, selalu mengalah demi adik..”
“Teringat pulak perkara yang dah lama aku pendam. Aku cuba tidak buat perkara yang sama kepada anak-anak aku..”
Kredit: Tik Tok Faiz Hayaza
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI