Penyanyi terkenal, Tomok berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Arrianshah Akid yang memperoleh gred cemerlang.

Perkara itu dikongsi Tomok menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

View this post on Instagram

ayah bangga dengan anak ayah ?

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

“Ayah bangga dengan anak ayah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Dalam keputusan peperiksaan tersebut, Arrian yang berusia enam tahun itu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Tomok mengucapkan tahniah dan memuji kepintaran Arrian.Ayah Bangga! Arrian Dapat Straight A Semua Subjek, Tomok Hargai Pengorbanan IsterinyaApa yang membuatkan peminatnya bangga dengan keluarga Tomok, Tomok sentiasa menghargai isterinya yang banyak membantu mendidik Arrian dan Andra.

Sebelum ini, Tomok selalu berkongsi yang Ayu gunakan pelbagai pendekatan untuk anaknya sejak kecil lagi. Antaranya dengan selalu berbual, membacakan buku, menggunakan kad imbasan sambil bermain, banyak melakukan aktiviti fizikal seperti melompat, memanjat, berguling, berlari, merangkak semata-mata untuk perkembangan motor kasar mereka.

Ayah Bangga! Arrian Dapat Straight A Semua Subjek, Tomok Hargai Pengorbanan IsterinyaSelain itu, aktiviti menyanyi juga antara yang selalu dipraktikkan pada anak-anak untuk merangsang pendengaran dan apabila anak menyanyi akan menggalakkan aktiviti kedua-dua belah otak.

Sebagai ayah, Tomok lebih suka mendidik anak-anaknya dengan acuan sendiri. Bagaimanapun pasangan ini juga turut mendapatkan nasihat mereka yang berpengalaman.Ayah Bangga! Arrian Dapat Straight A Semua Subjek, Tomok Hargai Pengorbanan Isterinya“Memang saya dan isteri ikut cara kami sendiri, sebabnya saya percaya setiap keluarga itu berbeza dan tidak boleh samakan.

IKLAN

“Cuma kami tetap akan ambil nasihat dari orang luar untuk membantu kami dalam membesarkan anugerah terindah ini,” katanya.

Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman yang berusia empat tahun.

IKLAN

Ayah Bangga! Arrian Dapat Straight A Semua Subjek, Tomok Hargai Pengorbanan Isterinya

Sumber: ig Tomok

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI