Penyanyi terkenal, Tomok berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Arrianshah Akid yang memperoleh gred cemerlang.
Perkara itu dikongsi Tomok menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“Ayah bangga dengan anak ayah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Dalam keputusan peperiksaan tersebut, Arrian yang berusia enam tahun itu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Tomok mengucapkan tahniah dan memuji kepintaran Arrian.
Sebelum ini, Tomok selalu berkongsi yang Ayu gunakan pelbagai pendekatan untuk anaknya sejak kecil lagi. Antaranya dengan selalu berbual, membacakan buku, menggunakan kad imbasan sambil bermain, banyak melakukan aktiviti fizikal seperti melompat, memanjat, berguling, berlari, merangkak semata-mata untuk perkembangan motor kasar mereka.
Sebagai ayah, Tomok lebih suka mendidik anak-anaknya dengan acuan sendiri. Bagaimanapun pasangan ini juga turut mendapatkan nasihat mereka yang berpengalaman.
“Cuma kami tetap akan ambil nasihat dari orang luar untuk membantu kami dalam membesarkan anugerah terindah ini,” katanya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman yang berusia empat tahun.
Sumber: ig Tomok