Ayah Bayi Dijangkiti HFMD Kongsi Cara Isterinya Rawat Anak Yang Kini Beransur Pulih

Share

Perkongsian seorang ayah tentang cara isterinya merawat bayi mereka, Mia Rumaisha yang dijangkiti penyakit HFMD (Kaki, Tangan Dan Mulut) boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa lain.

Sebagai ayah sudah tentu Affi Ariff berasa sedih melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak kecilnya dan berharap perkongsiannya berguna kepada ibu bapa lain yang juga mempunyai anak kecil.

Baca: “Dalam masa 2 Hari Boleh Jadi Teruk Macam Ni”. Si Kecil Dijangkiti HFMD Masa Pergi Open House Beraya

Pengalaman cara isteri merawat penyakit kritikal HFMD anak kami Mia Rumaisha dalam tempoh 5 hari. Saya kongsikan untuk ibu bapa lain yang mempunyai anak senasib dengan Mia.

*Hanya doa dan motivasi sahaja mampu saya berikan dari jauh memandangkan saya bekerja di perantauan jauh dari anak dan isteri. Kiriman video dan gambar dari isteri sahaja sebagai penganti mereka yang tiada di sisi.

 

1. Spray mulut anak menggunakan ALOCLAIR PLUS SPRAY (cari di farmasi) untuk rawat ulser dalam mulut.

2. Beri anak minum herbs untuk up antibody dari Dr.Tee (tabib cina).

3. Minum & mandikan dari tumbuhan ketumpang air (sireh cina). Ini tips dari Dr.Tee.

Tumbuhan ini selalunya ada di pasu bunga atau tepi-tepi jalan atau bawah pokok yang terlindung dari cahaya matahari. Tapi isteri cari seharian kat taman Subang & Shah Alam tak jumpa-jumpa.

Alhamdulillah belas ihsan dari group ekzema bantu mencari & memberi daun ni. (lebihan daun sekarang dah ditanam di depan rumah). Daun ini yang banyak membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Sangat mujarab merawat HFMD.

PERBEZAAN
Pokok daun semambu – Chicken Pox
Pokok daun ketupang air/sireh cina – HFMD

Selepas 4 kali minum. Sehari minum 3 kali. Blister dan luka Mia mula mengering, tertanggal sendiri dan tidak lagi mengalami kegatalan yang teruk. Luka dah mula kering. Masa ni Mia dah syok mengopek kulit kering. Mia dah tak nangis macam mula-mula dulu, kembali ceria, dan masa tidur yang cukup lena.

4. Minum air kelapa pada hari pertama (tapi anak minum sikit je sebab tak suka) tujuan bagi menggalakkan HFMD keluar sepenuhnya & demam kebah (Masa ni Mia meragam teruk, sebab segala bisa gatal aktif) *mak/ayah hati kena kental. Ini proses normal.

5. Ubat demam jika anak demam. Mia hari pertama dan kedua sahaja demam. Alhamdulillah tak macam waktu Mia kene HFMD April lalu. Demam dan selesema on off sampai 3 minggu. Kali ni 2 hari je demam.

6. Pantang makan/minum untuk ibu dan anak yang masih menyusu badan.

7. Mandi tanpa sabun agar tak menyebabkan tindak balas sabun kepada kulit anak yang mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan jika tidak serasi. (Kebanyakkan sabun mesti ada kesan walau sabun organik sekalipun, Mia memang mandi tak bersabun sepanjang kena HFMD).

Begitu juga mandian lemon atau air garam walaupun hanya 2 cubit garam. Jika tak serasi akan menyebabkan iritasi kulit dan kemerahan akan jadi lagi teruk. Mia penah cuba dulu akibatnya jadi makin teruk. Jadi tak semua sesuai untuk kulit baby.

8. Pakai baju lengan panjang & seluar panjang bagi elak anak menggaru (pasang aircond bagi kekalkan suhu dingin agar anak selesa, tidak panas or berpeluh).

9. Pastikan kebersihan dijaga. Basuh baju/mainan dan mop lantai guna air panas untuk matikan kuman. Jauhkan dari asap rokok. Kepada “perokok2” yang nak pegang anak selepas merokok sila bersihkan diri & tukar pakaian terlebih dahulu.

*kami tak menggunakan sebarang krim steroid / chemicals kerana takut Mia tak serasi dengan produk jenis sapuan.

Calamine lotion pun tak serasi dengan Mia. Pernah cuba dulu masa Mia kena chicken pox pada DECEMBER 2017 lalu. Hanya menambahkan kegatalan & kekeringan kulit secara melampau.

Ini Pengalaman Kedua Kena HFMD

Note : Anak kami terkena jangkitan kali kedua melalui udara tanpa sebarang sentuhan dari pesakit HFMD yang lain. Isteri saya terus membawa lari & asingkan anak kami sejurus menyedari anak tetamu lain kena HFMD pada ketika itu. Namun tetap juga terkesan dari penyebaran udara.

Ini pengalaman kedua Mia dijangkiti HFMD. Kali pertama dulu (APRIL 2018) sikit je naik bintik-bintik, blister dan gatal sembuh dalam masa 6 hari sahaja.

Isteri saya hanya menggunakan Mrorganik Obaby masa tu. Pada masa tu, demam panas dan selesema teruk on off selama 3 minggu. Kali pertama Mia diijangkiti melalui sentuhan anak HFMD lain yang datang ke rumah.

Cuma buat kali kedua ini, hasil nasihat doktor supaya mengamalkan herba & tumbuhan, daun ketupang air untuk memulihkan Mia. Alhamdulillah Mia dah mula beransur sihat secara natural.

Saya harap kisah Mia ini akan menjadi pengajaran dan iktibar pada ibu/bapa lain supaya lebih prihatin dalam menjaga anak-anak.

Lain anak lain cara ubatnya, dan ini cara isteri saya memilih untuk berubat secara natural bagi menyembuhkan Mia kerana takut steroid and krim chemicals akan mendatangkan kesan lebih buruk jika tak serasi.

*Pesanan doktor, walaupun nampak semakin pulih masih perlu QUARANTINE anak seminggu dua selepas sembuh kerana risiko untuk berjangkit kepada anak lain masih ada.

Please parents!! anda juga perlu buat perkara yang sama jika anak anda ada tanda-tanda ni. QUARANTINE mereka!! Kanak-kanak bawah 2 tahun boleh berjangkit berulang kali bezanya kritikal ataupun tidak. Bersyukurlah anak anda tak seteruk Mia.

Terima kasih pada mereka yang sama-sama berkongsi ilmu, memberi sokongan dan mendoakan kebaikan untuk penyembuhan Mia. Semoga Allah memberkati & membalas segala jasa baik kalian. Amin.

Sumber: Affi Ariff

Published by
Hasnita Sawal