Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Ini perumpamaan yang boleh digambarkan bagi 5 orang adik beradik perempuan apabila diuji dengan ujian yang sungguh besar dalam hidup mereka.

Pastinya dalam hati anak-anak ini, mereka perlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Namun takdir Allah kedua ibu bapa yang sepatutnya menjadi pelindung mereka kini sedang berada di pusat pemulihan dadah dan penjara.

Mereka tak minta pun untuk berpisah sementara dengan ibu bapa, tetapi inilah realiti yang perlu mereka lalui pada masa sekarang.

“Ayah Di Pusat Pemulihan, Ibu Dalam Penjara.” Kagum Semangat 5 Beradik Ni!

Menerusi perkongsian di Facebook Mohd Fadli Salleh yang juga seorang guru, apa yang dikongsikannya ini benar-benar menyentuh hati. Lagi satu hubungan adik beradik ini cukup kuat dan saling menghormati satu sama lain walaupun melalui ujian yang sukar dalam hidup tanpa ibu bapa di sisi.

Besarnya ujian 5 beradik 

Baru pulang dari sempat ziarah satu keluarga. Ayah di pusat pemulihan dadah, mak di penjara. Tinggal 5 adik-beradik perempuan menjaga sesama mereka. Kakak yang sulung baru berusia 18 tahun.

Si kakak inilah mencari nafkah untuk adik-adik. Dia bekerja di 7-elevan sahaja. Emak baru sahaja ditangkap lebih kurang 2-3 minggu lepas. Salah seorang dari anak-anak ini yang buat report polis bila tak tahan mak asyik hilang kawalan bila dibawah pengaruh dadah. Mereka nekad buat keputusan itu dan bagi aku itu keputusan paling tepat. Biar maknya dipulihkan sebelum kembali menjaga anak-anak ini.

IKLAN

Melalui apa yang dikongsikan Cikgu Fadli, dia menceritakan pengalamannya menziarahi lima adik beradik perempuan ini yang terpisah sementara dengan ibu bapa.

“Ayah Di Pusat Pemulihan, Ibu Dalam Penjara.” Kagum Semangat 5 Beradik Ni!

Menurutnya, ayah kepada anak-anak itu sedang berada di pusat pemulihan dadah, manakala ibunya berada di penjara. Kakak sulung kepada lima beradik ini, mengambil tugas sebagai ‘ibu dan ayah’ bagi memastikan kelangsungan hidup adik-adiknya terjamin dan berada dalam keadaan baik.

Lagi sedih, ibu kepada lima beradik ini juga baru sahaja ditangkap kira-kira dua hingga tiga minggu lepas akibat pengaruh dadah.

Rumah bersih, kemas & teratur

IKLAN

Kisah 5 beradik ini yang tinggal di Kuala Lumpur menarik perhatian Cikgu Fadli untuk datang dan lihat sendiri kehidupan anak-anak ini.

Menurutnya, bertindak atas laporan dia telah datang ke rumah ini bagi melihat keadaan sebenar.

Yang bongsu usia 11 tahun, masih di sekolah rendah. Paling aku seronok dengar, seorang dari mereka merupakan pelajar MRSM. Terus aku nasihat belajar elok-elok, jaga diri baik-baik kerana pembelajaran akan mengubah kehidupan.

“Ayah Di Pusat Pemulihan, Ibu Dalam Penjara.” Kagum Semangat 5 Beradik Ni!

Apa yang membuatkan diri ini terasa sebak sebaik sampai di rumah mereka, ada hidangan makan malam tersedia. Mereka baru lepas makan rupanya. Bagus adik-beradik ni, pandai memasak dan berjimat cermat. Rumah pula kemas dan bersih je.

IKLAN

Harap nasib anak-anak ini terus mendapat perhatian dan penjagaan yang sebaiknya daripada pihak yang berkenaan. Ternyata walaupun diuji dengan ujian yang besar dan tanggapan orang luar terhadap keluarga mereka, ukhawah adik beradik ini tetap utuh.

Moga ada sinar kebahagiaan buat 5 beradik ini dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Amin.

Tambah Cikgu Fadli lagi, bantuan one off dari Dana Kita telah diberikan untuk lima beradik ini. Kes pula sudah pun dipanjangkan kepada Baitulmal. InsyaAllah kehidupan anak-anak ini akan lebih terbela selepas ini.

Ingin turut serta menyumbang dalam setiap projek amal kami? Ini maklumat akaun ya:
Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cak

Sumber: Mohd Fadhli Salleh

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI