Sekarang ini ramai yang suka abadikan kenangan sambut kelahiran anak pertama dengan bermacam cara. Selain untuk disimpan sebagai kenangan manis, ia juga bagus untuk ditunjukkan kepada si anak kelak.

Peluang para bapa untuk sama-sama menyaksikan kelahiran zuriat sudah tentu tak akan dilepaskan dan yang pasti dengan menggunakan teknologi masa kini, momen tersebut mestilah dirakamkan sebagai simpanan kenangan.

Seorang ayah yang juga bergelar Jurukamera, Azim Al-Fikri berkongsi perasaannya pertama kali menyaksikan kelahiran anak sulung dan mendengar tangisan dalam sebuah video yang sangat ‘sweet’ dan mampu menitiskan air mata para ibu yang menontonnya.

Isterinya, Sri Nur Izzati, melahirkan bayi secara pembedahan caesarean kerana masalah songsang pada 11 Januari 2018 ketika usia kandungan genap 38 minggu.

Tentu ramai yang mula mengimbas kembali kenangan masing-masing melalui proses kelahiran anak yang sangat manis untuk dikenang sepanjang hayat.

IKLAN

Mungkin bakal ayah boleh juga mencontohi cara ayah ini mengabadikan kenangan manis kelahiran anak pertama.

Benar-benar satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan perasaan yang tidak dapat digambarkan..

IKLAN

Alhamdulillah syukur, tak dapat nak gambar kan macam mana perasaan jadi ayah bila dengar kali pertama suara anak kita menangis, kali pertama kita dukung & azan ditelinga nya, dan pada masa yang sama….. kita pegang camera nak record pembedahan c-section… pegang camera sebelah tangan sambil genggam tangan wife yang risau, bila anak dah lahir saya tinngal kan camera kejap untuk dukung & azan kan..

Jadi, satu hari nanti bila anak dah faham & menonton video ini, & dia tanya “mana daddy dalam video ni??” saya akan beritahu “ayahlah orang yang merekod video itu Aaira”… hehee lumrah juru kamera…

IKLAN

Terima kasih kepada semua yang mendokan kami, membantu & memberi sokongan kepada kami, terutamanya & Noor Aziah Mohd Awal Abdul Halim Sidek & Ezziq Aries.. kami tak dapat melakukan ini tanpa kalian semua.

P.S : Video ini membuatkan ibu bapa saya menangis, tetapi lagunya sangat membantu menetapkan nada video ini, jadi terima kasih tak terhingga Maher Zain Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) menjadikan ia lagu yang sangat menarik..

Ayah Ini Dedahkan Caranya Rakam Momen Kelahiran Anak Pertama

Sumber: Azim Al-Fikri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI