Waktu bayi, anak akan menangis bila ada sesuatu yang dia inginkan. Boleh jadi lampinnya basah dan dia mahu ia ditukar. Mungkin juga bayi menangis kerana perutnya berkeroncong minta diisi susu atau makanan. Menangis kerana rasa insecure juga boleh jadi ketika mereka masih bayi.
Namun, semakin anak membesar mereka sudah tidak menggunakan tangisan untuk menyatakan perasaan. Anak sudah boleh bercakap, jadi biasanya mereka akan beritahu apa yang mereka mahu. Tak perlu menangis lagi dah!
Ada beberapa situasi anak yang dah besar ni akan menangis. Salah satunya untuk memanipulasi ibu ayah ketika mahukan sesuatu yang mungkin kita takkan berikan pada mereka.
Baca Juga:
Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya
Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!
Susah Fokus & Dengar Arahan, Ibu Ini Kongsi Efek Tonton Kartun Jenis ‘Fast-Paced’
Penjelasan dari En. Mohd Fhais Salim ini mungkin dapat memberi sedikit input kepada kita. Menurutnya, jika teknik manipulasi dengan tangisan ini berjaya ia mungkin akan memudaratkan.
Ikuti penjelasan lanjut dari beliau;
Biarkan Dia Menangis!
Pada mulanya bayi menangis sebab itu cara dia komunikasi dengan kita. Dia nangis sebab nak bagitahu kita dia lapar, haus, sakit, ngantuk dan nak dukung. Itu normal.
Ini juga satu benchmark yang kemahiran bercakap seawal usia 2 tahun tu penting. Supaya dia boleh berkomunikasi dengan cara yang lebih sihat selain menangis. Semakin dia membesar, menangis bukan lagi cara untuk komunikasi sebaliknya dia dah jadikan menangis sebagai teknik manipulasi.
Selalunya nak mainan, nak gajet, nak ais krim dan apa sahaja yang dia berkenan, dia akan guna teknik manipulasi ni. Ini bahaya!
Sekali kita turutkan memberi apa anak nak “selepas” dia menangis berkali kali anak akan ingat paten kelemahan kita. Hah, sedialah anak akan buat paten yang sama berulang-ulang kali sampai kita naik jelak. Sebab tu la kalau anak cuba buat teknik manipulasi dengan menangis, biarkan je dia menangis! Serius! Biar dia menangis.
Asalkan tak ada mudarat, bebas dari bahaya, walau mata sembab sekalipun biarkan. Sembab senang hilang tapi sikap besar kepala susah giler nak hilangkan, huh!
Kena tegas sikit, kalau dah kata No means No. Jangan bolak balik dalam mengajar tentang displin & adab pada anak anak ye.
Lagipun itu sahaja cara untuk ajar anak tentang “Frustration Tolerance”, lama kelamaan nanti anak faham bahawa menangis bukan cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Frustration tolerance ni la yang banyak beri manfaat pada kemahiran kemahiran lain seperti :
– Self control
– Urus diri
– Berunding
– Tolak ansur
– Disiplin
– Minta izin
– Minta tolong
– Hormat orang
Dan banyak lagi kemahiran penting penting. Jadi ibu ayah semua, jangan cepat kecut perut bila nampak anak menangis ya. Cool, anak sedang test kita ni tegas atau lemah. Tu je!
Wallahu a’lam..
Semoga dengan perkongsian bermanfaat ini dapat membantu ibu ayah ketika menangani situasi anak ‘buat’ perangai. Bila kita dah biasakan disiplin dengan mereka sejak kecil, mudah-mudahan lebih mudah untuk kita membentuk peribadi mereka ke arah yang lebih positif.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)