Ayah Kena Jadi Cinta Hati Pertama Anak! Semakin Rapat, Lagi Kuat Auranya

Share

Selain ibu, ayah orang penting untuk jadi cinta hati pertama anak-anak. Tak kisahlah anak lelaki atau perempuan. Mungkin orang cakap anak akan rapat dengan ibu tapi jika ayah tahu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, semua anak boleh jadi geng ayah!

Dalam situasi untuk membesarkan anak-anak, apa yang ayah tunjuk itulah yang anak tengok dan ikut. Sebab itu jika marah dengan isteri jangan tunjuk depan anak. Jaga adab dan percakapan.

Tak perlu rasa isteri kena buat semua kerja rumah dan urus anak-anak. Tauladan yang baik semuanya bermula dengan ayah. Pastinya anak-anak yang dibesarkan dengan aura positif mereka akan jadikan ayahnya seorang idola dan cinta hati pertamanya.

Perkongsian dari seorang bapa dan penulis keibubapaan, Mohd Fhais ini boleh dijadikan panduan bersama dalam zaman membesarkan anak-anak sekarang.

Setiap hari ada sahaja rungutan para isteri yang saya terima berkaitan suami mereka. Ada yang suka naik tangan, culas bab nafkah, emosi ke laut dan paling sedih anak-anak selalu jadi mangsa keadaan.

Sedih sebenarnya tapi apa boleh buat, nak mengubah orang dewasa ni bukan senang. Kalau anak kecil kita boleh lentur tapi dah dewasa ni nak lentur nanti melenting kat kita balik.

Oleh itu, setiap ayah kena bagi contoh teladan yang baik pada anak perempuan sejak kecil supaya mereka tak tersalah pilih penganti imam mereka.

Dari pergaulan ayah-anak ini akan terjadinya “relationship patern” dalam subconcious mind anak. Jika baik patern maka penganti imam yang anak bakal dapat nanti baik juga.

Relationship patern yang baik mestilah:

1 – Sentiasa ada di sisi anak dalam setiap situasi dia gembira, sedih, sakit dan takut. Ini penting supaya dia cari lelaki yang bukan ada masa suka, bila marah putus.

2 – Jangan sesekali berkasar dengan anak perempuan. Manjakan pun tak apa. Supaya dia cari pasangan yang boleh hormat dan belai dia nanti.

3 – Marah bila salah, sayang bila bangga supaya anak tahu penanda aras untuk dapatkan pengiktirafan kita. Juga sebagai penanda aras rumahtangga dia nanti.

4 – Tak merungut depan anak. Merungut ni budaya orang malas. Kita pun tak nak bakal menantu kita nanti pemalas kan.

5 – Bertanggungjawab! Anak akan tengok macam mana kita jadi imam kat rumah. Kriteria sama juga yang akan dia guna untuk cari bakal imam nanti.

Melentur anak bukan setakat lentur pada sudut akademik sahaja. Sudut emosi, mentaliti dan relationship pun kena di lentur sejak kecil lagi supaya dia membesar berjaya dunia dan akhirat.

Sumber: Mohd Fhais

Published by
Wan Amy