Kelahiran seorang bayi adalah anugerah yang tidak ternilai. Namun, di sebalik kegembiraan tersebut, terdapat tanggungjawab penting yang perlu dilaksanakan oleh si bapa, iaitu menguruskan uri bayi dengan cara yang betul dan mengikut panduan Islam.
Uri, atau plasenta, adalah organ yang menghubungkan bayi dengan ibu semasa dalam kandungan dan perlu diuruskan dengan penuh penghormatan selepas kelahiran.
Berkongsi rasa tanggungjawab, Pa&Ma memberikan panduan khususnya untuk bapa dalam menguruskan uri sebaik ibu melahirkan anaknya. Ikuti panduan yang dikongsikan oleh En Yusof, dari Tungbayee dalam menguruskan uri bayi serta langkah-langkah mudah untuk membersihkannya dengan cara yang selamat dan bersih.
Langkah-Langkah Menguruskan Uri Bayi
1. Persediaan awal
Sebelum memulakan proses mencuci uri, pastikan anda menyediakan peralatan berikut:
– Sarung tangan getah
– Besen bersih
– Garam kasar
Ads
– Asam jawa
– Asam keping
– Kain putih atau kain mudah reput
– Apron (jika perlu)
2. Mencuci uri
– Mulakan dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
– Letakkan uri ke dalam besen dan bilas dengan air bersih untuk menghilangkan darah yang melekat.
Ads
– Taburkan garam kasar dan lumurkan asam jawa ke seluruh permukaan uri. Ini membantu menghilangkan bau hanyir darah. Jika perlu, tambahkan asam keeping.
– Gosok perlahan-lahan sehingga uri bersih sepenuhnya.
3. Mengeringkan dan membungkus uri
– Setelah uri bersih, keringkan menggunakan kain bersih atau tisu.
– Bungkus uri dengan kain putih atau kain mudah reput yang telah disediakan.
– Pastikan bungkusan diikat dengan kemas untuk mengelakkan sebarang kebocoran semasa proses penanaman.
Ads
4. Menanam uri
– Gali lubang sedalam sekurang-kurangnya 1.5 kaki di kawasan yang selamat dan jauh dari gangguan haiwan liar.
– Letakkan bungkusan uri ke dalam lubang dan timbus dengan tanah sehingga padat.
– Sebagai langkah tambahan, letakkan batu besar atau penanda di atas tempat uri ditanam untuk mengelakkan ia digali oleh haiwan.
Hukum dan adab menguruskan uri
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menanam uri adalah sunat. Uri dianggap suci dan tidak boleh dibakar atau dibuang sewenang-wenangnya.
Menguruskan uri bayi adalah tanggungjawab penting yang perlu dilaksanakan oleh setiap bapa dengan penuh kesedaran dan penghormatan. Dengan mengikuti panduan yang betul, kita bukan sahaja menjaga kebersihan dan keselamatan, tetapi juga menghormati anugerah kehidupan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Untuk panduan visual yang lebih terperinci, anda boleh merujuk video Pa&Ma berikut:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puan Inora Putri, pengguna Instagram telah memuatnaik gambar poster program Analisi, Doula Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor Dengan Caption “Tak Sabar nak tengok analisis malam ini”. Beliau turut menceritakan tentang pengalaman bagaimana dia menyertai kelas Doula Yatt.
Selepas viralnya kisah Puan Inora, beliau memuatnaik kembali status dan gambar selepas kelahiran anaknya dan beliau rasa terhina apabila doula memuatnaik status seperti menghina beliau yang berbadan besar. Sepatutnya Doula menyokong kehamilan bukan menghina ibu hamil.
This is me about two hours after giving birth to Oya. My husband was my doula.
Cuma kongsi pengalaman
Nora sebenarnya malam ni sangat marah when I read her response. Because I was just sharing my experience bila Nora pergi class dia and someone screenshot and share on “alumni” whatsapp group tapi dia “spin” lain pulak cakap Nora obese. That’s like you dah tau you salah tapi you cari salah orang lain.
Serious, Nora rasa nak call je dia tapi @azrnznl cakap we wait for her response tengok ape yang dia reply. You guys can check out my Instastory and tengok ape DIA cakap.
Doula sepatutnya menyokong kehamilan bukan bodyshame
As a former client I am dissappointed sebab si doula ni supposed to support pregnant mothers but instead you bodyshame pulak. Siap cakap Nora cakap nak makan McD hari2. Ridicolous! Mungkin time tu rumah kiteorang depan McD kut tu dia teringat ke ntah taktau lah hahaha.
Tolong sampaikan dekat doula ni, obese pun both pregnancies Alhamdulillah dapat lahirkan both my kids secara normal and without and health complications sepanjang pregnancny Alhamdulillah. Sugar tak tinggi, HB normal.
Contact Doula sebab nak belajar Hypnobirthing dan teknik pernafasan, tapi silap orang pulak
Initially, Nora contact si Doula ni sebab nak belajar hypnobirthing and teknik breathing je tapi silap orang plak that’s why we never follow up for the next class. Awkward! .
Tapi forget about that, Nora nak share dengan korang my experience masa bersalin Oya & Odi. Nora amalkan breathing techniques from hypnobirthing. Basically in hypnobirthing yang Nora belajar kita control our emotions, we take our time, we breathe in essential oils kalau kita nak and basically just relax our mind. Honestly it really helps. Belajar breathing. Bila nak push and how to push supaya minimal tear. Skin to skin with baby after birth. And Alhamdulillah my midwives kat @avisenaspecialisthospital sangat supportive especially Kak Aniza @umie_sofea_aisya_adam. Both babies lepas keluar terus skin to skin. Tak silap Odi Nora dapat terus susukan dia after birth.
Tetap memaafkan
But whatever it is, I am gonna forgive her because I don’t want to sleep with an angry heart tonight. I might be angry again tomorrow but takpe malam ni kita let go sekejap. Inshallah.
9 bulan tubuh menampung berat badan anda malah bayi dalam kandungan juga, lantaran rahim berkembang dari semasa ke semasa.
Perubahan fizikal semasa hamil antara faktor penyebab masalah sakit pinggang. Jadi, tidak hairanlah ada di kalangan anda yang mengeluh mengenai isu selepas bersalin.
Dalam usaha mengatasinya masalah ini, ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan.
Banyakkan berehat
Selepas bersalin, pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Selepas selesai urusan menguruskan bayi dan diri sendiri mengikut rutin pantang, baringkan badan supaya tulang belakang dapat ‘diluruskan’.
Dengan cara ini, anda dapat berehat dan selanjutnya dapat mengelakkan masalah sakit pinggang yang lebih teruk selepas ini.
Berurut dan bertungku
Pastikan anda melakukan urutan selepas bersalin bagi melancarkan penyaluran darah dalam tubuh. Dapatkan khidmat urutan dan bertungku supaya tubuh berasa lebih selesa terutamanya di bahagianya pinggang.
Elakkan membongkok semasa menyusu
Pilih postur yang selesa semasa menyusukan bayi. Namun elakkan diri daripada membongkok ke arah bayi untuk menyusukannya.
Anda digalakkan untuk menggunakan bantal menyusu yang dapat memberikan keselesaan kepada anda dan bayi semasa sesi penyusuan berlangsung.
Jaga postur semasa menyusu supaya anda tidak terus berasa sakit pinggang.
Elakkan mengangkat benda berat
Hidari diri daripada mengangkat benda berat. Pastikan benda paling berat yang diangkat acuma bayi sahaja. Dapatkan pertolongan orang lain jika perlu mengangkat barang.
Pakai bengkung
Pemakaian bengkung yang kemas dan selesa dapat membantu mengurangkan sakit pinggang selepas bersalin. Pemakaian bengkung membuatkan postur tubuh lebih kemas.
Dapatkan sumber kalsium yang cukup
Sumber kalsium yang mencukupi adalah perlu terutamanya anda yang merancang menyusukan bayi dengan susu ibu.
Ambil makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium. Jika bimbang ia tidak mencukupi ambil suplemen kalsium yang turut mengandungi vitamin D dan magnesium.
Suplemen magnesium dapat membantu merehatkan otot. Jadi, ia dapat membantu mengurangkan sakit pinggang lepas bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah 5 tahun melahirkan anak pertama, pelakon berbakat besar, Nad Zainal selamat menimang anak kedua pada hari Selasa lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Difahamkan, bayi kedua pelakon ini dilahirkan pada jam 2.50 petang seberat 2.9 kilogram.
Berkongsi momen indah itu, Nad Zainal ada memuat naik beberapa keping gambar dan videonya sebelum melahirkan bayi dan selepas proses kelahiran itu. Ternyata kehadiran anak kedua ini membawa kegembiraan pada mereka sekeluarga.
Walaupun masih belum mengumumkan jantina bayi keduanya, gambar dan video sipi-sipi itu, mendapat perhatian rakan-rakan artis dan pengikutnya yang mengucapkan tahniah. Masing-masing tak sabar nak tengok anak Nad!
Maklumlah semasa penggambaran drama yang trending di TV3, Takdir Yang Tertulis, Nad tengah mengandungkan anak kedua dan watak Juwita itu benar-benar memberi impak pada penonton.
Menerusi posting yang dikongsikan Nad, dia memuat naik video suaminya iaitu Faliq Amiruddin dan anak sulung, Fahad Ibrahim memangku bayi yang baru dilahirkan itu.
Difahamkan, Nad Zainal telah melahirkan anak kedua ini menggunakan kaedah pembedahan.
Bukan itu saja, Nad turut akui gementar untuk menerima kelahiran anak kedua ini kerana sudah lama tidak berdepan dengan situasi tersebut.
“Bukan takut nak masuk OT, tapi takut nak berhadapan dengan newborn baby tu.. sebab dah lupa macam mana , 5 tahun dah tak ada baby.
Nad juga turut menjelaskan sepanjang berada di bilik OT, perasaan berdebar tu hilang kerana layanan doktor yang berborak seolah tengah main batu seremban walhal perut tengah kena belah.
“Tak rasa stress langsung dalam OT, lagi stress kena swab!
Terdahulu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan keluarga yang telah mengirimkan hadiah kepadanya.
Sumber: Nad Zainal
**Dapatkab barangan bayi pada harga yang berbaloi di sini. Sementara masih ada promosi!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.