Biasakan kita dengar anak-anak takut dengan ayahnya? “Ayah garang”..”Ayah selalu rotan”. Sampaikan, ada anak-anak yang berlumba lawan ayah siapa lagi garang.

Tapi, ayah-ayah.. Pernah dengar tak yang emosi anak-anak sebenarnya lebih dipengaruhi oleh emosi ayah berbanding mak?

Mak adalah tempat anak tu luahkan emosi sedihnya lantaran ayah yang tidak dapat memberi aura emosi positif yang baik.

Ayah Kuat ‘Engaged’ Dengan Anak, Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

Pernah dengar tak, untuk lahirkan anak yang kuat emosinya, ayah kena sangat “engaged” dengan anak?

Sebab tu lah AYAH ADALAH ORANG TERPENTING DALAM KELUARGA.

Kalau ayah bad mood, satu rumah bad mood.
Kalau ayah marah, satu rumah diam.
Kalau ayah stress, satu rumah resah.

Kerana itulah MENJAGA CAWAN EMOSI AYAH adalah penting.

Siapa nak jaga?

AYAH kena pandai jaga sendiri
MAK boleh tolong back-up make sure cawan emosi ayah tak tumpah.

Macam mana AYAH nak tahu kalau CAWAN EMOSI AYAH dah KOSONG?

1. Kening ayah lebih banyak kerut dari relax.

IKLAN

2. Ayah sentiasa rasa masa ayah untuk diri sendiri tiada.

3. Ayah selalu rasa nak marah anak, isteri dan sesiapa sahaja (hatta kucing jiran sekalipun).

4. Ayah pun tak dapat define kenapa ayah asyiklah nak marah.

Ayah Kuat ‘Engaged’ Dengan Anak, Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

5. Ayah asyik rasa letih dan mengantuk.

6. Ayah tak suka balik rumah.

7. Ayah tak ingat bila kali terakhir ayah borak dengan anak, sambil anak baring di ketiak.

IKLAN

8. Ayah rasa jeles dengan Mak sebab anak semua nak berkepit dengan Mak je.

9. Ayah rasa jeles dengan Anak sebab Mak asyik layan Anak je.

10. Ayah rasa SEMUA BENDA ayah yang kena buat.

11. Ayah rasa macam ringan je tangan kaki tu nak bergerak sepuk dan pukul anak-anak.

12. Ayah asyik rasa berdebar-debar bila dengar anak mula merengek dan menangis.

Haaa…..

Kalau ayah-ayah tak perasan, cuba minta mak-mak yang tolong tandakan senarai di atas. (Tapi jangan kecil hati tau).

IKLAN

Ayah Kuat ‘Engaged’ Dengan Anak, Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

PENTING ayah-ayah tahu sama ada cawan emosi dah kosong atau tidak.

KESIHATAN EMOSI AYAH amat penting untuk dijaga.

Kalau ayah-ayah ada mana-mana tanda di atas, checklah cawan emosi ayah-ayah.

MAK-MAK, PASTIKAN SUAMI KESAYANGAN ANDA BACA POSTING INI YA.

Kita sayang emosi suami, supaya keluarga lebih bahagia dan anak boleh berkembang dalam persekitaran yang paling positif ❤❤❤❤❤

Asyik jaga emosi mak-mak je kan…..

Hmm…

Nak tak kalau saya share CARA REFILL CAWAN EMOSI AYAH? Ini link ke post tentang Refill Cawan Emosi Ayah: https://www.facebook.com/627523322/posts/10157263051903323/

Sumber: OT Aisyah Rozalli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI