Merokok di luar rumah tidak menjamin anak selamat daripada kesan racun daripada asapnya. Anak tetap tetap boleh sakit!
Bahaya rokok memang bahaya. Jika orang dewasa yang terdedah kepada asap rokok boleh sakit, inikan pula bayi dan kanak-kanak. Perkongsian daripada Dr Farhanah Ibrahim ini berdasarkan pengalamannya merawat tiga pesakit kanak-kanak & bayi berusia 2 tahun, 5 bulan dan 1 tahun yang menderita lelah (asma), pneumonia dan batuk teruk.
SAKIT ANAK PUNCA DARIPADA BAPA!
Bapa-bapa ini tidak menyedari yang punca kesakitan anak menjadi teruk adalah habit merokok yang mereka lakukan.
Anak keluar masuk wad & perlu ambil gas nebulizer berkala serta dipantau. Usahakan beri suntikan vaksin pneumacoccal walau pun mahal. Tapi bapa merokok, jadi anak pun hisap asap rokok setiap hari.
Ayah risau anak diberi antibiotik tapi diri sendiri perokok tegar
Merokok menyebabkan keadaan bertambah teruk kepada paru-paru anak yang sedia ada jangkitan.
Anak batuk krong-krong krong nak semput, ayah merokok. Walau pun tak merokok kat rumah kesannya tetap ada.
Walau pun tak merokok secara live, partikel asap akan melekat pada sekeliling & kekal bertahun-tahun. Bila sedut asap itu tetap beri kesan negatif.
Boleh cuba berhenti merokok.
Carilah tempat yang asing untuk merokok, ada ke? Berhenti jelah
Kalau dalam proses berhenti merokok, cuba tidak merokok dalam rumah. Pastikan mandi, gosok gigi, kumur mulut dengan antiseptic mouthwash, syampu & tukar bahu seluar baru pegang anak isteri.
Respek ayah-ayah ini tapi tak perasan bukan vaksin, antibiotik, ubat yang tak bagus, cuma penyakit anak itu berpunca daripada ayah.
Bayi baru lahir boleh jadi passive & third hand smoker
Sumber: Farhanah Ibrahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersihkan Gigi Bayi Bila Gigi Tumbuh Sahaja? Cara Tersebut Salah, Penjagaan Oral Bayi Perlu Dilakukan Sejak Lahir Lagi
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Bila gigi pertama bayi tumbuh?
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Bagaimana penjagaan oral untuk bayi dan kanak-kanak?
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah:
- Bersihkan gigi pertama yang baru tumbuh dengan meletakkan sedikit ubat gigi berfluorida pada kain lembut dan sapukan pada gigi bayi.
- Jika gigi geraham sudah tumbuh, anda boleh mula menggunakan berus gigi khas untuk bayi yang banyak dijual di pasaran. Letakkan ubat gigi khas untuk bayi sebesar saiz biji kacang pis pada berus gigi tersebut.
- Berus di sekitar lidah dan gusi untuk menghilangkan bakteria tersembunyi dan mengelakkan mulut bayi berbau.
- Lakukan rutin ini dua kali sehari iaitu sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan pada malam hari sebelum tidur.
- Bawa bayi anda berjumpa doktor gigi semasa gigi pertamanya tumbuh ataupun selewat-lewatnya semasa usia bayi setahun. Doktor gigi akan memberikan nasihat tentang cara-cara penjagaan gigi bayi kepada ibu bapa.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Ego Dalam Mendidik! Kalau Buat Silap, Ibu Ayah Kena ‘Hukum Diri’ & Penuhkan Kembali Tangki Cinta!
Apa yang dilakukan ibu ayah tidak semuanya betul. Periksa-Check & balance dalam mendidik anak, ibu ayah lakukan 4 perkara ini.
Tiada siapa yang dapat lari dari kesilapan. Dalam mendidik, ibu ayah juga perlu bercermin diri menilik kesalahan yang mungkin pernah berlaku, dengan harapan semoga ia boleh diperbaiki.
Anak-anak adalah amanah dan ibu bapa bukanlah sempurna. Sekiranya ada kesilapan, belum terlambat untuk periksa kembali diri dan melakukan perkara-perkara yang disarankan ini.
Bila ibu bapa buat silap, bagaimana mahu hukum diri sendiri?
Kadang kadang saya selalu terfikir, apabila anak anak melakukan kesalahan kita cepat sahaja untuk menghukum mereka.
Hukuman itu pula banyak jenis.
- Ada masanya kita hukum mereka dengan menyekat masa mereka untuk menonton television.
- Ada masanya juga masanya kita hukum mereka dengan mengurung mereka di dalam bilik.
- Ada masanya juga kita hukum mereka dengan hukuman fizikal seperti merotan.
Namun, apabila kita sebagai ibu bapa melakukan kesalahan, siapa yang layak untuk hukum kita?
Atau, adakah sebab kita memegang title ibu dan bapa jadi kita jadi immune dan tidak perlu untuk dihukum?
Kalau anak menjerit dan mengamuk kita hukum mereka, dan kalau kita sebagai ibu dan bapa melakukan perkara yang sama kita juga sebenarnya ‘layak’ dihukum.
Cumanya, siapa yang layak menghukum kita? Tiada orang lain yang lebih layak untuk menghukum anda selain diri anda sendiri. Cara hukum diri kita pula bagaimana agak agaknya?
Adakah kena pukul diri sendiri?
Atau kena kurung diri dalam bilik kemudian kunci? Tidak. Tak perlu sampai begitu.
Muhasabah diri kembali menjadi ibu bapa yang baik
Hukuman yang saya maksudkan ini fungsinya untuk anda muhasabah diri dan kembali berfungsi sebagai ibu bapa yang baik.
Cukuplah dengan melakukan beberapa perkara untuk menebus kembali kesalahan yang anda lakukan. Sama ada sengaja atau tidak itu jatuh kepada perkara kedua.
3 CARA IBU AYAH BOLEH LAKUKAN
Antara perkara yang anda boleh lakukan kepada diri anda adalah:
#1. MEMINTA MAAF
Mulakan dengan meminta maaf kepada anak anak jika anda ada melakukan kesalahan.
Katakanlah anda pulang dari rumah dalam keadaan penat. Anak anak pula datang berlari lari kepada anda.
Rimas dengan tindakan mereka anda tengking anak anak itu sehingga mereka terdiam.
Dalam situasi itu, tidak ada apa yang boleh dilakukan. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.
Jadi, tiada jalan pintas yang anda boleh lakukan selain memohon maaf.
Meminta maaf dan mengakui kesalahan sendiri adalah satu benda yang bukan senang untuk dilakukan. Jika ego and itu berlapis lapis sudah pasti anda akan merasakan tugas ini adalah satu perkara yang sangat sukar.
#2. KURANGKAN MASA DENGAN ALAT TEKNOLOGI, LEBIHKAN MASA DENGAN ANAK
Cara kedua adalah dengan ‘memotong’ atau mengurangkan masa anda bersama alat teknologi seperti handphone atau pun television.
Kemudian, masa yang lebih itu anda hadiahkanlah kembali kepada anak anak. Duduk bersama anak anak dan lakukan apa sahaja aktiviti bersama mereka. Anggap sahaja lah itu sebagai denda kepada kesalahan yang telah anda lakukan.
#3. PENUHKAN SEMULA TANGKI CINTA
Cara ketiga adalah memenuhkan semula TANGKI CINTA yang ada dalam diri anak anak.
Dalam setiap diri anak anak itu ada tangki cinta yang perlu diisi setiap hari.
Malangnya setiap kali kita tengking mereka, atau bertindak dengan penuh kekerasan tangki itu akan semakin surut.
Jadi, apa yang anda perlu lakukan untuk menebus kesalahan yang anda telah lakukan adalah berusaha untuk memenuhkan kembali tangki yang semakin surut.
Katakan kepada anak anak bahawa anda sayang mereka.
“Ibu sayang adik”
“Ibu sayang abang”
Peluk dan cium mereka dengan penuh keikhlaskan.
Rancanglah aktiviti yang istimewa untuk membuatkan anak anak kembali tersenyum dan merasa bahagia.
Paling paling tidak pun bawa anak ke taman dan berjalan jalan.
Apabila anda berusaha melakukan sesuatu yang istimewa dan meluangkan masa bersama anak anak, secara tidak langsung tangki cinta itu akan mula penuh kembali.
#4. TINGKATKAN KOMUNIKASI DENGAN ANAK
Cara yang terakhir yang anda boleh lakukan adalah dengan berbicara dengan anak anda.
Tanyalah kepada anak anak apa yang anda boleh lakukan untuk anda baiki kembali situasi itu. Walaupun kadang kadang kesalahan itu anda tidak dapat untuk undur kembali, tetapi pertanyaan itu perlu.
Jangan takut. Dengar apa yang anak anda bakal katakan. Mungkin sahaja jawapan anak anda itu begini
” Tak apa lah ibu, ibu tak perlu buat apa apa pun, adik ok je ni??”
Kadang kadang pertanyaan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan anak anda rasa yang anda itu peka kepada perasaan mereka.
Mungkin ada yang merasakan bahawa kita tidak perlu menebus kembali kesalahan yang kita lakukan kepada anak anak. Maklumlah kita kan ibu bapa yang lebih berkuasa.
Namun ketahuilah, sebenarnya apabila kita berjaya menebus kesalahan yang kita lakukan itu pastinya akan membuatkan anak lebih hormat kepada kita.
Anak anak kita juga berhak dilayan sebagaimana kita layan orang sekeliling.
MENJADI IBU AYAH BUKAN LESEN UNTUK BERBUAT APA SAHAJA
Walaupun mereka kecil, tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja yang kita suka.
Bila buat silap, mohon maaf usahlah ego
Bila buat silap, akuilah kesalahan itu
Bila buat silap,betulkan apa yang termampu
Bila buat silap, bukalah ruang untuk kembali damai
Kerana kita ini manusia biasa, setiap hari pasti ada salah dan silapnya.
Hanya yang kuat sahaja yang biasa mengakui dan membetulkan keadaan itu.
Sumber: Puan Farhan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diana Nasir Kongsi Video Berpisah Dengan Anak Kembarnya Sebelum Bersalin. Tangisan Darleena & Darleesa Buat Netizen Sebak!
Ibu mana yang boleh berpisah dengan anak, walau pun sesaat. Tambahan lagi di saat anak-anak masih kecil. Diana Nasir, kakak kepada aktres Anzalna berkongsi momen perpisahan dengan anak kembarnya, Anggun Darleena & Anggun Darleesa ketika bersalinkan anak ketiganya baru-baru ini.Serius, ibu-ibu boleh menitikkan air mata menyaksikannya!
Diana telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, Anggun Darniella pada 10 November 2018.
View this post on InstagramA post shared by Lady D (@diananasir86) on
Diana juga turut berkongsi suasana di hospital ketika saat-saat perpisahannya dengan si kembar. Perpisahan sebentar yang diikuti tangisan dari Darleena & Darleesa yang berusia 1 tahun 10 bulan itu membuatkan hati ibu yang sedang dalam proses bersalin ini robek.
Selain itu, Diana akui yang kedua-dua anaknya itu menjadi sedikit clingy dan manja sejak akhir-akhir itu. Dia juga mengakui yang anak-anak daripada kelahiran pertama unik.
diananasir86 #TB – Leaving the twins behind lagi sakit dari nak bersalin! It was the hardest and saddest part for me and l couldnt cry infront of the girls! They have been extra manja and clingy sejak nk jadi kakak kawasan.
You may love all your children deeply and with passion, but theres something unique about the first born. Momma loves you forever and ever Darleesa and Darleena. ?????
❤️ @the_angguns #icriedsohardthatday#mymanjagirls #forevermommasgirls
View this post on InstagramA post shared by Lady D (@diananasir86) on
Netizen turut menyatakan perasaan yang sedih dan sebak melihat reaksi Darleena & Darleesa di dalam video tersebut dan mengakui anak-anak daripada kelahiran pertama sangat istimewa di hati ibu.
View this post on InstagramA post shared by Lady D (@diananasir86) on
SEBAK TENGOK SI KEMBAR LARI KE SLIDING DOOR
KAKAK-KAKAK SAYANGKAN ADIK
ANOTHER LEVEL OF LOVE
ANAK CLINGY SEBELUM SI ADIK LAHIR
TANDA MOMMY RAPAT DENGAN ANAK-ANAK
Sumber: diananasir86
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI