Tak sukar sebenarnya untuk jadi ayah yang hebat buat anak-anak kecil kita. Hanya berusaha untuk luangkan masa dan berusaha untuk menjadi pendamping setia anak-anak. Di usia anak kecil, mereka amat memerlukan kita sebagai ayah untuk membentuk anak menjadi lebih baik.
Itulah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan di Instagramnya. Belajar dan berusahalah untuk menjadi hebat di mata anak-anak. Apa seorang ayah perlu lakukan?
Berusahalah jadi ayah yang hebat di mata anak-anak.
1. Jadi pendengar setia setiap kali anak bercerita.
2. Pandang mata anak bila berbual.
3. Selalu guna nada suara yang lembut bila bercakap.
4. Tetapkan “Bonding Time” dengan anak.
5. Selalu peluk cium anak tanpa pilih kasih.
6. Jadi ayah yang selalu puji dan sokong usaha anak walaupun tak sempurna.
7. Rajin ambil dan kumpul gambar anak sebagai kenangan.
8. Jadi tempat yang selamat untuk anak bercakap, meluah rasa dan bermain.
9. Jadi pelindung anak-anak.
10. Jadi ayah yang sentiasa kagum dengan idea dan pendapat anak.
View this post on Instagram
Pilih bonding dengan anak
Tidak hanya 10 senarai di atas bahkan cubalah luangkan masa bersama. Bonding buat anak rasa makin dekat. Apa aktiviti ayah boleh lakukan?
Riadah pagi hari
Melakukan aktiviti riadah biarpun agak remeh namun hakikatnya amat baik bagi membina keluarga bahagia. Malah bonding dengan anak-anak juga menjadi semakin rapat. Tidak perlu dilakukan dalam tempoh yang lama, hanya ambil masa di pagi hari pada setiap hujung minggu untuk membawa anak berjogging di taman dah cukup memadai.
Basuh kereta
Basuh kereta dengan anak nampak simple tapi ia aktiviti ayah dan anak yang paling menyeronokkan. Anak cukup suka bermain air dan dapat merasai pengalaman bersama.
Aktiviti indoor buat bonding kuat
Jika tak gemarkan aktiviti luar, cuba buat aktiviti bersama anak-anak di dalam rumah sahaja. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan seperti bermain puzzle, permainan interaksi dan sebagainya bersama anak-anak. Jika ayah meneman anak bermain, ibu pula perlu jadi penyokong kedua-duanya.
Bedtime story
Di malam harinya berusahalah untuk membacakan anak buku sebelum mereka tidur. Besar kesannya pada anak-anak. Ayah yang cool buat anak suka dan mengingati momen itu.
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI