Ayah Sanggup Buat Apa Saja, Biarpun Terpaksa Berlakon Jadi ‘Tikus’. Sweetnya Fakhrul UNIC!

Share

Ayah kalau dengan anak-anak, boleh kalah. Bukan apa dari seorang yang tegas tapi bila dengan anak boleh cair hatinya. Itu sebab ada orang kata anak boleh jadi geng ayah jika ayah rajin melayan.

Begitu juga perkongsian penyanyi nasyid Fakhrul UNIC berkongsi potongan video perbualan video bersama anak bongsunya, Muhammad Ayyash.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya. Dalam video itu, anak kecil Fakhrul kelihatan cukup terhibur melihat gelagat bapanya yang menukarkan wajah kepada ‘filter’ berupa kartun tikus.

Dalam pada itu, Fakhrul juga berpendapat, seseorang bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anak.

“Ayah ni dia sanggup buat apa saja demi anak, termasuk jadi tikus guys,” selorohnya di ruangan kapsyen.

Fakhrul juga meminta orang ramai untuk mendoakan Ayyash agar membesar menjadi seorang anak yang soleh.

“Enam bulan dah Ayyash, dah nak merangkak, besar kat kampung saja, doakan ya jadi anak soleh,” kongsinya.

Fakhrul telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Syahirah dan memiliki tiga cahaya mata.

Ayah Yang Rapat Dengan Anak-Anak Akan Hasilkan Anak Yang Hebat

Sementara itu, melalui apa yang dikongsikan oleh Penulis Buku Keibubapaam, Taufiq Razif, bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER

Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:

– 39% akan skor semua A di sekolah

– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah

– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja

– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara

– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan

Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.

Sumber: Ig Fakhrul UNIC & Facebook Taufiq Razif

Published by
Wan Amalia Mohd Daud