Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.
Artikel Menarik: [Malu Bila Tengok! Bahagian Pelipat Jadi Hitam, Bila Bersalin Automatik Hilang]
Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami.
1. Urusan isteri lebih mudah
Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Artikel Menarik: [Biarlah Kulit Tak Berapa Cantik Waktu Pregnant. Asalkan Tak Salah Pakai Produk Beracun]
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
2. Sama-sama belajar tentang kehamilan
Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.
Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
3. Beri sokongan moral
Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Artikel Menarik: [Garis Hitam Pada Perut Jadi Petunjuk Jantina Anak. Kepercayaan Karut!]
Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
4. Persediaan menghadapi kelahiran
Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.
Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
Sebab itulah pentingnya suami temankan isteri untuk buat pemeriksaan kesihatan. Bukannya isteri tidak boleh berdikari, tetapi kehadiran suami dapat memberi semangat kepada mereka. Bahkan bayi dalam kandungan pun dapat merasai kasih sayang ayah mereka!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI