Nama Intan Salleh, 33, tiba-tiba menjadi popular dan meniti di bibir para netizen. Semuanya gara-gara kontroversi rumah tangganya dengan bekas suami Ude Wahid yang juga seorang pemuzik bebas.

Ramai yang bersimpati dengan nasib ibu tunggal ini yang kecundang dalam perkahwinan akibat orang ketiga.

Namun selepas peristiwa tersebut populariti Intan meningkat naik dan dia dikurniakan rezeki mencurah-curah.

Dalam posting terbarunya di Instagram sempena sambutan hari Bapa, Intan meluahkan rasa terima kasih kepada abahnya yang kini menjadi sumber kekuatan baginya menempuh hari-hari mendatang penuh ketabahan.

Myhero?… Abah cakap biar orang buat kita jangan kita buat orang.. Abah jenis pendiam.. Kami adik beradik pun xpenah tahu ape isi hati abah.. Abah xbanyak cakap.. Tapi kami tahu ape abah rasa… Jahat buruk abah kami..nak cakap ape cakap la.. Abah tetap pelindung kami walau tak tunjuk.. Memang kami adik beradik penah cakap.. Kami adik beradik semua perempuan.. Klau ape terjadi kami pulang ketempat asal kami.. Kami anak felda.. Orang kampung.. Abah cakap selagi ade daya abh jaga kami..?..terima kasih abah.. (adik rindu mak) 
#sedardiri #hartakamiabahkami #anaksaleh
SELAMAT HARI BAPA… SALEH B ABU

Ternyata kasih seorang bapa itu sepanjang masa. Tetap menjadi pelindung kepada anak perempuannya walau apa pun terjadi.

Kini abahlah menjadi tempatnya berlindung dan mengadu. Hanya abah lah satu-satunya lelaki di dunia yang tidak pernah menyakiti hati seorang wanita dan akan pertahankan anak perempuannya selagi dia masih hidup.

Adik sayang abah dunia akhirat.. Nyawa adik… Abah cakap jgn risau abah ade…..

Ads

1st Time Beraya Sebagai Ibu Tunggal

Tak mudah menggalas gelaran dan tanggungjawab tersebut. Tapi demi anak-anak, Intan terus melangkah dengan kuat dan tabah. Apa pun tentu jauh di sudut hatinya terasa sebak kerana pertama kali menyambut raya tanpa bersalam memohon maaf dengan lelaki bernama suami.

Ginila gayanye payah beno anak2 nk bergambo.. Tak ade yg sempurna.. ?
1st time beraya sebagai ibu tunggal… Moga terus kuat tabah dan penuh kesabaran layan aish n dekmok..hahaha..aish cakap kat bonda.. “bonda tak happykan aish..” bonda terus krik2.. Adoii anak… Mane dapat ayat tu.. 

Hanya yang melaluinya sahaja faham dengan perasaan Intan serta dua anaknya Aish dan Dekmok.

“Ayah Tetap Pelindung Kami…” Intan Saleh Akui Kasih Ayah Selamanya Jadi Sumber Kekuatannya Besarkan Anak-Anak

Ads

Tetapi Intan sangat kuat untuk terus bangun dan berlari menghadapi segala rintangan demi membesarkan dua anaknya. Semangat yang ditunjukkan oleh Intan untuk ‘move on’ dari fasa sedih patut dijadikan contoh.

Bagaimanapun satu video pendek gelagat anak sulungnya Aish yang dimuat naik oleh Intan pada hari raya pertama telah menyentuh hati netizen.

Selepas bersalaman dengan saudaranya, Aish Muqri kembali ke pangkuan ibunya dan tertunduk sayu memeluk Intan seolah-olah merasakan kelainan sambutan raya tahun ini tanpa kehadiran si ayah.

Ramai yang rasa simpati melihat nasib yang dilalui oleh si kecil, namun terus memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada bonda Intan untuk terus menempuh hari-hari mendatang dengan kuat demi membesarkan anak-anaknya.

Bahkan ada juga yang mendoakan satu hari nanti Intan akan dapat pengganti yang lebih baik dan menyayanginya sepenuh hati.

“Ayah Tetap Pelindung Kami…” Intan Saleh Akui Kasih Ayah Selamanya Jadi Sumber Kekuatannya Besarkan Anak-Anak

Ads

 

“Ayah Tetap Pelindung Kami…” Intan Saleh Akui Kasih Ayah Selamanya Jadi Sumber Kekuatannya Besarkan Anak-Anak

“Ayah Tetap Pelindung Kami…” Intan Saleh Akui Kasih Ayah Selamanya Jadi Sumber Kekuatannya Besarkan Anak-Anak

“Ayah Tetap Pelindung Kami…” Intan Saleh Akui Kasih Ayah Selamanya Jadi Sumber Kekuatannya Besarkan Anak-Anak

“Ayah Tetap Pelindung Kami…” Intan Saleh Akui Kasih Ayah Selamanya Jadi Sumber Kekuatannya Besarkan Anak-Anak

Semoga Intan terus kuat untuk mencari rezeki dan membesarkan dua anak-anaknya menjadi anak yang soleh.

Sumber: Instagram iiiintan.saleh

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI