Tidak dinafikan selepas sahaja berhari raya, ada ibu bapa yang terpaksa berbelanja menggunakan duit raya anak. Bukan mengambilnya tetapi meminjam terlebih dahulu daripada anak sementara tiba hari gaji. Tak salah jika nak pinjam tetapi perlulah dibayar semula kerana itu adalah hak anak-anak kita.
Perkongsian saudara Harith Faisal ini menarik juga untuk kita jadikan panduan. Malah cara telus yang dilakukan oleh bapanya ini wajar kita contohi supaya dapat memberi lebih inspirasi buat anak-anak kita untuk terus menyimpan.
“Ayah, tolong simpan duit raya Along ni. Ayah, duit raya Along dalam Tabung Haji dah ada berapa ya sekarang?”
“Ada dalam RM1,000 jugalah. Dari dulu sampai Along umur 10 tahun ni, memang ayah masukkan semua duit raya Along ke sana.”
“Wah! Banyaknya. Terima kasih ayah.”
Cukup saja umur 18 tahun, Along pun minta ayah tukarkan akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa. Along excited sangat ni. Tapi, luluh dan punah hati Along bila tengok baki terkini adalah RM106.35 sahaja dalam akaun simpanan Tabung Haji nya.
Jangan tipu anak-anak macam ni ya. Tak baik. Duit raya adalah hak anak-anak. Kita adalah pemegang amanah untuk uruskannya.
Di Didik Cara Telus
Masa saya kanak-kanak dulu, saya akan tengok penyata Tabung Haji akaun saya dan adik beradik lain. Saja suka compare-compare simpanan siapa paling banyak.
Ayah saya pula memang bagi tengok. Excited bila dapat monitor duit simpanan makin lama makin bertambah. Kecik-kecik dah bijak simpan duit, kan. Ha! –
Jadi sebagai ibu bapa kita harus sentiasa telus dengan anak-anak, seperti yang dikongsikan oleh saudara kita ini. Cara ini sebenarnya buat anak makin teruja dan lebih terinspirasi untuk terus menyimpan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI