Anak-anak yang lahir diketahui umum mempunyai hubungan yang istimewa dengan ibunya. Mana tidak, seorang ibu mengandungkan anaknya sehingga 9 bulan di dalam perut. Setelah lahir, si ibu menyusukan pula anak sehingga berumur 2 tahun.

Namun, apa pula peranan bapa dalam penjagaan anak-anak? Biasanya, tugas menjaga anak-anak lebih banyak dibebankan kepada ibu, mungkin kerana mereka dilihat mempunyai lebih banyak masa bersama anak, lebih-lebih lagi 2 bulan di awal kelahiran anak.

Ayah Yang Rajin Layan Anak Seawal Usia 3 Bulan, Dapat Merangsang Perkembangan Anak Jadi Bijak

Eksperimen

Saintis daripada Imperial College London, King’s College London dan Oxford University telah melakukan suatu eksperimen untuk mengkaji persoalan di atas. Menggunakan sampel seramai 128 bapa dan anak, saintis merekod interaksi bapa dengan anak-anak mereka pada usia mereka 3 bulan. Kemudian, ketika kanak-kanak ini berusia 24 bulan (2 tahun), saintis kembali menguji keupayaan kognitif kanak-kanak dalam sampel ini menurut teknik Bayley Scales of Infant Development, Second Edition.

IKLAN

Hasil Kajian

Mereka mendapati kanak-kanak yang meluangkan lebih banyak interaksi aktif dengan bapa-bapa mereka pada usia kecil seawal 3 bulan menunjukkan fungsi kognitif yang lebih baik secara signifikan pada usia 2 tahun. Walaupun terdapat banyak sebab yang mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak, dapatan ini menunjukkan kesan interaksi bapa dan anak-anak yang agak signifikan terhadap perkembangan kognitif anak-anak, walaupun lebih banyak maklumat perlu dikaji pada masa hadapan.

Malah, bapa yang bersikap positif juga menghasilkan anak yang membesar dengan mempunyai keupayaan kognitif yang lebih baik. Kesan positif ini juga dilihat sama antara bapa dengan anak samada lelaki atau perempuan.

Ayah Yang Rajin Layan Anak Seawal Usia 3 Bulan, Dapat Merangsang Perkembangan Anak Jadi Bijak

IKLAN

Mengambil kata-kata Professor Paul Ramchandani dari Fakulti Perubatan, Imperial College London mengenai eksperimen ini:

“Even as early as three months, these father-child interactions can positively predict cognitive development almost two years later, so there’s something probably quite meaningful for later development, and that really hasn’t been shown much before.”

IKLAN

Oleh itu, para bapa hendaklah berperanan lebih aktif dalam interaksi dengan anak-anak dan bukan sekadar menjadi pemain simpanan yang duduk di tepian menjadi pemerhati sahaja.

Sumber: Imperial College London & cozybaby

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI