Kemalangan maut yang meragut nyawa empat ahli keluarga di Melaka baru-baru ini sungguh menyentuh hati apabila tular video seorang ayah yang tak henti-henti meminta maaf pada anak sambil memangku anaknya yang cedera.
Ramai yang sebak melihat kejadian itu. Tapi apakah yang ada dalam fikiran si ayah waktu itu kita semua tak tahu.
ARTIKEL BERKAITAN [“Ayah Minta Maaf, Minta Maaf..” Lelaki Sebak Anak, Isteri & Ibu Bapa Pergi Serentak]
Terkini menerusi perkongsian di FB Ebit Lew, beliau ada menziarah Muhammad Izwan serta seorang lagi anak lelakinhya yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Menurut Izwan kemalangan itu menyebabkan empat orang ahli keluarganya meninggal dunia. Isterinya, anak umur 4 tahun, serta kedua mak ayahnya masa nak ke KLIA dari Melaka untuk sambut ulang tahun kelahiran. Yang selamat hanya dia dan anak seorang lagi.
Kongsinya lagi setahun ini anaknya Yusuf, 4, yang meninggal selalu cakap padanya kata-kata yang tak di jangka sama sekali.
“Ayah, Yusuf dah nak meninggal dunia. Rumah cantik sangat. Besar dari rumah kita. Ayah jaga diri ya. Yusuf bawa mak sekali ke sana.”
Disebabkan ayat itu selalu diulang, Ebit memberitahu ayahnya jadi risau dan selalu luang masa bersama anaknya. Walau sibuk berniaga kedai makan di Melaka.
Sekarang si adik asyik cari mak dan abangnya. Allahuakbar. Abang ni Pemilik Warung Pak Berahim Felda Bukit Senggih Jasin Melaka.
Ya Allah, Berilah semua ahli keluarganya bersama dalam syurga. Ampunilah dan tinggikan darjat mereka.
Buat ahli keluarga yang ditinggalkan berilah ketabahan dan kekuatan buat mereka.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki MPV jenis Toyota Estima yang dipandu Muhammad Izwan Ibrahim, 30, dalam perjalanan dari arah Selandar ke Alor Gajah.
Bagaimanapun, setibanya di simpang tiga berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Land Crusier yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari arah Durian Tunggal keluar dari persimpangan secara tiba-tiba sebelum membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.
Kesemua mangsa iaitu warga emas, Ibrahim Daud, 71, meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala isterinya, Latipah Dorahim, 66, menantu mereka, Syazana Tharin, 30, serta cucunya, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, meninggal dunia sewaktu mendapat rawatan di Hospital Alor Gajah kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Kredit: FB Ebit Lew
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI