Proses memasak yang menjimatkan masa sudah semestinya jadi pilihan ibu di rumah. Mana taknya, sudahlah waktu memasak jadi pantas bahkan tak perlukan masa untuk mengemas dan sebagainya. Memanggang ayam jadi mudah.
Apa kata kali ini ibu cuba ayam berempah pula. Tak perlu perap pun, hanya gaulkan sahaja dan terus dimasak selama 20 minit. Cukup simple dan sedap resipi perkongsian Nurisa Azrisa ni!
1st time guna AF, grab masa shopee 9.9 aritu. Alhamdulillah jadi juga ayam panggang berempah.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/khind-35l-air-fryer-20089043″ style=”flat” background=”#ef402d” size=”6″]Khind Air Fryer[/su_button]
Resepi ayam berempah
Ayam
Serai 1 btg hiris
Halia
Bwg putih
Bwg merah
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Kari
Serbuk kunyit
Gula
Garam
Aji
Daun kari
Minyak masak 1 sudu kecik
*Tumbuk kasar
Tumbuk kasar semua bahan rempah.
Lepas tu satukan semua bahan dengan ayam. Gaulkan sebati.
Sukatan ikut banyak ayam. Secukup rasa.
Kalau perap lama lagi sedap. Tapi kalau tak perap pun boleh, terpulang.
Suhu AF 180° 25 minit. Lepas tu balikkan ayam dan masak lagi 10 minit.
Ayam berempah siap!
Menarik: Ayam Bakar Air Fyyer Mudah, Siram Lebihan Minyak Lagi Berjus, Sedap Sampai Menjilat Jari
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI