Anak mana yang tidak sukakan ayam goreng. Bila mama menggoreng ayam di dapur pun, anak-anak sudah mula mengintai. Sedar-sedar ayam sudah tinggal sedikit. Tapi itu ceritanya dengan ayam goreng.
Ibu ini, Puan Umairah Jamaah cuba mevariasikan lebihan ayam di rumahnya. Ayam celup tepung dengan dua cara ini habis licin dalam tempoh yang pantas. Mana satu lebih rangup dan sedap? Jom cuba.
Dengar cerita masih ramai yang bercuti. Ada yang dah masuk kerja?
Baiklah minggu lepas, kita ada share resepi nugget ayam homemade cara kukus. Dibuat dari isi ayam yang terabai.
Minggu ini pun lebih kurang sama. Isi ayam yang terabai. Kita buat jadikan sebagai kudapan anak-anak. Resepi ini sangat ringkas dan mudah nak disediakan.
Menariknya resepi ini boleh hasilkan dua cara masak yang berbeza. Macam mana tu? Boleh tengok kat gambar nanti.
Bahan-bahan;-
*Isi ayam
* Secawan tepung beras
Sesudu serbuk kari
Sesudu herbs
Serbuk kari
*Garam untuk anak atas dua tahun sahaja.
Kalau cuma ada bahan bertanda * pun dah boleh on kawan-kawan. No worries. Boleh olah ikut kesesuaian umur anak juga. Dah ayuh kita ke dapur untuk mulakan.
Isi ayam. Boleh potong bagi kecik lagi. Basuh dan toskan.
Secawan tepung beras, sesudu herbs (jika ada, guna saja jenis yang suka), serbuk kari, secubit garam. Gaul sebatikan.
Cara pertama Kak Mai cuma oleskan ayam dengan adunan tepung tadi. Dah siap terus goreng. Pastikan minyak betul betul panas. Letak daun kari semasa goreng. Bau dia perghhhh! Terangkat hidung jiran. Bhahahaha over betul cerita dia.
Cara kedua, Kak Mai campurkan air ke dalam tepung tadi. Bahan masih sama seperti cara pertama. Sukatan air agak-agak saja sistur. Celup ayam ke dalam tepung yang dah dicampur dengan air tadi. Kemudian terus goreng.
Begini kejadian untuk ayam salut tepung yang dibancuh dengan air.
Ini pula kejadian ayam yang cuma disalut dengan tepung tanpa air. Dua-dua anak Kak Mai suka.