Ayam Gepuk Ala Pak Gembus, Sambal Power Memang Superb!

Share

Bagi penggemar sambal memang tak sah rasanya tak dapat sambal cili yang power dan pedas! Resipi kali ini kami kongsikan masakan berasaskan sambal iaitu ayam gepuk ala pak gembus yang superb power. Jom cuba!


Bahan-bahan Rebusan Ayam👇

3 ketul ayam whole leg
3 ulas bwg putih*
1 inci kunyit hidup*
1 btg serai*
1/2 inci lengkuas*
1sb biji ketumbar*
2 helai daun bay
4 biji bwg merah kecil*
air secukupnya

Caranya👇

kisar halus bahan-bahan bertanda * rebus bersama ayam hingga empuk..toskan ayam & goreng hingga garing (rujuk video)

Bahan-bahan Sambal Gepuk👇

4 ulas bwg putih*
5 biji cili padi hijau*
15 biji cili padi merah*
segenggam kacang gajus*
2 btg lada merah*
minyak gorengan ayam
secubit garam
1sb gula
1/2 biji limau nipis

Caranya👇

Tumbuk bahan-bahan bertanda * sekali sekala masukkan minyak gorengan ayam (boleh rujuk video caranya) akhir skli perasa dengan garam,gula & perah limau nipis

Bahan-bahan Aksesori👇

tempe goreng
tauhu goreng
timun
tomato ceri
sayur kobis
limau nipis

Kredit: Nurul Jannah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Berminat untuk sertai Virtual Pa&Ma Gala Moms bersama artis terkenal secara PERCUMA? Daftar di sini https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/

Published by
NuFa