Ayam goreng dan anak-anak kita sememangnya tidak dapat dipisangkan. Berbanding ikan, ayam goreng ternyata lebih disukai. Buka sahaja hidangan di atas meja kala pulang dari sekolah, ayam goreng pastinya menjadi rebutan anak-anak kita. Begitu penangannya.
Bagi menghasilkan keriuk-keriuk ayam yang cantik, resipi yang dikongsikan oleh Yuss Lynna ini mama wajib cuba. Keriuknya cukup cantik dan ini tip yang dikongsikan olehnya. Wajib cuba!
Manusia mana yang tak suka ayam goreng kan. Tambah pulak ayam goreng tepung macam kfc tu. Anak-anak balik sekolah tengok ayam ni, laju ja ambik pinggan ceduk nasi.
*Guna tepung bestari (pedas + original)
Tepung campur dengan sedikit air. Salut tepung dengan ayam bagi sekata.
Tips: Lagi tebal ayam bersalut tepung basah lagi cantik keriuk-keriuk dia nanti.
Ambik ayam salut pulak dengan tepung kering. Buat satu-satu dengan sabar ya.
Pastu ketuk-ketuk ayam untuk buang lebihan tepung. Tepung yang melekat kat jari tu nanti, buang ke dalam minyak. Akan jadi keriuk-keriuk yang jadi rebutan mak dengan anak-anak.
Ayam dah gebu ni boleh letak dalam minyak panas. Deep fried dengan api sedang-sedang ya.
Dah elok perang-perang gini, baru angkat. Masa goreng takyah dok kacau. Biar je.
Sat gi patah habih keriuk-keriuk tu tak cantik ayam hampa na..😁
Selamat mencuba.
Artikel berkaitan: Rahsia Ayam Goreng Sedap Macam Kedai 2 Bahan Wajib Kena Ada Cukup Mudah!
Rahsia Ayam Goreng Kekal Rangup Tapi Isi Lembut, Penuh Rasa Perapan, Anak Berebut!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI