Bila dilihat dalam peti sejuk hanya ada ayam, rasa-rasa menu apa yang paling ringkas dan enak yang anda boleh sediakan ya?
Jika buntu, mungkin menu ayam goreng kunyit adalah pilihan terbaik untuk dimasak. Maklumlah dengan satu hidangan sudah cukup lengkap dengan sayur. Jadi tidak perlulah kita masak banyak menu, jimat masa. Apatah lagi diakui anak-anak memang suka makan lauk sebegini. Ringkas namun menyelerakan, boleh buat mereka makan bertambah!
Jadi jom buat resipi ayam goreng kunyit seperti yang dikongsikan oleh Roha Adrinna yang nampak begitu menawan selera.
Ayam Goreng Berkunyit
Bahan-bahan:
Isi ayam
Tepung jagung
Lada kering-dikisar
Serbuk kunyit
Cili merah-dihiris
Bawang merah-dihirs
Cili banggala- dihiris
Kacang panjang
Cara penyediaan:
1.Isi ayam digaul dengan tepung jagung, lada kering kisar, serbuk kari, cukup rasa dan kunyit.
2.Kemudian perap selama 30 minit.
3.Kemudian goreng dengan api kecil. Jika nak lembut isinya jangan goreng garing. Ketepikan.
4.Kemudian goreng pula cili merah, bawang merah, lada bangala. Kemudian goreng pula kacang panjang. Pastikan goreng sekejap, agak-agak layu.
5.Kemudian letak cukup rasa sikit dan akhir sekali letak ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati dan jika tidak masin letak garam sikit ya.
- Sedia untuk dihidang.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Anak Bijak Berikan Zat Besi Secukupnya, Kekurangan Zat Besi Beri Kesan Pada Anak
“Saya baru sahaja melahirkan anak sulung. Saya ingin tahu apakah amalan pemakanan yang boleh membantu saya mendapatkan anak yang cerdik otaknya?” Sudah tentu semua ibu bapa inginkan anaknya cerdik pandai. Pelbagai usaha akan dilakukan termasuklah memberikan makanan yang terbaik buat anak.
Puan Noorlailina Moha Mohtar, Pegawai Dietetik tampil memberikan penjelasan tentang pemakanan yang terbaik buat anak.
Jawapan saya, boleh! Soalan ini adalah soalan yang sering kali saya terima ketika berbincang dengan ibu-ibu hamil. Saya lihat mereka sanggup berpantang pelbagai perkara yang dirasakan boleh menjejaskan tumbesaran anak ketika mengandung, tetapi mula lupa tentang aspek yang perlu dititikberatkan selepas anak dilahirkan dan dalam proses membesar.
Pemakanan bayi memberi kesan kepada perkembangan otaknya bermula di antara pertengahan kehamilan dan usia dua tahun. Pertumbuhan otak yang tidak mencukupi menjelaskan mengapa kanak-kanak yang kekurangan nutrisi semasa janin dan bayi mengalami defisit tingkah laku dan kemahiran kognitif seperti lambat bercakap, IQ rendah dan pencapaian akademik yang rendah.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu puan dan suami lakukan bagi memastikan anak membesar sebagai seorang anak yang pintar.
1. Selepas kelahiran, pertumbuhan otak ini sangat bergantung kepada kualiti pemakanannya. Susu ibu menawarkan campuran nutrien paling baik untuk menggalakkan pertumbuhan otak. Oleh yang demikian, kualiti susu ibu sangat bergantung kepada kualiti pemakanan puan. Elakkan makanan diproses seperti jeruk, keropok, kerepek dan lain-lain lagi. Variasikan jenis makanan dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini bermakna lebih banyak vitamin yang diperolehi daripada jenis makanan tersebut.
2. Pilih makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi. Banyakkan makan ikan terutamanya ikan yang tinggi dengan Omega-3 seperti salmon, tenggiri dan kembung. Selain itu, dapatkannya juga daripada suplemen seperti minyak ikan atau makanan yang telah ditambah dengan omega-3 seperti telur, susu dan lain-lain.
3. Setelah bayi mencapai usia enam bulan, kenalkan dia kepada makanan yang sihat dan lengkap. Dia boleh diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijadikan puri. Masukkan sumber protein secara perlahan-lahan ke dalam menu hariannya. Puri boleh dicampurkan dengan perahan susu ibu untuk menjadikannya lebih berkhasiat dan enak. Jangan hadkan pemakanan anda hanya dengan bubur nasi atau bijirin komersial semata-mata.
4. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan defisit kognitif pada anak. Oleh itu, penting untuk beri dia zat besi mencukupi. Zat besi bukan sahaja banyak terdapat dalam kerangan dan organ dalaman tetapi turut wujud di dalam lauk pauk seharian seperti ayam, daging dan ikan.
5. Beri anak makan banyak sayur dan akhiri dengan buah-buahan sitrus yang tinggi dengan Vitamin C. Zat besi adalah kritikal untuk mengekalkan kebolehan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan.
6.Jika anak tidak disusukan dengan susu ibu, pilihlah susu formula bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Susu-susu ini diformulakan untuk meniru formula yang terdapat di dalam susu ibu. Namun, harus diingatkan bahawa susu ibu mempunyai lebih keupayaan untuk meningkatkan kepintaran anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Bebola Fishball Homemade Yang Halal, Lebih Sihat & Segar Untuk Anak Anda
Bebola ikan merupakan makanan kegemaran anak-anak. Selain rasa yang sedap, ia juga mudah di pegang dan di kunyah.
Sebenarnya cara nak buat bebola ikan homemade begitu mudah. Jom cuba fishball hasil olahan Puan Fatimah Naamat.
CARA BUAT FISHBALL HOMEMADE YANG LEBIH SEGAR & SIHAT UNTUK ANAK ANDA
Mula-mula, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN:
- 500g isi ikan (Kalau nak dapatkan fishball putih jernih selembut sutera, pakai ikan tenggiri atau ikan merah. Janji isinya putih. Saya pernah guna isi ikan kembung, rasanya ok cuma warnanya sedikit kelabu.)
- 3 sudu tepung jagung
- Lada sulah secukup rasa
- Garam secukup rasa
Baca:
Hasrat Nak Pakai Sedondon Di Pagi Raya Tak Kesampaian, Anak Maut Digilis Treler
Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan
“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa
CARA PENYEDIAAN:
Berikut adalah caranya langkah demi langkah.
1. Asingkan Isi Ikan
Pertama sekali, asingkan tulang menggunakan sudu untuk keruk isi ikan dari tulangnya.
Boleh simpan bahagian ekor dan kepala buat masak asam pedas. Tulang ikan boleh direbus. Air rebusan tersebut boleh buat rebus fishball nanti.
2. Hancurkan Isi Ikan
Guna food processor untuk hancurkan isi ikan. Buka kejap dan kaupkan sisa ikan yang tak hancur dekat tepi food processor. Buat full speed untuk pastikan semua isinya hancur lebur. Kalau tak ada food processor, boleh juga gunakan blender kering (yang kecil).
Beginilah hasilnya bila dah siap dihancurkan isi ikan tadi. Isi ikan akan melekit pada spatula. Jangan jadikan bebola dulu sebab ia perlu dikenyalkan. Kalau tak, fishball yang terhasil tidak kenyal dan seakan berderai.
3. Kenyalkan Isi Ikan
Proses ini penting sebab ia akan menjadikan protein ikan berubah menjadi kenyal dan melekat sesama sendiri. Isi ikan akan jadi berkilat dan membentuk seperti doh. Ada 3 cara untuk kenyalkan isi ikan ni:
Cara manual – Guna tangan dan kepalkan isi ikan. Baling ke dalam mangkuk sampai jadi kenyal, berkilat dan menjadi doh.
Guna mixer – Guna mixer dan putar sampai isi ikan jadi seperti dalam gambar. Ambil masa dalam 10 minit bergantung pada kelajuan mixer anda
Guna Disc Doh Roti – Kalau guna food precessor SFP yang saya guna, ia diberi sekali. Beberapa kali saya kaup balikkan isi ikan yang melekat di bahagian atasnya. Ulang langkah dalam masa 10 minit.
4. Masukkan Bahan Lain
Bila dah siap doh ikan tersebut, barulah letak tepung jagung, garam dan lada sulah. Kalau nak letak carrot cincang pun boleh masa ni. Suka hati kalian la nak letak apa ya.
5. Bentukkan Bulat-bulat & Rebus
Panaskan air rebusan ikan dan tunggu mendidih. Basahkan tangan dengan air supaya fishball tak melekat di tangan kalian.
Cubit sikit doh tadi dan bulatkan jadi fishball. Masuk dalam air mendidih. Bila dah terapung baru angkat dan toskan.
Jangan rebus terlebih lama nanti fishball kalian jadi super kenyal. Patah gigi nanti, saya tak tanggungjawab tau.
6. Siap!
Ok dah siap bolehlah gunakan dalam apa-apa hidangan kegemaran anda dan anak-anak.
Air rebusannya pula boleh simpan jadi stok ikan. Atau terus buat sup fishball makan dengan mee kuning, bee hoon atau dimakan begitu saja. Gandingkan pula dengan sambal kicap pedas. Oh, indahnya makan sup di masa hujan macam ni!
BOLEH JUGA DIFROZENKAN
Fishball ni boleh juga difrozenkan. Nanti bila nak pakai baru keluarkan.
Mudah kalau dah ada stok di rumah. Tak payah lagi beli di kedai. Ramuan dan kebersihannya pun lebih terjamin.
Selamat mencuba.
Kredit: Fatimah Naamat.
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
https://www.youtube.com/watch?v=YMLiCoOw7DU&t=1s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah Untuk Bekal Dalam Kereta, Tak Comot & Tak Tumpah. Lengkap Carbo, Protein, Sayur!
Pasti ramai yang teruja untuk pulang ke kampung setelah hampir setahun tidak dapat merentas negeri. Tapi bagi yang ada anak kecil, jangan lupa sediakan makanan untuk mereka supaya tak lapar dan meraggam.
Kalau nak resipi mudah boleh ikuti perkongsian ibu ini. Selamat mencuba!
Hai. Kawan-kawan Anas dah merentas balik kampung ke tu? 😍😍. Ni mama Anas masak bekal untuk perjalanan rentas negeri 🤭. Sesuai untuk makan dalam kereta dalam perjalanan balik kampung. Lengkap carbo, protein, sayur. Senang. Tak kotor, tak comot dan tak tumpah. Sedap pun sedap 🥰🥰.
Resepi:
Telur
Pak choy (sayur apa pun takpa)
Nasi
Serbuk daging
Serbuk cheese
Cara penyediaan:
Campur semua skali. Goreng atas kuali 😁
Selamat pulang ke kampung halaman. Hati–hati memandu ❤️
Kredit: Nur Atikah Ismail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI