Kadang-kadang kering idea nak masak apa untuk keluarga. Selain resipi kek yang mudah, kebanyakan para ibu akan cari resipi lauk yang mudah untuk disediakan. Kalau boleh, biarlah resipi itu tidak renyah dan semua bahan untuk menyediakannya ada di dapur.
Fatin Pauzi berkongsi satu resipi yang senang untuk dibuat. Mempunyai gabungan rasa pedas dan masam, pasti dapat memikat selera suami dan anak-anak. Jika anda sekeluarga sukakan lauk speerti di restoran Cina Muslim, maka cubalah resipi menarik ini:
RESEPI AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
Try la. Sedappp sangat. Rasa masam masam manis pedas
Sebab suami suka, atin masak je la. Kalau gi makan restoran cina muslim, dia suka makan ni. Atin share resepi k. Diizinkan #SHARE dengan syarat komen “Share” dulu. Hehe
Bahan-Bahan: Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi) Bawang putih – mayang Lada besar 1 biji – mayang Cili padi 3 biji – mayang Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik Daun kari Sos cili, sos tomato dan sos tiram Paste asam jawa Tepung gandum Telur
Ads
Cara-caranya : 1) Ayam potong kecik. Atin potong besar sebab suka besar. 2) Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Then goreng. 3) Toskan minyak ayam.
Ads
4) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing. 5) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6) Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam. 7) Masukkan sedikit air. 😎 Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa. 9) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
Tip untuk menyediakan lauk ini adalah dengan memastikan ayamnya digoreng rangup, barulah rasanya sedap. Selain itu, gunalah bawang besar dan bukannya bawang Holland kerana rasa manisnya berbeza. Lebih sedap jika gunakan bawang besar biasa.
Tip untuk memilih cili kering yang kurang pedas dan boleh dinikmati anak-anak, carilah yang jenis lebar dan besar. Kulit cili jenis ini juga licin dan ia sesuai untuk digunakan dalam apa jua masakan buat anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu makanan yang paling mudah diperolehi, murah dan cukup berkhasiat untuk anak-anak kecil kita adalah telur. Telur kaya protin dan vitamin yang tinggi malah membantu perkembangan tumbesan anak. Namun pelbagaikan menu anak berasaskan telur supaya anak tidak mudah jemu dalam pemakanannya.
Selain digoreng, salah satu cara sihat yang boleh diberikan kepada anak adalah dengan kaedah mengukus. Resipi perkongsian oleh Puan Farah Iqlima menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini mama cuba. Penambahan keju pastinya buat anak makin sihat. Jom cuba!
Mama buat steamed egg + cheese untuk Fatisya. Sejak dua gigi atas memunculkan diri, semua benda tak nak makan. Mama buat ni. Habis dua ketul bintang dia makan. Sedap sangat.
Resepi ringkas & cepat
2 biji telur
Susu segar
Unsalted butter
Lobak merah -didadu
Daun bawang
Pukul telur dengan carrot yang didadu halus, daun bawang, fresh milk dan unsalted butter yang dah dicairkan.
Masukkan bancuhan dalam bekas dan letak beberapa ketul cheese.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Siap! Ah jomm…minum petang sambil main tarik-tarik cheese. Yummeh
Kelebihan Telur dan Keju
Telur
Sajian paling mudah dan berkhasiat diberikan kepada anak adalah telur. Telur mempunyai kandungan protien dan vitamin yang tinggi dan merupakan salah satu makanan sumber Kolin yang tinggi.
Kolin membantu dalam perkembangan otak. Jadi, berikan anak anak telur untuk perkembangan minda yang baik. Telur biasanya disajikan dengan pelbbagai cara, rebus, goreng atau omelet atau dimasak didalam sup dan gulai. Pastikan telur menjadi pilihan anak anak anda.
Keju
Keju adalah sumber kalsium dan fosfor yang paling mudah untuk diambil oleh anak anak. Ia juga digemari kerana rasanya. Kalsium dan fosfor menggalakkan proses pertumbuhan tulang anak-anak. Gabungkan sahaja dalam menu harian atau finger food untuk anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakanan yang sihat adalah kunci kepada perkembangan dan kecergasan anak-anak. Jadi ibu bapa memainkan peranan dalam memberikan makanan yang segar, sihat serta penuh dengan nutrisi untuk anak-anak.
Namun pemilihan makanan juga haruslah tepat. Jadikan resipi ini sebagai panduan untuk mama papa dalam menyediakan sajian buat si manja. Menu yang dikongsi ini bermula dari 7 hingga 12 bulan untuk anak anda.
Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.
Info: Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.
BUBUR AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
150gm beras (dicuci, rendam dan toskan)
Daging ayam |dipotong kiub kecil
100gm brokoli |dipotong kecil
2 ulas bawang putih |dicincang
Air untuk mereneh secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
Masukkan daging ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
Tambahkan air jika perlu.
BUBUR GANDUM SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
200gm gandum
1 biji bawang merah |dicincang halus
1 ulas bawang putih |dicincang halus
50gm lobak merah |dihiris memanjang
2 helai daun bawang |dihiris
300ml air
Stok ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.
Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.
MENU 9 – 12 BULAN
SUP AYAM DAN NASI PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gram isi ayam |potong dadu
Lobak merah |potong bulat
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci Halia
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
1 cawan air
1 mangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk.
Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia.
Masukkan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.
SECRET FRENCH BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti french baguette
3 biji telur
4 biji bawang putih |di cincang halus
Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus
CARA MEMASAK:
Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
Bakar roti selama 20 minit hingga garing.
Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.
Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.
STIK KEJU
BAHAN-BAHAN:
Pastri
3 sudu keju parmesan
3 sudu keju cheddar
Sebiji telur-dipukul
CARA MEMASAK:
Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri.
Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
Taburkan juga lebihan keju.
Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.
Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.
LEMPENG
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250ml air
Habbatus sauda
Sedikit minyak zaitun
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
Apabila masak angkat dan hidangkan.
Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Menu ayam pencik sememangnya cukup istimewa. Sajian panggang dan bakar dengan saduran kuah lemak, manis dan pedas ini cukup disukai kebanyakkan daripada kita. Sama seperti kita, anak-anak juga sukakan rasa yang berbeza-beza dalam menunya setiap hari. Jemu dengan menu yang sama, apa kata mama pikat selera anak dengan Ayam Percik Versi Baby ini pula.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ini nampak enak. Hanya gunakan sedikit santan untuk menaikkan rasa lemak dan pes tomato untuk rasa sedikit masam. Jom cuba, mana tahu anak sukakan menu yang satu ini.
AYAM PERCIK VERSI BABY
Bahan Bahan:
Bahan Perapan Ayam :
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Serbuk ikan bilis
Bahan Kuah Percik:
Bawang putih -ditumbuk
Bawang merah -ditumbuk
Halia -ditumbuk
Pes tomato
Santan pekat
Serbuk ikan bilis
Serai
Asam keping / asam jawa
Air secukupnya
Di dalam bekas, satukan kesemua bahan perapan ayam dan gaul sebati. Perapkan ayam minima 1 jam. Ketepikan seketika .
Di dalam periuk, masukkan ke semua bahan kuah percik dan juga ayam yang telah diperap tadi. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak.
Jika sukakan kuah yang sedikit cair, boleh lebihkan air.
Kemudian letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar sehingga ayam masak sepenuhnya dan sedikit garing.
Sambil itu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan agar ia melekat cantik.
Siap, sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.