
Masak lauk apa pun kalau kena dengan selera ahli keluarga boleh bertambah makan. Satu lauk pun kira jadi kalau memang sedap. Orang kata sekejap je licin.
Bagi sesetengah orang masak seatu jenis lauk macam tak lengkap. Tapi sesekali kalau dah rasa bosan atau memang terdesak lauk ringkas macam ni boleh jadi penyelamat.
ARTIKEL RESIPI MENARIK [Resipi 8k Share, Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba. Terliur Dibuatnya!]
Apa kata anda cuba resipi ayam goreng kunyit yang sememangnya jadi lauk kegemaran satu keluarga tak kira anak atau pun ibu bapa. Letak pula kicap atas nasi putih memang marvelous. Tak pandang kiri kanan dah bila suap.
RESIPI AYAM GORENG KUNYIT LETOPS!!
Bahan
Ayam (potong kecil / dadu)
2sb tepung jagung*
2sb tepung beras*
1sb serbuk kunyit*
1sb serbuk kari*
Sedikit air*
Perasakan dengan garam & cukup rasa maggi*
Sayur kacang & carrot, cili besar serta bawang
LAGI ARTIKEL RESIPI MENARIK [Resipi Roti John Popular Yang Viral. Guna Roti Oblong Sahaja, Pasti Buat Anda ‘Terliur’]
Cara masak
1. Campurkan semua bahan bertanda * gaul sebati kemudian gaul bersama ayam. Perap dalam setengah jam.
2. Kemudian panaskan minyak
3. Goreng ayam hingga masak. Pastikan ayam betul-betul tenggelam dalam minyak ya. Bila dah masak kurangkan minyak tanpa mengeluarkan ayamnya… kemudian masukkan bawang lada serta kacang panjang dan carrot. Then SIAP!
Rasanya memang sedap kalah kedai ooiii.. Is done ” AYAM GORENG KUNYIT ”
Kredit: Dapur Natrah via Fauzi Karim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Nasi Arab Terlajak Sedap, Guna Bahan Mudah Dapat, Nak Buat Pun Senang!

Bosan dengan aneka lauk pauk yang sarat, apa kata kita simpan tenaga untuk sediakan menu yang mudah tapi cukup istimewa pada anak-anak dan suami.
Resipi Nasi Arab mudah ini mama wajib cuba. Bahan ringkas dan mudah didapati. Nak buat pun cukup senang. Jom cuba resipi perkongsian Pn Nik Imana.
Alhamdulilliah, dah nak masuk 5 tahun jadi isteri orang. Hari ni masak Nasi Arab Mandy Ayam, resepi dah pernah share dalam group ni masa PKP tahun lepas, tapi tak pe lah kita share lagi sekali.
Bahan-bahan:
3 pot beras basmathi
Ayam -bahagian whole leg
1 btg kulit kayu manis
1/2 sudu lada hitam
1/2 jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar
1 biji pati ayam
Sedikit garam
1 biji tomato
1 biji cili hijau
Minyak sapi
Daun ketumbar
Sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili.
Bahan salatah:
Bawang hollan
Timun batang
Tomato
Lemon
Garam dan gula
Bahan Sambal:
Cili merah
Tomato
Daun ketumbar
Perasakan dengan garam & perahan lemon
1. Rebus ayam bahagian whole leg tu dengan 1 btg kulit kayu manis, 1/2 sudu lada hitam, 1/2 jintan manis, 1/2 sudu jintan putih, 1/2 sudu ketumbar, 1 biji pati ayam, sedikit garam, 1 biji tomato & 1 biji cili hijau dipotong. Rebus beberapa ketika supaya ayam masak dibahagian dalam. Lepas tu toskan ayam. (rempah-rempah tu kalau tak suka tergigit, boleh blend bagi hancur).
2. Untuk masak nasi, aku guna 3 pot beras basmathi, cuci dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa tak payah rendam, nanti hancur nasi korang tu.
3. Panaskan 1 sudu planta/minyak sapi, tumiskan sedikit biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kalau takut tergigit boleh blend halus) & bay leaves. Sedikit tu maksud aku secubit kot. Tumis benda tu semua sampai baik bau pastu masukkan beras tadi, goreng sekejap pastu masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan biasa korang masak nasi la & letak garam skit.
Lepas tu bila nasi dah kering, taburkan daun ketumbar & buat lubang kt nasi tu sikit utk letakkan pewarna kuning, pastu biarkan sampai nasi masak.
4. Ayam yang ditoskan tu sapu sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili. Pastu letak hirisan lemon & panggang dalam air fryer/oven. Kalau nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi aku tak suka, so aku panggang je.
5. Untuk salatah, potong bawang holland, timun batang & tomato kecik-kecik. Lepas tu perah lemon, garam, gula & kacau. Kalau tak ada lemon, guna je cuka pun boleh.
6. Untuk sambal nasi arab, blend cili merah, tomato & daun ketumbar. Perasakan dengan garam & perahan lemon.
7. Untuk sup pulak, lebihan air rebusan ayam tadi aku tambah akar daun ketumbar pastu tambah garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning.
8. Lepas tu boleh hidang lah ayam tu letak atas nasi lepas tu makan dengan semua condiments tu sampai lah semua tersadai di dinding kekenyangan.
Selamat mencoba!
Menarik: Resipi Ayam Goreng Serai Thai, Perap 30 Minit, Rasa Bukan Main Sedap
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Dah Boleh Makan Bertumis & Berempah Mama Mesti Seronok Nak Masak. 9 Resepi Mudah Ibu Ini Kongsi Jadikan Pilihan. Tengok Pun Sedap!

Anak bila dah mula makan memang mama teruja nak bagi cuba semua benda. Tapi kenalah ikut apa yang disarankan oleh doktor atau pakar pemakanan kanak-kanak.
Bagi yang tengah seronok nak bagi anak-anak makan, perkongsian daripada Puan Norfaezawati Wahid menerusi grup Facebook Happy Baby Food Malaysia boleh dijadikan rujukan.
Resepi-resepi ini dibuat untuk bayinya yang berusia 7 bulan. Apa yang dimasak ini dikisar halus sebelum diberi kepada bayinya, maklumlah belum ada gigi lagi.
Ikuti perkongsian Puan Norfaezawati:
Anak 7bulan dah boleh makan bertumis & berempah. Biase akan masakkan lauk utk die 3@4 hari sekali pastu frozekan dalam bekas kecik2. Nanti boleh rotate lauk sblm ni xde la makan yg sama hari2.
Semua yg saya masak ni saya blander. Baby lom ada gigi lagi & ikut dgn kesesuaian usia
Menu baby #7months saya
FISH FILLET SWEET SOUR
Bahan:
Ikan kembung/ tenggiri/ salmon*(goreng dgn unsalted butter@minyak)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato ceri
Cauliflower
Brokoli
Carrot*(potong dadu)
Daun sup*(racik)
Unsalted butter
Cara:
-blander bawang besar, bawang putih, halia & tomato ceri
-panaskan unsalted butter & masukkan bahan yang diblender
-tumis sehingga naik bau dan bebetul masak, kemudian masukkan carrot dan air sikit.
-carrot dah agak empuk masukkan masukkan kesemua sayur & ikan. Kacau2 bagi sayur masak. Siap
CHICKEN BUTTERMILK
Bahan:
Isi ayam*(goreng)
Bawang putih*(cincang)
Bayam
Kacang peas
Carrot
Unsalted butter
Formula milk
Cara:
-panaskan 2sudu unsalted butter & masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan kacang peas, carrot & isi ayam
-bancuh FM dgn 1/2cwn air & masukkan dlm bahan tumis td.
-bila dah mendidih masukkan bayam. Tutup api. Siap
CHICKEN SOUP
Bahan:
Isi ayam
Bawang besar
Bawang putih
Sawi
Kacang peas
Carrot
Cauliflower
Daun sup*(racik)
Olive oil/ minyak masak
Cara:
-panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
-masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam nampak separuh masak. Kemudian masukkan carrot & kacang peas serta 1 cawan air. Masak sehingga menggelegak.
-last masukkan sawi, cauliflower & daun sup. Tutup api. Siap
IKAN MASAK HALIA
Bahan:
Ikan merah/ tenggiri/ salmon *fillet
Bawang besar *mayang
Bawang putih *mayang
Halia *potong halus memanjang
Carrot * potong halus memanjang
Olive oil/ minyak masak
Cara:
-panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
-masukkan sedikit air (ikut nak kuah byk mana). Agak air nampak mendidih boleh masukkan ikan & carrot. Masak sehingga ikan masak sempuna Siap
SUP SAYUR
Bahan:
Isi ayam
Bawang putih*(ketuk)
Serbuk lada putih
Kubis
Brokoli
Carrot
Sweet potato
Cara:
-renehkan bawang putih & 1sudu serbuk lada putih dgn 2cawan air.
-bila dah menggelegak masukkan isi ayam, sweet potato & carrot.
-last masukkan kubis & brokoli. Tutup api.
Siap
IKAN MASAK KURMA
Bahan:
Ikan merah/ tenggiri/ salmon
Bawang besar *mayang
Bawang putih *mayang
Halia *ketuk
Rempah kurma
Carrot
Sweet potato
Olive oil/ minyak masak
Cara:
-panaskan 2 sudu minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
-bancuh 1sudu rempah kurma dgn sedikit air masukkan dlm bahan yg ditumis td. Kacau sehingga naik minyak dan garing tambah air. (Ulang kacau & tambah air ni sehingga 3x biar betul2 masak rempah tadi).
-tambah air nampak lagi dan masukkan sweet potato & carrot.
-air mendidih boleh masukkan ikan. Masak sehingga ikan masak sempuna Siap
SUP IKAN MERAH
Bahan:
Ikan merah
Bawang besar*mayang
Bawang putih*mayang
Halia*ketuk
Serbuk lada putih
Labu
Kacang peas
Carrot
Brokoli
Daun sup*(racik)
Olive oil/ minyak masak
Cara:
-panaskan 1sudu minyak. Masukkan halia, bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
-masukkan serbuk lada putih, labu, carrot & kacang peas serta 2 cawan air. Bila semua bahan dah empuk, boleh masukkan ikan & brokoli. Masak sehingga menggelegak.
-last masukkan daun sup. Tutup api. Siap
TOMYAM PUTIH
Bahan:
Isi ayam
Bawang bawang besar*(potong 4)
Bawang putih*(ketuk)
Serai*(ketuk)
Halia*(ketuk)
Daun limau purut
Kubis panjang
Brokoli
Cauliflower
Carrot
Kacang peas
Tomato ceri
Cara:
-renehkan bawang besar, bawang putih, halia, serai & tomato ceri
-bila dah menggelegak masukkan isi ayam, kacang peas, carrot & daun limau purut
-last masukkan kubis panjang & brokoli. Tutup api.
Siap
kredit: Norfaezawati Wahid
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Goreng Kunyit Masak Thai. Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam!

Anak-anak kalau lauk ayam semua suka. Memang boleh makan bertambah. Tak kisahlah cara masakannya yang macam mana sekalipun. Biasa kalau dah tak ada idea ayam goreng kunyit pun dah cukup untuk mereka. Letak kicap dengan nasi panas, memang ngam.
Tapi kali ni, ibu boleh cuba buat menu Ayam Goreng Kunyit Masak Thai. Caranya simple je, cuma ada sedikit berkuah dan ayamnya juicy. Satu lauk ni pun dah cukup untuk hidangan anak beranak.
Nak tahu macam mana resipinya, ini yang dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin.
Bahan tumbuk :-
* 6 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 5 biji cili padi
* 1/2 inci kuncit hidup
– Ayam, Serai 2 batang, Bunga kobis, Kacang panjang, Sos tiram, Sos tomato dan Daun limau purut
Cara masak saya selit di setiap gambar ya. Mudah dan cepat untuk di makan. Makan dengan nasi panas sedap urmmm..
Cara masak:
Tumbuk separuh lumat bahan tumbuk.
Cili padi ni nak tumbuk sekali dengan bahan tumbuk pun boleh saya tak nak pedas sangat tu potong saja.
Tumis bahan tumbuk berserta serai yang telah dititik dan cili padi. Tumis sampai garing ya.
Dah garing masukkan 2 sudu sos tiram. Kriok kirok dalam kuali tu sebab saya guna minyak lebihan ayam goreng tadi
Masukkan dua sudu sos tomato
Kacau rata masukkan sedikit air lepas tu taruk daun limau purut
Masukkan ayam goreng yang telah digoreng. Saya tabur serbuk lada sulah hihi rasa lagi sedap.
Kacau rata perasakan dengan garam dan megi cukup rasa. Dah siap. Saya suka sedikit juicy . Tak suka kering dan berkuah.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi: Yuni Kamaruddin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI