Boleh dikatakan menu ayam antara yang digemari oleh anak-anak. Tak kisahlah apa jenis masakan pun, anak-anak akan berselera makan. Cuma yang lagi anak suka biasanya ayam goreng.

Jika ayam goreng, pilihan yang ibu akan sediakan adalah ayam goreng tepung atau kunyit. Ok kali ni ada sedikit kelainan ibu boleh cuba masak. Resipi ayam goreng ni lain sikit kerana menggunakan rempah kari dan tepung jagung.

Keranggupannya memang terbaik dan aroma daun karinya cukup membuka selera anak-anak. Mesti sekali cuba, anak akan minta lagi ibu buat.

RESIPI MENARIK [Nasi Ayam Thai Viral. Aroma Bau Nasinya Bangkitkan Selera, Cara Buat Pun Mudah!]

Nak tahu resipi lanjut, ini yang dikongsikan oleh Nor Hairiyah Hassim untuk anda sediakan.

Resepi Ayam Goreng Favourite Anak-Anak

IKLAN

Ayam Goreng Ranggup Favourite Anak. Guna Serbuk Kari & Tepung Jagung. Mantap!

Resepi untuk anggaran 1 ekor ayam:

Bawang putih dan halia seperti dalam gmbr
1 biji telur
1 sdb serbuk kari
5 sdb tpg jagung
3/4 cawan air sejuk

IKLAN

– Sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
– Garam secukup rasa
– Blend semua bahan-bahan…adunan tidak terlalu pekat/cair…kalau cair tambah je tepung jagung.

LAGI RESIPI MENARIK [Kek Marjerin Coklat Rice. Teksturnya Lembut, Tak Muak & Sedap!]

Ayam Goreng Ranggup Favourite Anak. Guna Serbuk Kari & Tepung Jagung. Mantap!

IKLAN

Perapkan ayam bersama dedaunan kari…sedia untuk di goreng.

Ayam Goreng Ranggup Favourite Anak. Guna Serbuk Kari & Tepung Jagung. Mantap!

**Sedap dimakan dengan nasi panas-panas atau makan macam tu je.

Kredit Resipi: Nor Hairiyah Hassim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI