Menu ayam goreng antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Walaupun hanya satu lauk sahaja, makan dengan nasi panas-panas, letak kicap pun boleh habis sepinggan.
Biasanya kita akan goreng ayam dengan menggaulkan kunyit dan garam tapi kali ini boleh cuba guna resepi ini pula. Rahsianya adalah menggunakan bawang putih, merah, halia dan telur.
Berikut resepi yang dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak. Wajib cuba sebab ranggup diluar, juicy kat bahagian dalam.
Ayam Goreng Viral
Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gila.
Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi. Bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus. Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul!
Ads
Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat
Bahan kisar :
Telur – sebutir
Bawang merah besar – sebiji*
Bawang putih – 3 ulas*
Halia – 1 inci*
Curah atas ayam dan campurkan dengan :
Sos tiram – 2 sudu
Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
Tepung ubi – 2-3 sudu
Ads
Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
Ads
Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan. Tapi Cik Fieyza goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Siapppp
Nasi lemak dipagi hari tak terasa enaknya tanpa sambal yang sedap. Nak lain dari yang lain dan sedapnya lain macam, tambahkan bahan kisaran ini.
Resipi dengan ikan bilis kisar yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh ini anda kena cuba. Sedap!
Resipi sambal bilis nasi lemak.
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 labu
Bawang putih 5 ulas
Ikan bilis -ambil sedikit untuk dikisar
Belacan
Daun pandan
Asam keping
Cili kering kisar
Gula melaka
Sedikit sos cili, sos tomato
Kisar bawang besar dan bawang putih. Tambah kan secubit ikan bilis dan terus kisar bersama bawang tadi. Sedikit belcan.
Dalam kuali panaskan minyak, masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.
Masukkan asam keping 2 keping yang kecil-kecil.
Masukkan bawang kisar tadi dan masak sehingga perang ataupun separuh masak.
Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan gula melaka(nise) 2 keping. Masukkan sos cili 3 sudu dan sos tomato 3 sudu.
Masukkan ikan bilis bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jika kurang manis boleh tambahkan gula.
Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pekat.
Bila anak dah masuk usia 6 bulan, ibu kena mula ‘explore’ pemakanan yang tepat dan bersesuaian agar si manja dapat khasiat yang diperlukan.
Yang paling penting, pastikan bahan makanan bayi bebas dari perasa tiruan, garam serta gula. Untuk mama yang mempunyai bayi berusia 6 bulan, boleh ikuti resepi puri yang dikongsi oleh PlanBae Malaysia.