Menu ayam goreng antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Walaupun hanya satu lauk sahaja, makan dengan nasi panas-panas, letak kicap pun boleh habis sepinggan.
Biasanya kita akan goreng ayam dengan menggaulkan kunyit dan garam tapi kali ini boleh cuba guna resepi ini pula. Rahsianya adalah menggunakan bawang putih, merah, halia dan telur.
Berikut resepi yang dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak. Wajib cuba sebab ranggup diluar, juicy kat bahagian dalam.
Ayam Goreng Viral
Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gila.
Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi. Bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus. Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul!
Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat
Bahan kisar :
Telur – sebutir
Bawang merah besar – sebiji*
Bawang putih – 3 ulas*
Halia – 1 inci*
Curah atas ayam dan campurkan dengan :
Sos tiram – 2 sudu
Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
Tepung ubi – 2-3 sudu
Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Kredit: Novelis Affieyza Isahak
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)