Buntu nak masak menu apa yang sedap, Ayam Kam Heong antara hidangan menepati citarasa dan sesuai sangat untuk makan satu keluarga. Masakan Chinese Food ini tidaklah sesukar mana pun nak sediakan. Rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan.
Ayam Kam Heong ini sangat sesuai di makan dengan nasi putih yang panas-panas. Memang menambah-nambah nasi kalau dapat ni. Nak cuba, resipi Ameera patut anda cuba.
Ayam Masak Kam Heong
Mudah dan sangat sedap. Tidak perlukan bahan yang banyak. Cara dan bahan ada di setiap gambar. Selamat mencuba ya. Sedap dan sungguh menyelerakan. Tambah 3 kali tanpa belas kasihan.
Panaskan minyak, ayam digoreng terlebih dahulu. Letak garam dan kunyit.
Sos tiram juga 2 sudu makan.
Kicap agak-agak je. Tapi lebih tepat 1 sudu makan dah cukup. Kicap manis tau! Gaul rata. Api jangan kuat, api perlahan sahaja.
Last sekali masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata satukan mereka semua di dalam satu team supaya mereka tidak lupa diri. Sungguh!
Siap.. Panggil anak dan suami makan. Malam nanti boleh bodek beli gelang 1.
#cubadulubarutahu
Kredit: Ameera
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)