Resipi rendang ada banyak versi. Setiap satu mengikut selera orang yang memasaknya. Salah satu jenis rendang yang menjadi kegemaran adalah Rendang Ayam Cili Padi.
Rasanya berlemak dan pedas-pedas, sesuai sangat dimakan bersama nasi impit atau lemang. Resipi ini dikongsikan oleh Ruhana Zalina.
Ayam Masak Rendang Cili Padi Xpress Siap..!!
Bahan mmg dh sentiasa ada saya frozenkan Letak dlm bks kecil-kecil untuk sekali masak sonang..🤗 Nk masak, masukkan sebekas pes cili padi frozen..cmpk dlm kuali bersama ayam..renehkan sekejap, masukkan santan..renehkan sampai hampir kering letak kerisik, garam, gula sikit, daun kunyit hiris. Tabur.
Gaul rata rasa sedap dah okay tutup api. Siap boleh makan.
Sumber foto: Facebook Ruhana Zalina
💜Resipi Rendang Cili Padi💜
Ads
Bahan-bahan: 1/2 kg ayam 1kotak santan Asam keping Garam sdkit gula (1sudu teh) Daun limau purut Daun kunyit(hiris) 15 biji cili padi*(ikut kpdasn msg2) 5 btg serai * 2 keping kunyit size ibu jari*
Blend semuo bahan* (Ni la bahan yang saya frozenkan tu..pes..)🤗 Kalau nak buat frozen bahan-bahan ni lebihkan kuantiti dia. Buat lebih boleh lah frozenkan utk buat stock bulan puasa ni. Bila rajin nk masak rendang atau masak lemak cilipadi..👍🥰
Cara membuat: -Masukkan ayam kecutkan kojap dalam kuali. -Masukkan bahan blend tunggu air koring skit -Masukkan santan,daun limau purut(buang tulang dia) & asam keping dan garam. -Biar mendidih dan kacau sesekali. -Masukkan garam jika belum cukup masin. Gula, kerisik, hirisan daun kunyit. Kacau rata. -Nak koring boleh, nak berkuah sikit pun boleh.
Sumber foto: Facebook Ruhana Zalina
Sy suka berkuah. Tengok situasi kadang suka kering..🤗😋 # Sy suka letak nangka muda tp hari ni nangka tak ada Sy letak kacang panjang jer.. 🤗 Pes ni utk masak lemak cilipadi ayam, daging, ikan, sotong, udang, nangka muda pun boleh. Ikut suka nak masak lauk jenis apa..👍
Ads
Selamat mencubo!
Tak semua orang yang masak rendang jenis ini, tetapi sebenarnya rasanya sangat mudah. Dengan adanya pes yang dibekukan itu, lebih mudah nak sediakan masakan rendang atau masak lemak. Siapa yang sukakan makanan pedas, bolehlah cuba resipi ini!
Mesti para ibu runsingkan nak cari makanan yang sesuai dengan usia anak. Makanan baby kenalah makanan berkhasiat yang lengkap dengan nutrisi supaya tubuh badan baby dapat membesar dengan baik. Contohnya, potato stik.
Potato stik sangat sesuai untuk baby. Kentang mempunyai kandungan serat yang tinggi. Serat yang tinggi bagus untuk sistem pencernaan baby. Kentang kaya dengan antioksidan, beta-karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus. Pelbagai jenis vitamin ini diperlukan tubuh untuk melindungi diri dari kuman penyebab penyakit. Selain itu, vitamin B juga baik bagi perkembangan saraf bayi.
Tekstur potato stik yang lembut boleh merangsang deria sentuhan anak. Bayi juga boleh belajar untuk memegang dan menggenggam makanan. Bukan sahaja baik untuk tumbesaran tubuh badan, malah baik untuk perkembangan otak bayi. Jom lihat resipi potato stik yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Hazirah Najib di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
Mudah sangat resepi yang dikongsikan. Para ibu boleh cuba buat and hidangkan untuk anak. Ibu nak makan sekali dengan anak pun boleh. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Ada yang suka makan lasagna tak? Tapi nak buat macam fikir dua tiga kali sebab macam banyak pula caranya. Kali ini resepi lasagna ini sempoi sangat dan mama boleh buat sendiri je.
Nak buat inti daging atau ayam terpulang. Sebab yang nak makan pun anak dan suami juga. Walaupun nak tukar inti, step buatnya tetap sama ye.
Lasagna daging, cer tgok…meleleh-leleh cheese dia. Nak puas makan…nak sedap..buat lah sendiri. Resepi pandai-pandailah adjust ikut tekak sendiri ya.
Resepi Lasagna Daging
Bahan inti :
👉🏻 Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.
👉🏻 Sos Prego spageti (1 tin)
👉🏻 Sos cili – kak tambah sebab nak rasa pedas
👉🏻 Bawang besar (1biji) – cincang
👉🏻 Bawang putih (5ulas) – cincang
👉🏻 Serbuk lada itam
👉🏻 Garam
Cara-cara :
👉🏻 Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
👉🏻 Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
👉🏻 Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
👉🏻 Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
👉🏻 Siap dan ketepikan.
Cara masak :
👉🏻 Cairkan mentega. Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
👉🏻 Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
Lasagna @ roti Gardenia
👉🏻 Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
👉🏻 Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
👉🏻 Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
👉🏻 Bakar pada suh u 150’C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..
Siap untuk dimakan!
# Uwan taburkn sikit serbuk cili atas cheese tu supaya ada rasa-rasa pedas
Kredit resepi: Wahida Zakaria Dimasak oleh : Uwan Nolly Epin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!