Hari ke 20 berpuasa pastinya ada diantara kita yang sudah kurang berselera ketika berbuka puasa. Pening memikirkan apakah menu yang bakal disajikan kepada anak-anak dan suami. Mencuba menu simple tetapi sedap lagi terangkat antara langkah bijak yang boleh difikirkan. Menu Ayam Meraung dengan sos ala Thai ini antara yang disyorkan kepada anda.
Resipinya mudah tetapi rasanya cukup awesome. Pokok kata pastinya puas hati ketika berbuka. Sajian air tangan yang dikongsikan oleh Sarina Seman ini memang padu. Malah ada perapan istimewa yang anda tidak tahu. Jadi jom cuba!
Malam ni kakak nak kongsikan resipi ni, Ayam Meraung. Berinspirasikan daging bakar Thai, tapi kali ni kakak guna ayam atas permintaan kluster ayam kat rumah ni. Ayam potong 4, kakak guna bahagian peha dan betis, buang tulang.
AYAM MERAUNG
Bahan perapan daging/ayam (perap 3 jam) :
Daging (biar ada lemak sikit)/ayam
Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah/hitam
Minyak
Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
Kakak perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.
Resipi Sos Thai Special
Selain bahan perapan special yang buat rasa ayam terangkat, jangan dilupakan pula sos Thai yang menjadi pelengkap cicahannya. Ni bahan rahsia yang dikongsikannya. Memang sedap.
Bahan sos:
Sos ikan
Air asam jawa
Perahan limau nipis
Gula kabung/nisan Thai
Serbuk cili kasar
Beras goreng
Daun ketumbar (cincang)
Akar ketumbar (cincang)
Cili padi (cincang)
Bawang merah (cincang)
Bawang putih (cincang)
Bancuh semua bahan, perasakan.
Cubalah.
Resipi wajib cuba: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI