Disaat kenaikan harga semua barang yang tidak terjangkau dek akal, lebih-lebih lagi pada harga minyak dan ayam, ada baiknya kita memilih cara masakan yang lebih sihat menggunakan air fryer untuk anak-anak dan keluarga.
Bukan hanya lagi jimat bahkan lebih sihat serba serbi. Bosan dengan ayam, apa kata jadikan Kentang Bakar Berempah ini sebagai kudapan untuk anak-anak di petang hari.
Ayam mahal, minyak mahal, maka kita makan kentang bakar sahajalah. Kita guna air-fryer atau oven untuk buat hidangan ni. Mudah, tapi anak-anak pasti suka. Sesuai buat kudapan.
Kentang Bakar Berempah by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
½ kg kentang kecil
1 sudu besar empingan cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsli kering
1 sudu kecil daun basil kering
3 sudu besar minyak masak
2 sudu serbuk keju parmesan
Garam secukup rasa
Kita sedia bahan-bahan. Kalau tak ada daun parsli atau basil kering, guna sahaja daun oregano.
Agar cepat empuk, potong kentang kepada 2 atau 4 bahagian, basuh dan rebus. Terpulang pada kalian nak kupas kulitnya atau tidak, tapi pada saya kulit tu yang akan buat sedap nanti.
Ads
Setelah kentang empuk, tos kentang, dan masukkan dalam mangkuk. Taburkan rempah ratus kita tadi serta minyak masak ke atas kentang. Saya gunakan minyak rendaman tomato yang kita buat tempoh hari.
Minyak rendaman tomato bakar tu akan menyedapkan lagi kentang kita ni.
Susun kentang, kulit di bahagian bawah. Jangan letak banyak sangat tau, nanti tak garing luaran kentang tu.
Ads
Set suhu sekitar 120-150°C dan masa 15-20 minit. Sejujurnya, hasil gorengan air fry tak sesedap deep fry, tapi apa boleh buat, keadaan memaksa. Haha! Kena jimat minyak masak.
OK ni hasil selepas 20 minit. Belum cukup garing. Kita terbalikkan kentang. Nak kulit dia pula garing. Biar luarnya rangup dan berempah, dan dalamnya empuk-empuk manis.
Kali ni kita set 200°C untuk 10 minit. Jika tak ada air-fryer atau oven, boleh goreng tohor (pan fry) guna kuali leper. Cuma kena rajin balik-balik kentang agar tak geseng.
Fuh itu dia hasilnya! Dah nampak menyelerakan. Kalau nak hidang dah boleh dah ni, tapi saya terbalikkan semula, dan tambah lagi 5-10 minit untuk dapatkan kerangupan yang saya mahukan.
Ads
Letak atas pinggan, tabur keju parmesan sikit, hias dengan tomato ceri, dan hidang dengan mayonis atau sos kegemaran kalian. Gurih! Pedas, masin, manis dan berlemak.
Siapa kata anak kecil tak boleh makan manis? Sebenarnya mereka juga boleh menikmati menu pemanis mulut. Asalkan diperbuat dari bahan organik dan bebas gula atau bahan perasa yang lain, anak tetap boleh makan manis.
Salah satu resipi yang sesuai disediakan untuk anak kecil adalah popia pisang. Rasa manis datang dari pisang, pasti anak akan sukakannya.
Jom belajar resipi mudah Popis Coklat Versi Baby dari Farisha Sofea;
💓 POPIS COKLAT VERSI BABY 💓
Bahan-Bahan: Kulit popia Pisang secukupnya (dibelah dua) Minyak untuk menggoreng
Untuk Coklat : 1/3 cawan susu penuh krim 1 sb mentega tanpa garam 1 sk tepung jagung 2 sb serbuk koko 3 sb puri kurma
Untuk Topping: Adunan coklat Serbuk keju Biskut coklat Snek buah Badam cincang
Cara-cara: 1. Mula-mula, sediakan bahan bahan untuk coklat. Satukan ke semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil.
**Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat . **Coklat ini juga boleh dijadikan sebagai sapuan coklat dan coklat cip. Kemudian biarkan sejuk sebelum digunakan.
2. Untuk membuat popis coklat, ambil sekeping kulit popia dan letakkan pisang. Tuangkan sesudu adunan coklat di atas pisang tadi. Lipatkan popia dengan kemas .
**Sapukan sedikit air pada bahagian hujung kulit popia agar tidak terbuka ketika digoreng. Ulang proses sehingga selesai .
3. Panaskan minyak, gorengkan popia menggunakan api sederhana besar sehingga garing.
4. Angkat dan toskan. Hias popia dengan bahan topping. Siap , selamat mencuba!
Khasiat Pisang Untuk Anak
1. Kandungan mineral dan karbohidrat dalam pisang mudah dicerna dan menjadikan buah ini sebagai sumber tenaga yang baik. Sesuai diberikan kepada anak-anak yang aktif!
2. Menjadi sumber serat yang dapat membantu melawaskan pencernaan.
3. Pisang mengandungi antioksidan dan kaya dengan vitamin. Dapat membantu mengurangkan kerosakan dari radikal bebas yang menjadi risiko penyakit.
4. Pisang dapat membantu meningkatka kesihatan jantung kerana ia kaya dengan kalium dan magnesium.
5. Buah ini juga dapat membantu menghindakan stres kerana kandungan triptofan dan asid amino di dalamnya.
Selalunya orang hanya buat cornflakes madu sahaja. Tapi pernah dengar cornflakes madu sambal tak? Cornflakes madu sambal sedap tau untuk dijadikan kudapan. Boleh makan dengan nasi putih juga. Rasa yang manis- manis pedas dan rangup, mesti jadi makanan kegemaran seisi keluarga.
Mudah sangat resipi yang dikongsikan tau. Para ibu boleh buat untuk jamu seisi keluarga. Hari minggu malas nak masak, boleh buat cornflakes madu sambal ni je. Tambah pula dengan telur dadar, mesti makan bertambah! Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Isma Idayu di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI CORNFLAKES MADU SAMBAL
Rutin mak- mak
Harini kita share resepi khas dari mak mentua kita… tak jumpa lagi dekat mana- mana ni… sebelum ni biasa time raya je mak mentua akan buat… sekarang kalau boleh hari- hari anak- anak minta suruh buatkan… memang sedap giler… boleh makan dengan nasi atau ratah je macam tu…
Resepi CORNFLAKES MADU SAMBAL
Bahan- bahan: – Cili kering segenggam – rebus macam biasa (kemudian kisar dengan bawang putih dan bawang merah) – Asam jawa – Kacang tanah – Ikan bilis – Cornflakes madu (jangan guna cornflakes biasa… nanti tak jadi… kena cornflakes madu ya)
Cara- cara: 1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah. 2. Kemudian minyak yang sama masukkan cili yang dah dikisar. 3. Masukkan garam, gula melaka (ayu orang Kelantan jadi suka guna gula melaka sebab nanti warna sambal pekat dan cantik) dan asam jawa sedikit. 4. Dah Nampak pekat dan cantik sambalnya… tutup api kemudian masukkan ketiga- tiga bahan ikan bilis, kacang tanah dan akhir sekali semestinya cornflakes madu… kacau rata dan siap!
Setiap kali ke kedai bakeri, tart telur pasti menjadi kesukaan. Mana tidaknya, kerangupan kulitnya sedap ditambah pula dengan intinya yang lembut dan manis pasti rasa tak cukup.
Apa kata kali ini kita cuba hasilkan sendiri kulit tart dan intinya. Memang mudah dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian Nor Al Fatihah.
Tart Telur Gebus. Sedap, just nice je rasa dia. Crunchy di luar, lembut di dalam.
TART TELUR
Shell Tart/Crust
150 gm butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu teh esen vanila -optional
2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
(bahan-bahan bertanda * di ayak)
Filling Telur
6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning -optional
Untuk membuat shell Tart/Crust, kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.
Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.
Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
Filling Telur. Sementara doh di rehatkan, kita buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.
Tuang air panas sambil di kacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan.
Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh.
Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing jugak.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.