Memandangkan nak keluar beli makanan di luar agak terhad, tetapi nak makan lauk yang lain sikit berbanding hari biasa, mama boleh cuba buat pula ayam percik Kelantan.
Tak susah pun kerana bahan-bahannya semua sangat mudah dan kita yang tak berapa yakin boleh buat pun tetap boleh hidangkan pada keluarga dengan perasaan puas hati.
ARTIKEL RESIPI MENARIK [Ranggupnya Tak Boleh Bawa Bincang, Kuih Gunting Super Sedap, Anak Makan Tak Berhenti!]
Nak tahu apa resipinya, perkongsian dari Umie Hafizda ini sangat membantu mama. Ikut langkah-langkah ini confirm jadi!
Resepi Ayam Percik Kelantan
(Resipi ini untuk 2 orang makan. Nak buat satu keluarga makan, boleh tambah kuantitinya)
Bahan Perap
– 1/4 ekor ayam
– 2 ulas bawang putih
– 3 ulas bawang merah
– 1/2 inch halia
– garam secukup rasa
Bahan Kuah
– 300 ml santan pekat @ 1 1/2 kotak santan
– 1 cawan air
– 2 btg serai dititik
– 2 hiris halia (diblend)
– 5 ulas bawang merah (diblend)
– 4@5 tangkai lada kering (diblend)
– Asam keping (sikit sahaja)
– Gula melaka
– Garam & perasa secukup rasa
Cara-cara buat
1. Tumbuk/blend bawang merah, halia, bawang putih & garam sehingga lumat. Kemudian, pes tadi diperap dengan ayam yg telah dibersihkan sekurang2nya 30 minit..
2. Untuk bahan kuah, blend dahulu bawang merah, halia & lada kering
3. Kemudian, masukkan santan, 1 cawan air, bahanyg diblend tadi, serai, asam keping, gula melaka, garam & perasa secukupnya. kacau dengan api sederhana ye!
**part buat kuah ni, kena selalu kacau ye..jgn tinggalkan pulak sbb nnti kuah x cntik n nmpk mcm berketul..
4. Kuah dikacau sehingga pekat macam ni ye.. dah nampak cun..boleh la tutup api tu
5. Untuk part ayam ni.. kali ni mommy bakar guna Air fryer je taw..senang sbb xpyh nk tunggu2
Korang boleh je nk bakar atas pemanggang yang berapi2 tu, magic pan, or non stick pan. InshaAllah jadi je aihh
‼️Part guna Air fryer ni
Letak mcm ni, bakar ayam tu dengan suhu 175 celcius/ 20 min. Dah habis 20 min bakar. Kemudian, terbalikkan ayam, bakar lagi dengan suhu 180 celcius/15 min
6. Tips nak kasi ayam & kuah lagi rasa mabelesssss.. Bila ayam dah masak, letak ayam dalam pan.. Kemudian siram kuah atas ayam Sedikit demi sedikit..kasi kuah tu meresap dalam ayam..masak la dalam 5 min.. lepastu, angkat ayam letak dalam pinggan then letak balance kuah tadi atas ayam.. siap!!
Ayam percik is doneee!! Ulam tu memg sangat sedap makan dgn ayam percik. Makan dengan nasi panas2 pulak..Sedap!
RESIPI WAJIB CUBA [Tak Yakin Buat Donut, Langkah Ni Paling Senang, Ekstra Lembut & Gebu!]
Sumber: Umie Hafizda