Tak perlu lauk lain, menu ayam sambal Bali sudah cukup membuatkan kita makan bertambah-tambah. Rasa bumbunya yang harum amat memikat selera.
Kalau mak-mak nak cuba buat, boleh ikut resipi ini. Sukatan satu ekor ayam, ikut setiap satu langkahnya, pasti menjadi. Ayam sambal Bali sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Jom lihat cara penyediaannya.
Ayam Sambal Bali
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
6 batang serai – dititik
8 tangkai daun kari – dilerai
Segenggam cili kering (*)
5 biji bawang besar (*)
5 ulas bawang putih (*)
Sedikit belacan (*)
Kicap masin
1 senduk gula
1 sudu teh garam
(Bahan bertanda (*) perlu dikisar halus)
Kalau Nak Masak Untuk Anak-anak Kurangkan Cili
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Basuh, tos kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya. Gaul rata.
2. Panaskan minyak masak anggaran dua senduk. Goreng ayam yang diperap tadi.
3. Goreng ayam hingga kecut dan separuh garing. Jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan.
4. Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, goreng serai yang dititik sampai separa coklat.
5. Masukkan daun kari. Goreng seminit.
6. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
7. Tambahkan garam satu sudu.
8. Masukkan juga 1 senduk gula (jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap).
9. Bila cili semua sudah cukup garing, masukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon/merah gelap macam dalam gambar.
10. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
11. Balik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit.
12. Ayam sambal Bali siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Horany Gaming
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI